• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Shida Radzuan Blog

Mendobi Rumah Dihujung Minggu | Assalammualaikum korang! Hujung minggu ni aktiviti shida dirumah adalah mendobi rumah. Shida ni jarang nak dapat spend masa untuk dobi rumah kaw kaw punya. Memandangkan semalam shida tak buat WFH jadi decide untuk kemas rumah saja. Lama dah target nak cuci cermin pagar dan tingkap depan ni haaa. Asyik tak ada masa je korang huhuu

So semalam shida all out buat lepas subuh tu dalam 7.30 pagi mula dah kerja-kerja mencuci. Mula-mula sekali shida sapu sawang dan habuk disetiap celah dalam rumah ni sampai patah lah kepala sawang tu lawak betoii laa 😂😂 balik suami tengok tepuk dahi diaa hahahaa.

Bayangkan lah mula 7.30 pagi habis 1.30 petang punya lama shida buat kerja ni, sebab memang dah niat hari ni nak kemas semua, tak tahan dah tengok keadaan rumah ni sakit mata! Selesai sapu sawang, shida cabut langsir, cabut sarung bantal kusyen pi basuh dan jemur. Kemudian tu shida lap perabot, lap kabinet tv dan meja, habuk banyak sangat korang! Kedudukan rumah taman depan jalan macam ni lah, lagi pula orang duk buat korek-korek jalan depan jalan lorong rumah shida lagi la habuk kuat.

Karpet rumah shida angkat sidai atas pagar, ketuk bagi hilang habuk memandangkan rumah tak ada vacum huhuu (kena cari satu juga ni) Dah selesai semua shida sapu lantai dari dapur sampai ke luar rumah. Siap semua baru mop lantai pula, sambil-sambil tu lari-lari jap kat dapur masak nasi dulu sebab menu hari tu ringkas saja Nasi Goreng Bunga Kantan bersama Ikan Bilis.

Bila dah selesai mop baru shida rehatkan badan kejap sebelum mula cuci tingkap depan dan pagar. Penat juga nak nyental sebab masa mula-mula masuk tu shida tak sental pun pagar ni sebabnya kekangan masa tapi korang tengok la setahun selepas baru sempat buat hahaa 😂😂

Dah habis menyental lebih kurang pukul 11 lebih pagi, lantai pun dah kering shida susun semula perabot pasang karpet dan pasang semula langsir dan sarung bantal kusyen tu. Memandangkan memang tak ada lansgir dan sarung spare belum lagi nak buat baru, Inshaa Allah dalam masa terdekat ni baru nak menempah langsir baru senang nak buat tukar-tukar kan,

Kerja-kerja selesai lebih kurang pukul12.30 shida mandi bersihkan diri, berehat dalam beberapa minit baru ke dapur buat nasi goreng sementara tunggu encik husben pulang. Lega korang tengok keadaan rumah bersih, rasa segar sangat-sangat dan wangi heheee. Jadi kerja-kerja camni kena kerap buat sebab rumah senang sangat berhabuk. 

Rasanya hari selasa pulak nak kemas dapur sikit, nak kemas bahagian bawah table top shida ni. Udah la tak ada kabinet so melapang jela, nak tutup dengan skirting pun shida masih tak ada idea,tengok lah nanti godek-godek kat shopee hehee. Selesai dah kerja shida seharian korang! esoknya (ahad) iaitu harini shida dah terlalu penat, apa pun tak boleh dah! So hujung minggu ni korang bikin apa je kat rumah?


Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Program Percuma Kepada Penghidap Kencing Manis Anjuran Kawalkencingmanis.com | Bila dengar Kencing Manis atau nama saintisfiknya Diabetes rata-rata ramai masyarakat kini dalam pelbagai peringkat umur telah pun menghidap penyakit ini. Awas! Kencing Manis adalah salah satu penyakit pembunuh dalam senyap.

Selain kanser dan sakit jantung, diabetes juga merupakan antara satu penyakit pembunuh utama di Malaysia. Ia berlaku apabila metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaat sebagai tenaga secara maksimum.

Kawalkencingmanis.com bakal menganjurkan Program Percuma 100% Yang Mengembalikan Senyuman Kepada Penghidap Kencing Manis. Ianya sebuah platform sehenti yang diterajui ahli professional kesihatan telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis. Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021.
 

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia. 

Kajian mendapati bahawa golongan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis, berat badan yang berlebihan serta berumur diantara 45 tahun dan ke atas. 

Malah, golongan yang berisiko ini selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menghidap kencing manis. Penyakit ini boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi. 

Statistik Kematian COVID-19 di Malaysia, 11 Oktober 2020

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi - Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020.

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah, akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah, latihan pengawalan stress, kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam serta kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.


Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar. 
 
Baca juga punca dan kesan Kencing Manis pada diri kita.

Organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang www.kawalkencingmanis.com. Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.

 

Jadi jangan tunggu lagi, jom beramai-ramai mendaftar dan mendapatkan khidmat percuma melalui program percuma ini. Untuk keterangan lebih lanjut boleh juga menghubungi bagi mendapatkan langkah proaktif dalam mencegah dan  mengawal kencing manis. Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1 Mac 2021 sehingga 14 Mac 2021. Daftar segera di laman sesawang rasmi www.kawalkencingmanis.com.

