Ruangan Komen
Alhamdulillah, entri kali ini shida cuba lebih santai menulis atau mengarang ayat supaya lebih mudah kawan-kawan membaca dan fahami isi kandungan apa yang shida ingin sampaikan.
Takde motif apa pun, menulis bersahaja membangkitkan kembali semangat menulis blog. Jika tak praktik nanti jadi terbiasa "hanya buka new post lepas tu blurr" tak tahu nak mula dengan apa, selalu begitu tiap kali lama tak menulis!
Shida cuba lebih fokus menulis hanya kepada nak bercerita, lebih santai, tiada tekanan untuk apa-apa. Rasa nak menaip shida taip sahaja seperti sekarang ini. Takde motif kan?? hahaaa
Maaf kalau ayat lebih kepada baku atau kalau korang baca macam pelik hahaaa tapi shida cuba korang yelah lama sangat tinggal menulis ni.
Dua tiga harini shida cuba untuk blogwalking ke blog kawan-kawan. Seperti biasa main utama menjejak kembali kawan-kawan blogger yang pernah menjadi "GENG KUAT KOMEN" blog shida ni, biasa ada dibahagian bloglist shida di sidebar.
Rasa rindu pula pada mereka-mereka ini. Banyak nama-nama yang gah dalam dunia blog menyinggah dalam top ten geng kuat komen blog shida. Masa tu hampir setiap bulan ada saja nama-nama baru menyinggah haaaa..best sangat masa tu.
Cuma ada yang shida perasan sekarang ni susah pula nak komen-komen di blog kawan-kawan sebabnya setiap kali nak komen mesti kena "LOG MASUK DENGAN GOOGLE" sedangkan memang shida dah pun login blog shida sebab nak blogwalking.
Sampai satu tahap hilang pula kesabaran ni tapi yang pelik tak pula terjadi di semua blog yang shida masuk. Ada beberapa blog sahaja yang shida masuk terus boleh komen, setengah tu kena log masuk, dua tiga kali tekan log masuk baru boleh komen.
Ada juga yang tekan banyak kali log masuk still tak keluar ruangan komen atau apa-apa. Dah asyik keluar seperti gambar dia atas tu. Maaf sangat sekiranya ada blog yang shida tak singgah lagi dan komen disebabkan perkara ini.
Yang mana shida dah komen maksudnya shida dah berjaya lalui masalah log masuk tersebut. Ada tak korang hadapi masalah macam shida. Biasala kita baru je nak mula bloging tak tahu apa masalah terbaru blog yang selalu sangat update interface itu ini kan.
42 comments
tiba2 blur tu memang masalah semua blogger... hehehehe
ReplyDeleteTapi uncle x pun tiap hari ada saja gambar baru diaaa haaa ^_^
DeleteSejak akhir2 ada bug dari google. Kena adjust kepada comment embbed kot dari komen pop -up bar tu .huhu
ReplyDeleteBoleh naim buat tutorial bagaimana nk mghasilkan ataunnk adjust itu ini..dah semakin berumur dah xreti pulak ^_^
DeleteMudah je ni nak komen kat sini..tak perlu log in dah.. kat blog yaya tu kadang pelik juga, ada komen yang masuk spam.
ReplyDeletekalau masuk spam tu pun shida selalu ada, kdg2 pelik kan mcm mana masuk ke sana huhuu
Deletekebelakangan ni memang kerap terjadi comment box hilang
ReplyDeleteohh kak yan pun alami ke? ingat shida sorg jer..masa singgah blog kak yan smpai tekan 3 kali lah baru keluar kotak komen tu hahaaa aduhai ~
DeleteSalam shida... tu la lama betul blog ni sepi hehehee!!
ReplyDeletesihat ke?
Wasalam kak ret, sihat walafiat kak :) terima kasih kak berkunjung kembali <3
DeleteHai SHida! Lama shida menyepi!
ReplyDeleteyes yes syaz a.k.a SR heheee :) rindu x?
Deletegoogle ni kadang tak betul. selalu juga kena macam ni bila kat phone itu yg malas nak blogwalking guna phone maybe sebab guna email lain juga kot
ReplyDeletedekat fone kak shida jrg nk blogwalking sbb xselesa hahaa dah tbiasa dgn laptop..
Deletekita dah msuk carta..yeayy..:)
ReplyDeleteTahniah ciknor!
