Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 hingga 28 (Akhir) | Slot Akasia TV3

by - 01:36:00

Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 hingga 28 (Akhir) | Slot Akasia TV3  | Nantikan drama bersiri 'Rahimah Tanpa Rahim' bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Menampilkan lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Anda juga boleh strim secara online di TONTON. Selain itu, anda juga boleh strim sejurus selepas habis tayangan di TV iaitu pada jam 8 malam melalui laman web www.iq.com atau download sahaja aplikasi iQIYI Malaysia. Anda boleh tonton secara percuma.

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang

Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar.  

Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya. Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul. 

Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah. Lahirkah bahagia yang didambakan?

 


Info Drama Rahimah Tanpa Rahim

  • PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
  • PENGARAH : Eoon Shuhaini
  • PRODUKSI : Country & Universal Sdn Bhd
  • SIARAN TV : Slot Akasia TV3
  • BILANGAN EPISOD : 28 Episod
  • WAKTU SIARAN : Isnin - Jumaat (7 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 22 Januari 2021 

Pelakon & Watak Drama Rahimah Tanpa Rahim

  • Azlee Khairi sebagai Jauhar
  • Puteri Aishah sebagai Rahimah
  • Hafidz Roshdi sebagai Adli
  • Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
  • Liza Abdullah sebagai Mak Ani
  • Amelina sebagai Puan Sakinah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
  • Sera Melissa sebagai Rozana
  • Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
  • Diana Dee sebagai Shidah
  • Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
  • Farhan Asri sebagai Idin
  • Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
  • Che Kem sebagai Tuan Firdaus

 

You May Also Like

12 Jari Ohsem

  1. Esok start dah cerita ni. Belum ditayangkan dah ada kontroversi tajuk..harap citer ni best lah

    ReplyDelete
  2. Ezzaty ! atie suka nak tgk dia berlakon lagi...

    ReplyDelete
  3. Walau cuma cerita tapi sangat memberi kesan mendalam tentunya nanti.

    ReplyDelete
  4. kesiannya orang yg ada sindrom tanpa rahim ni. Ujian mereka dunia.. insyaallah ada yang indah untuk mereka di sana

    ReplyDelete
  5. assalam. hi sis shida..
    yaya xtgok citer ni..kurang tgok tv..huhu
    tp bju kwen dia tantekk...haha =p

    ReplyDelete
  6. Ramai pelakon best best. Ada Mak Leha jadi Mak Ani mesti best ni.

    ReplyDelete
  7. Laaa... uncle ingat orang buat lawak pasal drama ni... rupanya betul! hehe

    ReplyDelete
  8. Sedih rupanya sinopsis ceta ni.. ingtkan lawak

    ReplyDelete
  9. Kesiannya watak rahimah ni kan..

    ReplyDelete
  10. Sekarang tahu cerita ini paparkan masakah wanita sukar mengandung dan tunjuk ketabahan Rahimah hadapi Manalah (tengok sedikit).

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.