Laman Sesawang Rasmi :

www.kawalkencingmanis.com 

FB Page: Program Kawal Kencing Manis 

www.facebook.com/Program-Kawal-Kencing-Manis-105830504829089

Instagram: Program Kawal Kencing Manis 

www.instagram.com/programkawalkencingmanis/


Share
Tweet
Pin
Share
25 comments
Awas! Kencing Manis (Diabetes) Pembunuh Dalam Senyap | Bila dengar diabetes rata-rata ramai masyarakat masa kini dalam pelbagai peringkat umur telah pun menghidap penyakit diabetes. Selain kanser dan sakit jantung, diabetes juga merupakan anatara satu penyakit pembunuh utama di Malaysia. Ia berlaku apabila metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaat sebagai tenaga secara maksimum.

Antara Punca Kencing Manis dikalangan masyarakat kini. Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

  • Berlebihan berat badan atau kegemukan
  • Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif
  • Pemakanan yang tidak seimbang, pengambilan tinggi lemak dan kurang serat
  • Keturunan dari keluarga yang mempunyai pertalian yang kuat
  • Peringkat Umur
  • Bangsa - Kaum india lebih berisiko menghidap diabetes

Bagi golongan yang baru menghidap penyakit ini atau mempunyai tanda-tanda awal dan masih diperingkat awal ia boleh dicegah dan sembuh sepenuhnya. Jika kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat amat berisiko mendapat diabetes dalam tempoh lima tahun.

Diabetes Jenis 1 :

  • Dikenali sebagai Insulin - Dependent Diabetes Mellitus atau diabetes awal remaja.
  • Disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan insulin.
  • Biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan remaja.
  • Hampir 10% penghidap Diabetes adalah dalam kategori Jenis 1.

Diabetes Jenis 2 :

  • Dikenali sebagai Non-Insulin-Dependent Mellitus.
  • 90 - 95% rakyat Malaysia menghidap Diabetes jenis ini.
  • Disebabkan oleh sel badan tidak lagi peka dengan hormon insulin (dikenali sebagai rintangan insulin) atau penghasil insulin yang berkurangan.



Bagaimana pula tanda-tanda penghidap kencing manis dan kesannya terhadap kita.

  • Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam.
  • Berat badan menysuut dengan drastik.
  • Jarak penglihatan menurun
  • Sering kebas pada tangan dan kaki
  • Luka yang lambat sembuh



Kesimpulannya, kurangkan makanan dan minuman bergula termasuk amalkan gaya hidup sihat melalui senaman dan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat dengan lebihkan memakan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang serat dengan vitamin yang baik untuk tubuh badan. Elak Diabetes! Sayangi diri anda dan keluarga!
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Drama Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15 (Akhir) Slot Samarinda TV3 | Drama yang tengah trending sekarang ni rata-rata menjadi bualan setiap mulut peminat atau penonton drama bersiri di TV3. Drama Takdir Yang Tertulis dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong serta ramai lagi barisan artis yang berjaya mencuit hati penonton yang menonton drama ini. Boleh juga tonton online di WeTV Drama Takdir Yang Tertulis (Episod 1 hingga 15).

Shida ni sebab PKP je boleh lah menonton semua drama-drama yang ada, kalau kerja takdak peluang la nak tonton huhuu. Shida syak drama ni juga akan jadi sehebat drama 7 hari mencintaiku dan cinta sekali lagi yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Drama takdir yang tertulis menampilkan plot twist yang mendebarkan dan menyakitkan hati yang sarat dengan konflik antara mereka (Juweta dan Azlan). 

Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis.

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.

Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.

Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?

 

Info Drama Takdir Yang Tertulis

  • PENULIS SKRIP : Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada
  • PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
  • PRODUKSI : Radius One
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • BILANGAN EPISOD : 15 Episod
  • WAKTU SIARAN : Isnin - Khamis (10 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021 
  • LAGU TEMA (OST) : Karma (Kaka & Jaz Hayat

 

Pelakon & Watak DramaTakdir Yang Tertulis

  • Nad Zainal sebagai Juweta
  • Nazim Othman sebagai Azlan
  • Elvina Mohamad sebagai Ruhila
  • Alvin Chong sebagai Ean
  • Didie Alias sebagai Che Salmah
  • Iman Suhana sebagai Ruzita 
  • Muaz Fitri sebagai Hakim
  • Uchee Fukada sebagai Kak Jo
  • Isaac Iman sebagai Mika
 



 

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap!  | Okay korang! hari ni kita belajar masak ya, tengah rajin nak menaip resepi hehee. Semalam menu yang shida masak adalah AYAM MASAK MERAH kalau ikutkan rasa sedap ala-ala kenduri gitu. Resepi ni shida ambil dari resepi Kakngah shida, masa dia masak nasi tomato tahun lepas, lama dah. So hari ni shida cuba resepinya, Alhamdulillah sedap dan berjaya hahaha 😋😋

Bahan pula takde la rumit mana, semua bahan yang ada didapur korang tu. Lain orang lain cara masaknya dan ini adalah cara shida ya. Kalau ada rasa tak suka dengan cara ni tak perlu ikut, yang suka tukar-tukar menu dan rasa bolehlah cuba. Bagi adik kakak yang baru nak belajar masak boleh cuba resepi shida ni sebab shida masak dalam kuantiti yang sedikit. Jom kita start!

Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap! 

BAHAN - BAHAN :

  1. 6/7 ketul ayam dicuci bersih dan digoreng
  2. Bawang besar 2 biji (sederhana) - dikisar
  3. Bawang Putih 4 biji - dikisar
  4. Halia sedikit - dikisar
  5. Lengkuas sedikit - dikisar
  6. Buah Keras sebiji - dikisar
  7. 4 Sekawan serba satu - untuk menumis
  8. Sebatang serai diketuk - untuk menumis
  9. Cili kisar dalam 4 senduk kecil
  10. Serbuk cili - 2 sudu makan
  11. Cili Sos - 4 sudu makan
  12. Minyak dalam 2 senduk kecil - untuk menumis
  13. Gula dan garam serta serbuk perasa (jika perlu)

 

CARA MEMASAK :

  • Masukkan minyak, bila minyak dah panas masukkan 4 sekawan dan sebatang serai yang telah diketuk. Selepas tu masukkan bahan yang dikisar tadi (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan buah keras) Tumis bahan tadi sehingga naik bau dan bahan tumis sedikit kuning.
  • Selepas tu masukkan cili kisar dan gaul sebati, masukkan pula serbuk cili. Tumis bahan sehingga pecah minyak ya. Bila dah pecah minyak boleh masukkan cili sos pula gaul rata kalau nampak agak pekat atau kering tambah air ya, kot nak sambal berkuah sikit.
  • Bila sambal dah mendidih boleh masukkan gula dan garam serta ayam yang telah digoreng. Kacau rata sehingga ayam sebati dalam kuah sambal. Boleh juga letakkan hiasan lain seperti bawang holand dipotong bulat atau daun bawang potong panjang-panjang. Time masak ni shida tak letak hiasan ni sebab tak ada pun bahan-bahan ni lupa nak topup, guna apa yang ada saja.
  • Biar kuah dan ayam mendidih, dah cukup rasa dan semesti kena sedap ya! hahaha boleh la tutup api dan sedia dihidangkan. Menu ini cadangan untuk 3 ke 4 orang makan. Selamat Mencuba!

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
Sticker Nama Untuk Buku Sekolah Anak-Anak | Alhamdulillah dapat juga shida update entri walau dah dikira lewat sikit updatenya. Hari ni shida sibuk sikit selesaikan sticker-sticker tempahan customer shida ni. Yerlah dah PKP tak dapat bekerja, nak bekerja dari rumah pun shida sebenarnya tak minat pun nak buat. Maka shida selang seli masuk pejabat untuk selesaikan kerja-kerja shida. 

Okay bersambung tentang sticker, sebenarnya shida ni buat partime printing. Biasa printing yang shida buat ni pelbagai bergantung kepada permintaan sebenarnya. Macam bulan ni banyak shida ambil tempahan sticker nama buku sekolah anak-anak. Ini antara kerjasama shida dan satu production ni (kawan shida) Biasa shida collect order untuk bagi dia job dan komisyen diberi mengikut order yang shida ambil.

Dalam masa yang sama dapatlah shida buat side income selain dari hasil berblog, ini antara job lain yang shida buat. Kalau korang nak tahu shida ni dalam satu masa buat banyak kerja, kadang-kadang printing, pastu design tak masuk pula dengan bloging lepastu kerja tuisyen, oh lupa biznes lagi. Sticker nama ni dah jadi satu trend dah dikalangan pelajar dan ibubapa. Sticker ni mula diperkenalkan lama dah, lepas tu upgrade buat cop nama pula.

Untuk tahun ini sahaja, dah lebih 100 keping shida print untuk customer, customer juga ada yang repeat, setiap tahun tempah. Itu yang paling seronok bila customer repeat order kat kita. Ramai yang dah nampak kelebihan menggunakan sticker nama ni, sebab ada buku yang kulit licin memang susah nak tulis dengan pen atau pun cop, jadi dengan ada sticker ni boleh tarik tampal sahaja.

Tapi korang jangan salah anggap, bukan shida kata menulis ni tak elok, elok je kalau nak menulis lagi-lagi jika suri rumah yang ada kelapangan dirumah boleh la tulis menulis. Tapi zaman sekarang ni kerja tulis menulis baik mak atau ayah ada yang rasa benda boleh mudah kenapa nak dirumitkan ye dak? Mana boleh setel dengan cara mudah lebih baik setelkan cara macam tu.

lagi pun setakat ini customer shida separuh darinya adalah ibu yang tidak bekerja ataupun suri rumah. Mereka kata tampal sticker lebih mudah dan cepat sebab kerja-kerja fokus ni memang mengambil masa lagi-lagi nak menulis. Jadi pendekatan yang lebih baik adalah sticker kan ajer 😁

Sticker ni bukan sahaja boleh tampal pada buku, pada alatan tulis pun boleh. Ini salah satu gambar dari customer shida, anak blogger Azizah Yahaya. Jiejah dah dua tahun repeat order sticker ni. Selain tulisan rumi boleh juga print dalam tulisan jawi. Bertuah sungguh zaman sekarang ni, semua mudah kan! dulu tulis lah sampai bengkak jari hahaha 😁😁

Cuma bagi shida sticker nama ni paling tepat dan patut dimiliki oleh setiap ibubapa bagi memudahkan dan meringankan lagi kerja tanpa perlu menulis nama pada buku anak-anak. Bayangkan la jika ada 3 4 orang anak dengan bilangan buku yang banyak, tak ke jenuh nak menulis. 