Deleteso far tak pernah pulak hadapi masalah ni. Unless kalau pakai incognito window. Semoga kembali istiqamah dalam blogging
ReplyDeleteTerima kasih sal <3
DeleteHalo kak, Alhamdulillah bisa mampir lewat mobile. Entah mengapa saya tak bisa BW dari computer, rasanya kesal luar biasa krna tak bisa mengunjungi teman² seperti biasa.
ReplyDeletePerihal comment dalam blog saya sengaja di moderation kerna ketika ditinggal beberapa waktu itu ada sahaja comment dengan pasang link ke situs yang tidak baik. Akhirnya saya sengaja aktifkan moderation.
Jika moderation tak punya masalah, tapi tak bisa buka ruang komentar yang jadi masalah sekarang! huhuuu tapi sudah 2 3 hari bloging masalah ini biasa di atasi mungkin dah selalu buka blog hehee
DeleteKekok bila lama tak menulis kan Shida. Takpa, ikut mood kita nak menulis pun. Ada masa kita tulis. Ruangan komen ni dah lama bermasalah. Kalau jadi macam ni biasanya kalau guna mobile Shida. kalau guna pc/laptop okay je.
ReplyDeletetapi alhamdulillah fiza bila dah hari2 buka blog dah tak jadi lagi masalah ini cuma jika blog yg xpernah lagi kita masuk, akan minta login dan login dan login hahaaa..thanks fiza!
DeleteOh ye ke Shida? Fiza masih meghadapinya. Tak tahu lah kenapa, asal guna mobile je memang tak boleh komen. Terpaksalah guna PC. huhu...
Deletehai shida... sihat ke tu? kalau akak pula skrg komen kt blog akak suka masuk spam.. tp x semua blogger akn ke spam... so kalau ada komen yg masuk kena check dulu sbb ada yg x publish sbb msk spam... kesian pulak member yg komen x publish rupanya msk spam
ReplyDeleteAlhamdulillah kak sihat walafiat :)
DeleteMasalah ini ada juga, shida pun selalu terkena. Check juga bahagian spam mesti masuk juga 2 3 komen. Nasib lah check sama kalau tak dah terdelete.
Akhir akhir ni memang ada problem ruangan komen..
ReplyDeleteshida hadapi mungkin sebab shida baru on blog kan..
DeleteBetul la. Kadang kotak komen tak ada. Kadang dah komen tiba2 loading semula.. bila taip semula hilang lagi..
ReplyDeletekes mcm PC shida pernah alami..so kekdahnya copy ayat yg ditulis sblm hilg sbb tiba2 dia loading hahaaa aduhai~
Deleteso far mama takde pula masalah ni. tapi mama perasan ada masalah mcm ni kalau guna incognito window
ReplyDeleteincognito window..dah 2 katakan masalah ni..shida kena check semula. tq mama :)
Deleteharap setel masalah shida
Deletesamalah dengan ammi ni shida..kalau ammi BW guna handphone mmg takboleh nak komen sbb dia kata "pls login with Google"...aterrrrrrr selama ni tak connect ke google ke hapa? sakit je hati.
ReplyDeleteayuhhhhh kembalilah menulis adikku...
Masalah ni shida rasa dah hampir selesai..melainkan blog yg shida tak pernah masuk lg akan hadapi masalah ini semula. Terima kasih ammi :)
DeleteSetakat ni tak jumpa lagi masalah macam tu
ReplyDeleteKeep it up! Jangan paksa diri, tapi cuba yang terbaik untuk menaip entri..hehe..
ReplyDeleteKotak komen saya setakat ni okay lagi..huhu
Komen kak di blog rabia kan selalu keluar spam. Rabia pun pelik kenapa keluar spam . tq sudi komen blog rabia . rasa lama rabia tak singgah sini .
ReplyDeleteYeah!! Semoga terus berkongsi cerita.. setakat ini tak jadi pula.. Cuma komen masuk spam je.. hehehe..
ReplyDeleteSalam kenal. Jemput blogwalking sini jugak
ReplyDeletehttps://alkhudhri.com
https://mm-ahmadi-pg.blogspot.com
https://usrahnurani.com
https://semakanmaklumat.com
Ahlan Wa Sahlan. TQ.
oh pelik jugak tu, biasa kalo jadi gitu sebab bukak kat phone je..kalo pakai laptop jarang pulak kene login bila da login sesiap..
ReplyDeleteAkak kalau blogwalking guna phone, memang akan hadap masalah ni... terus putus angin. Sekarang kalau nak blogwalking kena guna laptop
ReplyDeleteSelama nie komen tiada masalah kak lau guna laptop, kalau guna hp kerap juga jumpa masalah xdapat komen
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.