Alhamdulillah, entri kali ini shida cuba lebih santai menulis atau mengarang ayat supaya lebih mudah kawan-kawan membaca dan fahami isi kandungan apa yang shida ingin sampaikan.
Takde motif apa pun, menulis bersahaja membangkitkan kembali semangat menulis blog. Jika tak praktik nanti jadi terbiasa "hanya buka new post lepas tu blurr" tak tahu nak mula dengan apa, selalu begitu tiap kali lama tak menulis!
Shida cuba lebih fokus menulis hanya kepada nak bercerita, lebih santai, tiada tekanan untuk apa-apa. Rasa nak menaip shida taip sahaja seperti sekarang ini. Takde motif kan?? hahaaa
Maaf kalau ayat lebih kepada baku atau kalau korang baca macam pelik hahaaa tapi shida cuba korang yelah lama sangat tinggal menulis ni.
Dua tiga harini shida cuba untuk blogwalking ke blog kawan-kawan. Seperti biasa main utama menjejak kembali kawan-kawan blogger yang pernah menjadi "GENG KUAT KOMEN" blog shida ni, biasa ada dibahagian bloglist shida di sidebar.
Rasa rindu pula pada mereka-mereka ini. Banyak nama-nama yang gah dalam dunia blog menyinggah dalam top ten geng kuat komen blog shida. Masa tu hampir setiap bulan ada saja nama-nama baru menyinggah haaaa..best sangat masa tu.
Cuma ada yang shida perasan sekarang ni susah pula nak komen-komen di blog kawan-kawan sebabnya setiap kali nak komen mesti kena "LOG MASUK DENGAN GOOGLE" sedangkan memang shida dah pun login blog shida sebab nak blogwalking.
Sampai satu tahap hilang pula kesabaran ni tapi yang pelik tak pula terjadi di semua blog yang shida masuk. Ada beberapa blog sahaja yang shida masuk terus boleh komen, setengah tu kena log masuk, dua tiga kali tekan log masuk baru boleh komen.
Ada juga yang tekan banyak kali log masuk still tak keluar ruangan komen atau apa-apa. Dah asyik keluar seperti gambar dia atas tu. Maaf sangat sekiranya ada blog yang shida tak singgah lagi dan komen disebabkan perkara ini.
Yang mana shida dah komen maksudnya shida dah berjaya lalui masalah log masuk tersebut. Ada tak korang hadapi masalah macam shida. Biasala kita baru je nak mula bloging tak tahu apa masalah terbaru blog yang selalu sangat update interface itu ini kan.