Sticker ni mudah, siap dipotong petak tinggal tarik dan tampal sahaja, sangat mudah. Jenis sticker ada dua jenis, satu jenis putih dan satu lagi jenis transparent, dua-dua jenis shida ada buat. So bagi korang yang berminat bolehlah roger shida melalui facebook atau email sahaja. Nanti shida respon kita chat melalui whatsapp ya. Thanks korang!

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Kebaikan dan Kelebihan Periuk Dessini | Korang ingat lagi tak lagi entri shida membeli periuk dessinin sempena shocking sale shopee 11.11 tahun lepas. Yang terlepas boleh baca ENTRI INI untuk membacanya. Jadi setelah beberapa bulan menggunakan periuk dessini ternyata ada banyak kelebihan dan kebaikan menggunakan periuk seperti ini.

Pada entri yang lepas shida membeli satu set (12pcs) periuk dessini di shopee yang harga ditawarkan cukup rendah. Warna maroon adalah warna yang dihantar kepada shida setelah warna biru sudah kehabisan stock, ya memang frust tak dapat warna biru korang!

SATU SET PERIUK DESSINI :

20CM PERIUK DESSINI, 24CM PERIUK DESSINI, 28CM PERIUK DESSINI, 32CM PERIUK DESSINI & 28CM KUALI DESSINI (didatangi bersama penutup setiap satu)
 

Tapi setelah dapat, okay agak berpuas hati dengan warna maroon ni. Punca shida membeli periuk dessini ni adalah disebabkan dah tak nak lagi membazir wang dengan membeli periuk yang hanya bertahan dalam tempoh yang singkat dan juga ingin memudahkan kerja-kerja seharian didapur, memandangkan shida hari-hari memasak maka periuk seperti ini adalah wajib atau perlu ada oleh shida dan setiap mak-mak diluar sana.

Bila memasak ni shida paling rungsing kalau kuali atau periuk yang kita guna ni tak bersih. Kebiasaan masalah seperti ini apabila muncul tanda-tanda karat dikawasan dalam kuali, mulalah rasa was-was nak guna sebab risau nanti akan menjejaskan kesihatan kelak. 

Selain tu juga periuk atau kuali bila masak dia cepat hangit lepas melekat-lekat, ikutkan pengalaman shida pernah beli kuali dan periuk dari yang murah dan ke mahal kedua-dua situasi shida pernah alami pada periuk atau kuali yang shida beli. Kadang tu rasa stress sebab hampir setiap bulan buang dan beli baru periuk, rasa satu pembaziran disitu.

Dalam tempoh pemakaian periuk dessini ni apa yang shida amat berpuas hati adalah dengan kepelbagaian saiz periuk, dari yang kecil hingga ke besar alam. Ia disertakan dengan penutup periuk berkaca dengan pemegang tombol mudah dan selamat. Memang nampak tahan lasak periuk dessini ini.

Ketika memasak menggunakan periuk dessini, apa yang shida lihat, kuali cepat panas, masakan juga sekata. Senang kata shida sangat berpuas hati dengan masakan dengan menggunakan periuk dessini ini. Masakan tak melekat ia juga mudah dibasuh. Shida pernah masa tu goreng sayur lepas tu nak guna kuali yang sama untuk buat telur dadar shida cuma lap dengan tisu sahaja dah bersih, terus boleh membuat telur dadar pula.

Periuk dessini tak berat tau mudah untuk handle, walau shida menggunakan periuk yang paling besar berukuran 32cm masa tu shida buat kuah mee kari tapi masih ringan. Jadi amat mudah untuk kita sebagai wanita untuk angkat alih periuk besar seperti periuk dessini. Untuk keseluruhan kebaikan bagi shida ia sangat memudahkan kerja-kerja memasak didapur dan para wanita atau mak-mak diluar sana wajib ada satu set periuk dessini ini dirumah 😊 Bagi shida satu kepuasan memasak juga harus ada ketika berada didapur.

ANTARA MASAKAN YANG SHIDA MASAK MENGGUNAKAN PERIUK DESSINI



Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Giveaway Sii Nurul | Tengah blogwalking tadi ternampak pula giveaway dari Blogger Siinurul. Apa lagi laju-laju shida nak join memandangkan idea menulis masih zero. Tahniah kepada siinurul kerana berjaya dalam menghasilkan pendapatan bersama adsense. Maka beliau nak kongsi rezeki bersama-sama dengan pemenang bertuah.
 

Syarat cukup mudah korang, buat entri letak banner, follow Blog Sii Nurul dan Blog Inspirasi Kami, like juga fanpage siinurul dan jangan lupa lepas buat entri komenkan link diruangan komen ya, mudah kan? So apa tunggu lagi jom ramai-ramai support giveaway siinurul (tekan banner atas).

