Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap!

by - 11:00:00

Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap!  | Okay korang! hari ni kita belajar masak ya, tengah rajin nak menaip resepi hehee. Semalam menu yang shida masak adalah AYAM MASAK MERAH kalau ikutkan rasa sedap ala-ala kenduri gitu. Resepi ni shida ambil dari resepi Kakngah shida, masa dia masak nasi tomato tahun lepas, lama dah. So hari ni shida cuba resepinya, Alhamdulillah sedap dan berjaya hahaha 😋😋

Bahan pula takde la rumit mana, semua bahan yang ada didapur korang tu. Lain orang lain cara masaknya dan ini adalah cara shida ya. Kalau ada rasa tak suka dengan cara ni tak perlu ikut, yang suka tukar-tukar menu dan rasa bolehlah cuba. Bagi adik kakak yang baru nak belajar masak boleh cuba resepi shida ni sebab shida masak dalam kuantiti yang sedikit. Jom kita start!

Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap! 

BAHAN - BAHAN :

  1. 6/7 ketul ayam dicuci bersih dan digoreng
  2. Bawang besar 2 biji (sederhana) - dikisar
  3. Bawang Putih 4 biji - dikisar
  4. Halia sedikit - dikisar
  5. Lengkuas sedikit - dikisar
  6. Buah Keras sebiji - dikisar
  7. 4 Sekawan serba satu - untuk menumis
  8. Sebatang serai diketuk - untuk menumis
  9. Cili kisar dalam 4 senduk kecil
  10. Serbuk cili - 2 sudu makan
  11. Cili Sos - 4 sudu makan
  12. Minyak dalam 2 senduk kecil - untuk menumis
  13. Gula dan garam serta serbuk perasa (jika perlu)

 

CARA MEMASAK :

  • Masukkan minyak, bila minyak dah panas masukkan 4 sekawan dan sebatang serai yang telah diketuk. Selepas tu masukkan bahan yang dikisar tadi (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan buah keras) Tumis bahan tadi sehingga naik bau dan bahan tumis sedikit kuning.
  • Selepas tu masukkan cili kisar dan gaul sebati, masukkan pula serbuk cili. Tumis bahan sehingga pecah minyak ya. Bila dah pecah minyak boleh masukkan cili sos pula gaul rata kalau nampak agak pekat atau kering tambah air ya, kot nak sambal berkuah sikit.
  • Bila sambal dah mendidih boleh masukkan gula dan garam serta ayam yang telah digoreng. Kacau rata sehingga ayam sebati dalam kuah sambal. Boleh juga letakkan hiasan lain seperti bawang holand dipotong bulat atau daun bawang potong panjang-panjang. Time masak ni shida tak letak hiasan ni sebab tak ada pun bahan-bahan ni lupa nak topup, guna apa yang ada saja.
  • Biar kuah dan ayam mendidih, dah cukup rasa dan semesti kena sedap ya! hahaha boleh la tutup api dan sedia dihidangkan. Menu ini cadangan untuk 3 ke 4 orang makan. Selamat Mencuba!

You May Also Like

22 Jari Ohsem

  1. Akak amik resepi eh...hehehe..nak cuba plak style and resepi Shida

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOleh kak SA silakan hehee nnt share lah citer nya..

      Delete
  2. makan dengan nasi panas2, laju tambah ni kak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. butui..menu ni selang sari shida msk..mkn nasi panas2 mmg laju hehe

      Delete
  3. Memang simple ramuannya tapi menyelerakan.. Saya kalau masak resipi nie bila teringin nak makan nasi minyak... hihihi

    ReplyDelete
  4. ayam merah.. sedapnyaaa!! thank you sharing resepi kak shida :)

    ReplyDelete
  5. Sedap ayam masak merah. jarang masak merah melainkan nak buat nasi tomato. Ohh kena letak buah keras ye. Nanti boleh cuba resepi shida ni. ala ala resepi kenduri gitu. Tq share shida

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak buah keras rasa lain skit fiza..cuba tau! nnt share cmne rasa :)

      Delete
  6. favourite ni. kalau makan dengan nasi tomato memang sedap :)

    ReplyDelete
  7. Kegemaran sekeluarga ni lagi-lagi belah mertua PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..mesti sedap kalau jadi masakan keluarga..kn PC

      Delete
  8. Favorite ayam masak merah. Nak try.

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak! Pasti cuba resepi ni kak..TQ

    ReplyDelete
  10. Nyummy sedapnyaaaa tengok!!!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.