Kerja Hakiki
Kerja Hakiki, maksud kerja hakiki ini lebih kepada pekerjaan yang paling utama dan diutamakan. Zaman sekarang ni dah ramai yang buat kerja lebih dari satu. Sebagai contohnya ada kerja utama dan sambil tu buat bisnes.
Ramai je zaman sekarang yang buat bisnes sama ada kecil atau besar. Ekonomi zaman sekarang dengan kenaikan harga barang, tak kira basah dan kering serta kenaikan dari pelbagai sudut dan sektor.
Rata-rata semua naik harga yang membuatkan pendapatan hanya dengan satu sisi tak mencukupi. Sebab tu zaman sekarang suami dan isteri kena bekerja bagi menampung ekonomi rumah. Macam shida sendiri sebelum ni hanya suami sahaja yang bekerja.
Selepas negara dilanda wabak covid19 shida sendiri pun kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Meskipun suami tiada masalah nak tanggung shida perbelanjaan rumah tapi tetap rasa tak boleh tak kerja sebab dah terbiasa pegang duit dan sebagainya.
Sepuluh bulan shida menganggur dan hanya tolong pekerjaan suami sahaja. Biasalah berniaga ada masa untung ada masa rugi, kalau tengah kerugian tu memang kurang berbelanja banyak berjimat cermat.
Alhamdulillah, itulah orang kata Allah swt ni selalu dengar rintihan kita, dalam shida belum ada rezeki anak Allah swt beri rezeki lain pula, syukur padamu Ya Allah.
Pada bulan April yang lalu setelah Perdana Menteri mengisytiharkan kita dalam fasa endemik terus rezeki muncul depan mata. Shida berpakat dengan partner a.k.a kawan shida sendiri untuk buka semula bisnes pusat tuisyen yang dah setahun tak beroperasi tu.
Nasiblah kawan mahukan dan sangat bersemangat, selepas raya puasa kami all out kemas itu ini dan masih menyewa bangunan yang sama cuma kali ini hanya menyewa ruangan kedai atas sahaja memandangkan kedai bawah kakak shida dah buka bisnes lain.
Masuk harini dah hampir dua bulan kami beroperasi dan ianya berjalan dengan baik dan lancar. Kos pembaharuan semula lebih kurang hampir tujuh ribu juga. Buat pembaharuan termasuk permit dan lesen pusat tuisyen. Alhamdulillah selesai semuanya.
Shida berkecimpung semula dalam bidang ini pun untuk shida terus bersemangat dan melupakan apa yang terjadi sebelum ini. Bila shida sibuk bekerja dapat la shida bertenang dan fokus untuk mencari rezeki semula.
Now, shida dah ada satu kerja hakiki yang dipertanggungjawabkan. Kenapa shida pilih bisnes ini? Mungkin disebabkan pengalaman dan minat membuatkan shida aktif semula. Lagipun bila berpartner taklah rasa keseorangan dan shida sendiri ada team.
Semoga shida boleh terus kuat dan tabah dalam mengharungi pelbagai ujian hidup. Orang kata jika tiada ujian dan dugaan ni kita takkan dapat pengalaman hidup yang sebenar. Sekarang perlahan-lahan shida mula berblogging, rasa seronok pula (senyum).
36 comments
kerja hakiki uncle adalah berselfie...
ReplyDeleteYang lain part time je...
hehehehhe
Yess i knowww kerja uncle skg heheee..
DeleteBagus Shida!
ReplyDeleteSelamat berusaha.
Terima kasih NA <3
DeleteAlhamdulillah, kembali bersemangat... Rezeki anak di lain hari, rezeki lain dtg dulu.. sambut dengan penuh semangat baru.. Keep it up kak 😍
ReplyDeleteMoga terus bersemangat yeah! TQ Nona <3
DeleteSemoga dimudahkan urusan Shida Radzuan.
ReplyDeleteAmin terima kasih kak zarida :)
Deletealhamdulillah..shida bangkit selepas wabak cov19 melanda
ReplyDeleteInshaa Allah xde wabak pun shida kena bangkit juga!
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSemoga apa yanga diusahakan terus berkembang maju
Amin terima kasih wak :)
DeleteAlhamdulillah.. tak langsung hati dan fikiran tenang.. sibukkan diri. In sya Allah rezeki sentiasa ada untuk Shida sekeluarga.. Aamiin.
ReplyDeleteAmin.. terima kasih PC atas doa nya <3
Deletealhamdulillah, semoga business shida terus berjaya dan dipermudahkan segala urusan bekerja..
ReplyDeleteAmin.. Terima kasih atas doa nya kak Sunah Sakura <3
DeleteBismillah, semoga berjaye, kak Shida.. Semoga Allah lancarkan dan beri keberkahan dgn bisnes baru ini. Aamiin
ReplyDeleteAmin.. Terima kasih Naia atas doa nya ya <3
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan, Kak Shida.
ReplyDeleteAmin terima kasih Jannah
DeleteSemoga pusat tusyen shida bertambah maju....
ReplyDeleteAmin terima kasih abe kie
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan akakk
ReplyDeleteRabia pun sambil kerja cikgu tadika. Part time kerja business shaklee nk produk shaklee pm rabia ye jika kak shida nak try 💜
Bagus rabia, moga bisnes makin maju jaya.
Deletemasa anak saya masih remaja dan istri pula terlantar di katil, memang struggle nak hidup. sekarang, anak saya dah berkahwin dan istri pula dah tiada, tidak ada masaalah kewangan malah beban hidup. timbul pula rasa sunyi sebab setiap hari tiada cabaran yang dihadap...
ReplyDeleteAlFatihah untuk arwah ibu suri pakcik IM..dah lama xjengah blog pakcik..moga pakcik sihat walafiat ya..
DeleteMasa muda ni buatlah macam-macam kerja, kutiplah sebanyak mungkin pengalaman. Masa akak muda memang macam2 kerja akak buat. Walaupun ada yang rugi dan jatuh terduduk jugak masa tu, tapi semuanya adalah pengalaman berharga. Semoga Allah beri kekuatan buat Shida untuk mengharungi cabaran.
ReplyDeleteBetul kak ujie, badan tgh sihat kerja lah selagi mampu..esok dah tua jgn kan kerja nk jaga diri sndri pun blm tentu lg..Moga semua berjalan dgn baik dan juga utk kak ujie semoga dipermudahkan segala urusan kak. AMin
DeleteAlhamdulillah, semoga terus bersemangat ya, Shida.
ReplyDeleteAkak doakan semua urusan Shida dipermudah dan berjalan lancar.
Amin amin terima kasih kak farrah <3
Deletezaman sekarang kena ada dua income masuk...nak harap satu punca income agak struggle hehe
ReplyDeletealhamdulillah kembali bangkit..hee klo kak shida nak part time staff rojer saya yea..heheh
ReplyDeleteSemangat, kak Shida.. Semoga Allah mudahkan dan lancarkan segala macam urusanmu. Aamiin
ReplyDeleteAmin. Terima kasih Naia <3
Deleteramai yg terkesan akibat covid semoga allah mudahkan segala urusan
ReplyDeleteAlhamdulillah..tumpang happy juga pusat tuisyen Shida dah buka semula. Zaman serba serbi naik harga ni penting sangat ada kerja hakiki pendapatan tetap setiap bulan. Semoga terus semangat Shida.
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.