Program Percuma Kepada Penghidap Kencing Manis Anjuran Kawalkencingmanis.com

by - 00:00:00

Program Percuma Kepada Penghidap Kencing Manis Anjuran Kawalkencingmanis.com | Bila dengar Kencing Manis atau nama saintisfiknya Diabetes rata-rata ramai masyarakat kini dalam pelbagai peringkat umur telah pun menghidap penyakit ini. Awas! Kencing Manis adalah salah satu penyakit pembunuh dalam senyap.

Selain kanser dan sakit jantung, diabetes juga merupakan antara satu penyakit pembunuh utama di Malaysia. Ia berlaku apabila metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaat sebagai tenaga secara maksimum.

Kawalkencingmanis.com bakal menganjurkan Program Percuma 100% Yang Mengembalikan Senyuman Kepada Penghidap Kencing Manis. Ianya sebuah platform sehenti yang diterajui ahli professional kesihatan telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis. Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021.
 

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia. 

Kajian mendapati bahawa golongan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis, berat badan yang berlebihan serta berumur diantara 45 tahun dan ke atas. 

Malah, golongan yang berisiko ini selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menghidap kencing manis. Penyakit ini boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi. 

Statistik Kematian COVID-19 di Malaysia, 11 Oktober 2020

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi - Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020.

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah, akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah, latihan pengawalan stress, kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam serta kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.


Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar. 
 

Organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang www.kawalkencingmanis.com. Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.

 

Jadi jangan tunggu lagi, jom beramai-ramai mendaftar dan mendapatkan khidmat percuma melalui program percuma ini. Untuk keterangan lebih lanjut boleh juga menghubungi bagi mendapatkan langkah proaktif dalam mencegah dan  mengawal kencing manis. Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1 Mac 2021 sehingga 14 Mac 2021. Daftar segera di laman sesawang rasmi www.kawalkencingmanis.com.

Laman Sesawang Rasmi :

www.kawalkencingmanis.com 

FB Page: Program Kawal Kencing Manis 

www.facebook.com/Program-Kawal-Kencing-Manis-105830504829089

Instagram: Program Kawal Kencing Manis 

www.instagram.com/programkawalkencingmanis/


You May Also Like

25 Jari Ohsem

  1. Bagus program nih. Agkny memang skrang kkm pun dah titik beratkan pemeriksaan kencing manis

    ReplyDelete
  2. sangat bagus program mcm ni..sgt membantu masyarakat dlm mencegah diabetes

    ReplyDelete
  3. Semoga program ini membantu yg ad masalah kencing manis atau yg berisiko kene kencing mNiz

    ReplyDelete
  4. Bagusnya ada program macam nih, boleh bantu mereka yang sedang berusaha nak fight dengan penyakit kencing manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lea..mudah-mudahan program ni berjalan dgn lancar dan berterusan memberi rawatan percuma.

      Delete
  5. Best nya kan ade platform macam ni. Tak sabar nak ketahui tentang kesihatan diri.

    ReplyDelete
  6. Menakutkan bila ada sejarah keluarga yang ada penyakit kencing manis ni. Kena peduli jaga dan kawal pengambilan makanan dan amalkan cara hidup lebih sihat. Bagus juga ada program macam ni untuk menyedarkan orang ramai jaga kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fiza..nnt fiza nk checkup boleh la daftar guna link yg shida sediakan tu :)

      Delete
  7. program yang bgos ni, sbb kita tau covid mostly attack yg ada kencing manis kan

    ReplyDelete
  8. bagus program macam ni.. pecuma pulak tu :)

    ReplyDelete
  9. Oh nice ada program macam ni! Banyak info boleh dapat dari program sebegini

    ReplyDelete
  10. program yg bagus.. semoga mendapat sambutan

    ReplyDelete
  11. Bgus program mcm ni sebab bukan semua mmpu check up kan

    ReplyDelete
  12. Bagus ya ada program percuma yang prihatin terhadap pesakut kencing manis.
    Mereka dihargai.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.