Kad Raya 2022

by - 20:59:00

Kad Raya 2022, entri ni dah lama shida nak tulis sebenarnya duk peram lama dekat bahagian draft. Masa tu dalam tempoh pantang keguguran shida masuk bulan ke tiga. Masih baru dan shida pun masa tu dalam mood tak berapa nak elok. Sekejap okay sekejap tak okay. 

Suami lah yang jadi kawan, yang jadi kekuatan dalam shida menghadapi situasi ini. Allah! bersyukur ada dia yang cukup menjaga, merawat dan membahagiakan kita. Sudah-sudah terus ke tajuk asal entri melalut memuji pulak 😄

Masa bulan ramdhan yang lepas, shida ada mengirim beberapa atau lebih kurang 50 keping kad ucapan Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan blogger yang shida kenali. Masa tu memang shida tak plan pun nak war-war kan kiriman ini, hanya sekadar tulis alamat dan pos. 

Shida mengirim kad ini sebagai ingin kirimkan ucapan shida sampai kepada kawan-kawan blogger. Ada tak yang menerimanya? Kalau ada terima dan korang ada membuat entri tentang kehadiran kad ini ke rumah korang di dalam entri, boleh lah share link entri pada ruangan komen shida nak baca!

Seperti biasa setiap tahun, aktiviti bulan puasa shida sememangnya akan mengirim kad kad ucapan hari raya kepada kawan-kawan blogger. Terima kasih kerana menerima kehadiran kad tersebut dan terima kasih juga kepada yang sudi membalas kad raya ini. 

Kad ucapan hari raya shida seperti gambar di atas, tema pasti tak lari masih berwarna biru. Tahun ni hanya sekeping kad ucapan raya yang shida terima iaitu dari Blogger KakYan. Bertemakan warna hijau kadnya terima kasih ya kak 😊 Kad Raya shida juga di create dan design oleh Blogger Azhafizah

Ya hampir setiap tahun fiza saja yang design kan kad raya shida. Bukan tak nak design sendiri cuma sentuhan design fiza ni unik shida suka, thanks fiza 💕Kebanyakan koleksi kad raya shida juga semuanya hasil sentuhan fiza, ada dua tiga hasil dari design sendiri.

Baiklah, korang jangan lupa tau! jika ada buat entri kad raya dari shida boleh lah komen link entri tersebut untuk shida baca dan sematkan dalam entri kad raya 2022. Harapan shida tahun depan boleh perbanyakkan lagi utusan dan balasan diterima. So next projek 2023 nantikan ya! ada yang nak join? Boleh roger shida.

You May Also Like

31 comments

  1. Perenggan akhir tu typo kan? ‘entri kad raya 2020’

    Entri dari blog akak :
    https://ujieothman.blogspot.com/2022/05/eh-dapat-kad-raya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nampak komen kak uji terus saya edit kahkah ^_^
      Thanks kak, okay shida terjah ya entri tersebut <3

      Delete
  2. Tahun ni tak dapat kad raya dari Shida, sebab kita hiatus dari blogging. Next year kita nak kad raya shida tau. hehehe. Terima kasih kerana kekalkan akak kat bloglisted. Terharu sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah, tahun depan boleh berbanyakkan lagi utusan. CUma tahun ni ikut nama mana yg saya masih ingat dan mampu ingat. Time tu pun 4 bulan dan stop menulis huhuuu.

      Delete
  3. Ada dapat. Tq. Waktu itu telefon kita masuk bengkel hari sama terima kad. Ia menceriakan hati.

    https://me-soul-searching.blogspot.com/2022/05/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada terima ya. Sama2 NA harap dapat ceria2 selalu :)

      Delete
  4. shida..cik nor terima kad raya shida..tp lupa buat entry..terima kasih and sorry tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah asal dah terima, sebabnya saya pos saja time tu :)
      terima kasih ciknor :)

      Delete
  5. Terima kasih kak..


    https://pemudattbc.blogspot.com/2022/05/raya-2022-menerima-kad-raya-dari-rakan.html

    ReplyDelete
  6. Kad raya yg dpt bila menang GA shida thn lps cuma dpt diposkan pd raya tempohari sbb thn lps abe kie kena warded angkara covid...

    ReplyDelete
  7. Yang dapat tu... tahniah.. alhamdulillah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC saya tak pasti ada pos ke tak,jika ada beri alamat pada saya mmg saya akan kirim :) terima kasih PC.

      Delete
  8. Adaaa dapat..tapi masa tu simpan dulu, tak terbuat entri..aduh, maaf ya..tapi saya suka, dan still menyimpannya sebagai kenangan hari raya 2022, satu-satunya kad raya yang saya terima....hihi.. Thanksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh jangan la minta maaf pulak nona ^_^ takpe asal terima ok dah hehee
      Thanks sebab suke :)

      Delete
  9. Ada kakkk terima kasih kakk jap sy cri link blog

    ReplyDelete
  10. https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2022/05/kad-raya-dari-kak-shida-radzuan.html

    ReplyDelete
  11. Aduh!! lama dah tam menghantar kad raya.. Macam nak kena buat jugalah untuk tahun depan.. semangat kembali emmbara lepas baca entry shida ini.. semoga terus membara sampai ke aidilfitri 2023 lah hendaknya..

    ReplyDelete
  12. Aduh!! lama dah tam menghantar kad raya.. Macam nak kena buat jugalah untuk tahun depan.. semangat kembali emmbara lepas baca entry shida ini.. semoga terus membara sampai ke aidilfitri 2023 lah hendaknya..

    ReplyDelete
  13. entry kad raya kita pun masih dalam folder draft. kak yan ada terima kad raya dr shida..tq ya..

    ReplyDelete
  14. cantik juga design kad raya tu!

    ReplyDelete
  15. Ah saya mau kad raya.. hehehe tetapi jauh ya kita berjarak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bisa pos kan..jika Naia sudi kirimkan alamatnya..

      Delete
  16. Akak tahun ni tak terhantar kad raya. Entah apa yang disibukkan masa tu... akak pun lupa hahahah. Design Fiza memang tip top... akak suka tengok.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.