 

2 pemenang yang bertuah akan menerima :

WANG TUNAI RM50.00 (cabutan)

Segmen bermula pada :

24 JANUARI 2021 - 20 FEBRUARI 2021

GOOD LUCK SEMUA! 😊


Share
Tweet
Pin
Share
25 comments
Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor, Perak | Assalammualaikum korang! Akhirnya shida keluar juga entri bercuti di Pulau Pangkor tahun lepas 2020. Shida ke sana bercuti bersempena Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Shida dan Husben yang ke 2 tahun. Ya ya tahu! semua akan cakap owh masih panjang perjalanan perkahwinan kami ni. Yes! memang betul masih muda angka perkahwinan kami tapi memang tak perasan masih baru, rasa seperti sudah lama berumahtangga tau! Sebab hari-hari mengadap Encik Husben sorang ni, rasa macam lama dah duduk sebumbung dengan dia 😂

Percutian 3 hari 2 malam ni kami mengambil peluang untuk cuti berehat setelah setahun bekerja dengan tegang dan penat tambahan pula dengan pandemik covid19 ini. Plan nak ke sana memang dah lama kami rancang disebabkan perancangan nak ke Pulau Langkawi telah dibatalkan disebabkan wabak virus ni. Walau bagaimana pun kami berdua enjoy bercuti di sana, tak sesak dengan orang sebab kami memilih untuk pergi bercuti pada hari minggu.

Penginapan di Pulau Pangkor kami memilih untuk stay kat Chalet Nipah Bay Villa yang berharga semalam RM90.00 sahaja. Kami naik feri dari Jeti Marina, tiket feri dan penginapan siap booking Online menggunakan Traveloka. Terminal Jeti Marina ni bagi shida amat mudah kerana parking kereta disediakan dari berbumbung ke tempat tidak berbumbung dan of course ianya berbayar mengikut hour.

Gambar dari Depan Chalet Nipah Bay Villa

Keadaan bilik kemas dan bersih 😀

Gambar dari depan bilik kami di Chalet Nipah Bay Villa

Sebenarnya sederet chalet ini terdapat juga beberapa motel dan chalet yang lain tapi Chalet Nipah Bay Villa ni adalah yang paling direkeman dalam traveloka. Chalet yang bersih dan servis juga bagus, chalet ini antara chalet paling dekat dengan pantai. Jika weekend terdapat juga pasar malam sepanjang jalan dan juga kedai-kedai makan. Jadi jika duduk di area sini memang tak akan lapar, kedai makan banyak gila. Malam pertama kami sampai ke sini kami pilih untuk makan di kedai makan ditepi pantai memandangkan kedai berdekatan dah penuh dan duduk dimeja berdepan dengan pantai, best! ada deruan angin dan ombak.
 

Untuk bercuti di Pulau ni korang kena ingat tak ada yang murah ya! Tempat biasa-biasa papan nak reput pun harga depa memang mahal. Encik Husben kata nama pun bercuti tak perlu kata nak jimat sangat, memang kena keluar belanja, tak apa memang dah spend untuk bercuti kali ni so memang dah spend bajet yang cukup! Tapi walau makanan mahal setimpal lah dengan kuantiti makanan yang disediakan sangat-sangat banyak.
 

Malam berikutnya (hari ke 2) kami makan satu kedai makan yang selalu penuh dengan orang. Masa malam pertama tu kami tak dapat makan kat kedai ni sebab penuh dengan orang dan bersesak tu yang decide makan kat kedai kat pantai tu je. Nama kedai ni MIJUEN THAI FOODS PROJECT, nama macam kedai siam tapi ini kedai orang melayu kita tau, masakan ala-ala kedai siam gitu,sedap!

Hari ke dua berikutnya, kami bercadang nak meronda sekitar kawasan teluk nipah ni, memandangkan hari baik cuaca panas kami hanya sewa motor sahaja dan sebelah petang selepas solat zohor baru kami bercadang turun ke pantai untuk mandi. Sewa motor sehari RM40.00 + RM50.00 (deposit ) dan deposit akan dipulangkan selepas kita dah tak nak guna lagi motor tersebut dan diserahkan dalam keadaan yang baik. 

Lupa pula shida nak tanya tentang sewa kereta sebabnya semasa kami datang ke teluk nipah ni abang driver teksi pink beritahu yang jalan biasa digunakan tu tanah runtuh jadi agak susah jika naik kereta untuk melawat kawasan sekitar jika tak berhati-hati sebab jalan di dalam kawasan pulau yang agak sempit juga. Selepas sarapan kami terus gerak ke pekan untuk melawat sekitar teluk nipah, tempat pertama yang kami tuju iaitu KOTA BEALANDA, seterusnya kawasan BATU BERSURAT dan tempat terakhir MASJID AL-BADI 1000 SELAWAT. Ketiga-tiga tempat ni sebenarnya dalam satu kawasan je jadi siapa yang pertama kali datang tak akan sesatlah hahaaa.

Gambar dari bawah kawasan Kota Belanda, kecil je tempatnya, sesuaila nak bergambar kat sini
 
Gambar ni pula pandangan dari atas, masa ni orang tak berapa ada, biasa bukan hujung minggu.
 
Gambar selfie kami berada di atas kawasan Kota Belanda.
 
