Awas! Kencing Manis (Diabetes) Pembunuh Dalam Senyap

by - 16:03:00

Awas! Kencing Manis (Diabetes) Pembunuh Dalam Senyap | Bila dengar diabetes rata-rata ramai masyarakat masa kini dalam pelbagai peringkat umur telah pun menghidap penyakit diabetes. Selain kanser dan sakit jantung, diabetes juga merupakan anatara satu penyakit pembunuh utama di Malaysia. Ia berlaku apabila metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaat sebagai tenaga secara maksimum.

Antara Punca Kencing Manis dikalangan masyarakat kini. Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

  • Berlebihan berat badan atau kegemukan
  • Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif
  • Pemakanan yang tidak seimbang, pengambilan tinggi lemak dan kurang serat
  • Keturunan dari keluarga yang mempunyai pertalian yang kuat
  • Peringkat Umur
  • Bangsa - Kaum india lebih berisiko menghidap diabetes

Bagi golongan yang baru menghidap penyakit ini atau mempunyai tanda-tanda awal dan masih diperingkat awal ia boleh dicegah dan sembuh sepenuhnya. Jika kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat amat berisiko mendapat diabetes dalam tempoh lima tahun.

Diabetes Jenis 1 :

  • Dikenali sebagai Insulin - Dependent Diabetes Mellitus atau diabetes awal remaja.
  • Disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan insulin.
  • Biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan remaja.
  • Hampir 10% penghidap Diabetes adalah dalam kategori Jenis 1.

Diabetes Jenis 2 :

  • Dikenali sebagai Non-Insulin-Dependent Mellitus.
  • 90 - 95% rakyat Malaysia menghidap Diabetes jenis ini.
  • Disebabkan oleh sel badan tidak lagi peka dengan hormon insulin (dikenali sebagai rintangan insulin) atau penghasil insulin yang berkurangan.



Bagaimana pula tanda-tanda penghidap kencing manis dan kesannya terhadap kita.

  • Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam.
  • Berat badan menysuut dengan drastik.
  • Jarak penglihatan menurun
  • Sering kebas pada tangan dan kaki
  • Luka yang lambat sembuh



Kesimpulannya, kurangkan makanan dan minuman bergula termasuk amalkan gaya hidup sihat melalui senaman dan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat dengan lebihkan memakan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang serat dengan vitamin yang baik untuk tubuh badan. Elak Diabetes! Sayangi diri anda dan keluarga!

You May Also Like

6 Jari Ohsem

  1. Risau betul kalau nak check ni. Sejak PKP ni susah betul nak kawal pengambilan manis-manis ni. Pengambilan garam dan minyak masih terkawal. Gula ni, aduhaiiii..

    ReplyDelete
  2. Ramai kata org kurus kalau x kawal gula pn blh dpt diabetes..tinggi kolestrol kak..huhu

    ReplyDelete
  3. Jom amalkan pemakanan seimbang dan rajin-rajinkan diri untuk bersenam!

    ReplyDelete
  4. diabetes mmg bahaya. ramai pula skrg yg menghidap penyakit ni kan.. lena jaga2 kita semua

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.