Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 hingga 28 (Akhir) | Slot Akasia TV3 | Nantikan drama bersiri 'Rahimah Tanpa Rahim' bakal disiarkan di slot
Akasia TV3. Menampilkan lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz
Roshdi, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Anda juga boleh strim secara online di TONTON. Selain itu, anda juga boleh strim sejurus selepas habis tayangan di TV iaitu pada jam 8 malam melalui laman web www.iq.com atau download sahaja aplikasi iQIYI Malaysia. Anda boleh tonton secara percuma.
Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim
Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang
Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar.
Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya. Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul.
Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah. Lahirkah bahagia yang didambakan?
Info Drama Rahimah Tanpa Rahim
- PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
- PENGARAH : Eoon Shuhaini
- PRODUKSI : Country & Universal Sdn Bhd
- SIARAN TV : Slot Akasia TV3
- BILANGAN EPISOD : 28 Episod
- WAKTU SIARAN : Isnin - Jumaat (7 malam)
- TARIKH TAYANGAN : 22 Januari 2021
Pelakon & Watak Drama Rahimah Tanpa Rahim
- Azlee Khairi sebagai Jauhar
- Puteri Aishah sebagai Rahimah
- Hafidz Roshdi sebagai Adli
- Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
- Liza Abdullah sebagai Mak Ani
- Amelina sebagai Puan Sakinah
- Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
- Sera Melissa sebagai Rozana
- Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
- Diana Dee sebagai Shidah
- Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
- Farhan Asri sebagai Idin
- Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
- Che Kem sebagai Tuan Firdaus