Batu bersurat. Ia merupakan batu yang terpahat dengan huruf-huruf tulisan kuno. Ia merupakan bukti sejarah kedatangan Belanda ke kawasan ini. Terletak tidak jauh dari Kota Belanda. Penduduk tempatan percaya batu ini hidup kerana ia mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil. Panjang batu ini 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan berketinggian 4.3 meter.
 
Gambar Masjid Al-Badi dari hadapan, masjid ni berada di atas air lebih kurang macam terapung.
Seluruh dinding masjid ini dihias dengan 1000 selawat.
 
Gambar kawasan tepi dalam masjid.
 

Setelah selesai kami berdua berehat sekejap di tepi yang ada penjaja menjual minuman, duduk lepak minum sat sebab cuaca dah panas terik, tak tahan shida dengan pakai facemask lagi. Memang dari awal perjalanan SOP memang kami patuh sebab berada ditempat orang kan. Selesai berehat kami gerak balik ke Chalet untuk berehat sekejap dan solat sebelum turun ke pantai.
 
MAAF ENTRI KALI NI PANJANG & BANYAK GAMBAR! SELAMAT MEMBACA GAIS!

Lebih kurang  jam 3 petang kami turun ke pantai, kalau korang nak tahu nak ke pantai nak ke kedai makan kedai runcit dan pasar malam hanya berjalan kaki sahaja tau. Memang beruntung menginap dikawasan teluk nipah ni sangat menyenangkan. Kami berjumpa dengan orang handle kawasan pantai dorang ni ada nama cuma shida tak ingat apa nama panggilan untuk dorang ni 😂

Sembang punya sembang kami decide untuk pusing pantai dan mandi kat pantai yang jernih airnya sahaja kira macam dekat kawasan tengah-tengah pantai, memang dorang ada buat kawasan khas untuk bermandi manda. Sewa boat ada dua jenis, yang berbumbung dan boleh naik lebih kurang 10 orang satu boat harga RM150. Jika untuk tak lebih dari 4 orang RM80 (tiada bumbung) dan masa tu juga shida baru tahu encik husben mabuk laut hahahaa. Kami naik yang tiada bumbung sebab naik pun berdua saja dengan tukang handle boat tu.

Lepas abang boat dah bawa pusing-pusing teluk, kami melawat tempat snorkling tapi shida tak ambil pakej snorkling tu just pergi situ untuk bagi ikan-ikan makan je hehee bagi ikan makan dengan roti keping tu ha, abang boat dah sediakan bagi kami. Selesai je,kami pun di bawa ke tempat mandi manda dan ditinggalkan disitu sehingga jam 6 petang.
Seronok mandi manda macam ni, tenang je duk kat pantai ni. Kebetulan sangat masa ni kat pantai tu cuma ada kami dan satu lagi family (3 orang) so pulau ni macam kami yang punya, nak gelak nak jerit ikutlah takde sape dengar pun hahhaaa 😁😁 lebih kurang 3 jam duk dalam pulau ni, penat juga berendam hahaaa. Pukul 6 boat sampai kami pun gerak balik ke Chalet. Hari ke dua ni hari yang amat memenatkan satu hari punya aktiviti full!
 
Cukuplah 3 hari kami di sini, jomlah pulang! kerja-keja harian dah menunggu dan memanggil kami balik hahaha. Sampai di Jeti Marina kami sempat singgah ke Lumut untuk beli sedikit ole-ole untuk dibawa balik. Kami singgah Aeon Manjung untuk makan dan langsung terus balik ke kampung suami di Beruas sebelum ke Taiping. Simpan semuanya dalam blog ini untuk kenang-kenangan, kot nanti anak cucu buka dan baca pula 😍 Hope enjoyla baca ye! Terima kasih semua 😊

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
Nama samaran yang ringkas boleh di panggil MSA atau Si Tangan Gebu berasal dari Kelantan. TG mengajak ke semua bloggers yang suka join aktiviti seperti ini untuk menyertai Giveaway by Blog Tangan Gebu yang bakal berakhir tak lama saja lagi pada 31 Januari 2021. Giveaway ini menawarkan pelbagai jenis hadiah yang menarik. Korang nak join? jom lihat details giveaway di bawah :

Syarat ke 2 : Tulis ayat ringkas/perenggan kenapa anda join giveaway ini 
dan copy paste gambar pertama dalam post ini.
 
Kenapa eh? Okay bila tengok hadiah terus teruja! Jika ada rezeki mahu kan hadiah 1st Prize tu :) Jika dapat syukur Alhamdulillah! Selain dari tu seperti biasalah sesi support antara blogger juga. Shida memang selalu support jika ada diantara blogger yang buat aktiviti blog seperti ini. Terima kasih TG menganjurkan aktiviti ini beserta hadiah yang cukup lumayan. Semoga awak berjaya dalam apa jua yang awak ceburi. Amin!


Antara hadiah yang cukup menarik untuk dimenangi! Nak menang? Jom join!



Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
MCO 2.0 GIVEAWAY | Hari ni rasa kelapangan sedikit untuk join aktiviti blogger, kebiasaan aktiviti macam sangat sesuai di join oleh para blogger yang kekeringan idea untuk menulis seperti shida ni hahaa 😁😅 Shida ni idea nak menulis ada je tapi selalu je tak sempat jadi kita dulu kan mana yang sempat dulu.
 

Giveaway kali ni shida join dari anjuran Blogger Anakdenesor, menarik buka nama dia? haaa apaa tunggu lagi moh ler pakat-pakat join giveaway ni dan memeriahkan lagi sementara tarikh tamat belum sampai lagi, lagi beberapa hari saja lagi. Syarat sangat-sangat mudah memang sesuai bagi blogger yang tak suka join giveaway yang terlalu sarat dengan pelbagai syarat.

So good luck kepada semua blogger yang join giveaway ini dan tarikh tamat pada 1 Februari 2021 . Nak join klik banner atas tu telah shida pautkan terus ke blog Blogger Anakdenesor, thanks. Oh ya! shida ada soalan, siapa antara korang yang suka tengok atau baca kisah seram dan mistik atau hantu? 


Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger Part 3 | Alhamdulillah rezeki PKP dapat kejutan hadiah dari seorang blogger ni. Pada mulanya shida macam blur bila dapat bungkusan yang diterima oleh husben shida. Balik dari kerja terus husben cakap, awak dapat parcel lah. Shida mulanya belek-belek belum buka lagi tapi macam tak sure siapa gerangan yang beri shida kejutan ini.

Walau ada nama si pengirim shida masih blur sebabnya tak berapa ingat nama ni tapi macam pernah nampak. Dalam kepala memang dah dapat tangkap mesti dari blogger ni, cuma blogger yang mana memang kena tekalah! sebabnya tak letak pun link blog kat mana-mana. Jadi bila buka sampulnya ada sebuah buku / komik Lawak Kampus dan sekeping notes untuk shida.

Sekeping notes yang tertulis "Assalamualaikum.. Just want to say THANK YOU! (anies blogger) Bila tengok nama anies terus teringat Blogger Anies pernah minta shida alamat dan bila shida tanya dia kata yes! dia yang bagi dan rata-rata ramai juga blogger lain yang menerima hadiah yang sama. 
 
Alhamdulillah terima kasih Anies moga murah rezeki dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog shida 😉 Supaya shida tak terlepas pandang lagi lepas ni, shida dah masukkan blog anies ke dalam bloglisted shida, terima kasih sekali lagi!


Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Newer Posts
Older Posts

Its Me Shida


I AM PERAKIAN - A WIFE TO ASNS ♥
FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
| SCROLL DOWN - CONTACT FORM |
.................................................................

Google PageRank Checker

Contact Me

Name

Email *

Message *

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOGLISTED!

  • Blog Begins At Forty
    May 22, 2025
    1 hour ago
  • Drawing the Words
    Perjalanan Perbaiki Diri – Bukan Tentang Jadi Sempurna, Tapi Jadi Lebih Baik
    2 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Singgah Solat Jamak di Masjid Souq El Had Laghdir
    3 hours ago
  • A M M I
    Lunch di Leh Pak
    4 hours ago
  • KasihkuAmani
    TicTac Mandarin and Lemon-Lime Flavoured Candies
    4 hours ago
  • Syu Deris : Bloging for fun!!
    Tips Penjagaan Bunga Fresh Supaya Tahan Lebih Lama
    7 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    Tragedi May
    7 hours ago
  • Bola Katok
    Trending ID Ejen Ali.
    8 hours ago
  • SURIA AMANDA
    Bila Kedai Makan Nampak Menarik Tapi..Mengecewakan...
    9 hours ago
  • Titian Perjalanan
    Buah Letup-Letup - 'Jajan' Zaman Kanak-Kanak
    9 hours ago
  • DANA
    PHOTO DIARY #14/2025
    10 hours ago
  • orangbukit
    Mee Tarik Jalan Sultan | MySayur.com
    10 hours ago
  • From FAMF Tower
    Gaun Tambah Pesak
    11 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit
    12 hours ago
  • Anies♥You
    Nama lama dan nama baharu jalan-jalan @ Kuala Lumpur
    13 hours ago
  • ... dan aku menulis untuk diri sendiri
    1031 : Catatan Perjalanan - Krabi, Thailand (Episod Akhir) : Nasi Khao Mok, Sedap ke Idok?
    13 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Anda Lady Driver Yang Macam Mana?
    16 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Foodpanda
    18 hours ago
  • fairusmamat.com
    Masjid Agung Melaka: Saksi Bisu Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu eBook?
    1 day ago
  • thesuraya
    Code Name: Ryzen by Angel_K20
    1 day ago
  • //Perdu Cinta
    BIAR BETUL
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Wordless Wednesday: Barbacoa Croffle Rumah Kopi 38
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Petua Menaikkan Berat Badan Pesakit Diabetes Tanpa Risau Dengan Peningkatan Gula Darah
    1 day ago
  • Farhana Jafri
    “WAJIB TONTON!” — SYAFIQ YUSOF BAGI RATING 1000/10 UNTUK EJEN ALI THE MOVIE 2!
    2 days ago
  • Travelog Syuhada Salleh
    Hiking Bukit Padang di tahun 2025 & Makan Nasi Lemak
    2 days ago
  • aziankhalil.com
    Sukan Sekolah Anak
    2 days ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Program Wacana Manuskrip Melayu ; Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu
    2 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Aduhai cik Pepel Accident Lagi
    3 days ago
  • Warisan Petani
    OJ (Oyen Jasin)
    5 days ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    SELAMAT HARI GURU 2025
    5 days ago
  • Tiara Saphire
    Dia Bukan Syurga (Astro Ria) | Sinopsis Drama
    6 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Lega Selamat Sampai
    1 week ago
  • cik sukα taip
    The Haunted Apartment : Miss K (2024)
    1 week ago
  • Jari Jemari Menari
    Ulasan Buku : Joko Ronggo by Intan Aidda
    3 weeks ago
  • Aisya Ismail
    Air Selangor: Tarif Air Naik, Gangguan Bekalan Air Boleh ‘Settle’ Ke?
    3 weeks ago
  • Yaya Azura
    Masalah Air Di Selangor : Sampai Bila?
    4 weeks ago
  • nanieybarnieylurviey
    Al Fatihah Papa
    5 weeks ago
  • Mia Liana
    Master the Market: Comprehensive Guide to Using MT4 Index Trading Platform
    1 month ago
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Ramadan Bakal Meninggalkan Kita- Apa Kita Dapat?
    1 month ago
  • Mediana
    CARA KURANGKAN BERAT BADAN KEARAH GAYA HIDUP SIHAT
    2 months ago
  • The Wonderful Jannah
    Pengalaman Makan di Sate Zul Kuantan
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    PENGUBAT RINDU BILA LAMA TAK BERUPDATE
    2 months ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Buka buku pink di klinik kerajaan
    2 months ago
  • SayaNaia
    Low Battery
    2 months ago
  • EJULZ
    Giveaway Kerajaan Kelapa
    2 months ago
  • BLOG MUMMYINTHEHOUSE
    NIKMATI CUTI SEKOLAH DI SPLASH MANIA GAMUDA COVE
    2 months ago
  • Blog Adianiez
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    3 months ago
  • Zarida Ishak
    Di Bulan Mulia Ini, Jom Bantu Anak-Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka
    4 months ago
  • NaSa
    Diari Dialisis: Berakhirnya Buku Kehidupan Mama
    4 months ago
  • Si Hati Berbolak-Balik
    harini birthday suami yang ke 30
    5 months ago
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
    6 months ago
  • blog
    4 tahun penuh suka duka
    9 months ago
  • kaellaaaa's
    New Environment
    1 year ago
  • Atiqah Najihah's Blog
    Selamat Hari Raya Aidilfitri!
    1 year ago
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
    1 year ago
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
    1 year ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    1 year ago
  • insan marhaen
    Bersara Penuh
    1 year ago
  • IbuCida
    Langkah Pertama
    1 year ago
  • Sembang | Kejayaan
    Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah
    2 years ago
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
    Year of 2023 & Rabbit's year
    2 years ago
  • FARIHA JAFRI
    Lirik Lagu : ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)
    2 years ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
    2 years ago
  • Blog Cik TK
    WW 2022/03: RASA MACAM TAK BAIK, TAPI... SEDAP!
    2 years ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci
    3 years ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H.
    4 years ago
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE
    4 years ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    4 years ago
  • Cikgu Badarudin
    4 years ago
  • Lori Sewa Malaysia
    Aircon That Saves Electricity KL & Selangor
    4 years ago
  • The_ramaramapendek
    Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
    5 years ago
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
    6 years ago
  • Ziana Eunos
Show 10 Show All

GENG KUAT KOMEN ♥

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  May 2023 (1)
  • ►  2022 (8)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (4)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (2)
  • ▼  2021 (251)
    • ►  December 2021 (6)
    • ►  November 2021 (6)
    • ►  October 2021 (18)
    • ►  September 2021 (29)
    • ►  August 2021 (23)
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (31)
    • ►  May 2021 (11)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (29)
    • ►  February 2021 (31)
    • ▼  January 2021 (27)
      • Mendobi Rumah Dihujung Minggu
      • Program Percuma Kepada Penghidap Kencing Manis Anj...
      • Awas! Kencing Manis (Diabetes) Pembunuh Dalam Senyap
      • Drama Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15 (Akh...
      • Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap!
      • Sticker Nama Untuk Buku Sekolah Anak-Anak
      • Kebaikan dan Kelebihan Periuk Dessini
      • Giveaway Sii Nurul
      • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor, Perak
      • Giveaway by Blog Tangan Gebu
      • MCO 2.0 GIVEAWAY
      • Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger Part 3
      • Perak dari PKPB ke PKP Mulai 22 Januari hingga 4 F...
      • Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 hingga 28 (Akhi...
      • Moga Sampai Dengan Selamat
      • Terima Kasih Bloglist 2020
      • My First Giveaway by Blog Sal
      • Ketahui Khasiat Udang
      • Top Komen 2020 - Geng Kuat Komen
      • Bagaimana Untuk Kekal Tenang Dalam Tekanan
      • Sesuaikan Perubahan Gaya Hidup Ini Untuk Tetap SIh...
      • Lirik Lagu Mimpi - Haqiem Rusli (OST Bidadari Salju)
      • Giveaway by ejulz & anakdenesor
      • Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Shida | 5 Januar...
      • Cara Semakan i - Sinar KWSP (Pengeluaran Akaun 1)
      • Kesibukan Ditempat Kerja
      • Selamat Tahun Baru 2021 Dengan Norma Baharu
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (306)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (35)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (318)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (25)
  • ►  2010 (150)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by SRBlog