Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor, Perak

by - 07:00:00

Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor, Perak | Assalammualaikum korang! Akhirnya shida keluar juga entri bercuti di Pulau Pangkor tahun lepas 2020. Shida ke sana bercuti bersempena Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Shida dan Husben yang ke 2 tahun. Ya ya tahu! semua akan cakap owh masih panjang perjalanan perkahwinan kami ni. Yes! memang betul masih muda angka perkahwinan kami tapi memang tak perasan masih baru, rasa seperti sudah lama berumahtangga tau! Sebab hari-hari mengadap Encik Husben sorang ni, rasa macam lama dah duduk sebumbung dengan dia 😂

Percutian 3 hari 2 malam ni kami mengambil peluang untuk cuti berehat setelah setahun bekerja dengan tegang dan penat tambahan pula dengan pandemik covid19 ini. Plan nak ke sana memang dah lama kami rancang disebabkan perancangan nak ke Pulau Langkawi telah dibatalkan disebabkan wabak virus ni. Walau bagaimana pun kami berdua enjoy bercuti di sana, tak sesak dengan orang sebab kami memilih untuk pergi bercuti pada hari minggu.

Penginapan di Pulau Pangkor kami memilih untuk stay kat Chalet Nipah Bay Villa yang berharga semalam RM90.00 sahaja. Kami naik feri dari Jeti Marina, tiket feri dan penginapan siap booking Online menggunakan Traveloka. Terminal Jeti Marina ni bagi shida amat mudah kerana parking kereta disediakan dari berbumbung ke tempat tidak berbumbung dan of course ianya berbayar mengikut hour.

Gambar dari Depan Chalet Nipah Bay Villa

Keadaan bilik kemas dan bersih 😀

Gambar dari depan bilik kami di Chalet Nipah Bay Villa

Sebenarnya sederet chalet ini terdapat juga beberapa motel dan chalet yang lain tapi Chalet Nipah Bay Villa ni adalah yang paling direkeman dalam traveloka. Chalet yang bersih dan servis juga bagus, chalet ini antara chalet paling dekat dengan pantai. Jika weekend terdapat juga pasar malam sepanjang jalan dan juga kedai-kedai makan. Jadi jika duduk di area sini memang tak akan lapar, kedai makan banyak gila. Malam pertama kami sampai ke sini kami pilih untuk makan di kedai makan ditepi pantai memandangkan kedai berdekatan dah penuh dan duduk dimeja berdepan dengan pantai, best! ada deruan angin dan ombak.
 

Untuk bercuti di Pulau ni korang kena ingat tak ada yang murah ya! Tempat biasa-biasa papan nak reput pun harga depa memang mahal. Encik Husben kata nama pun bercuti tak perlu kata nak jimat sangat, memang kena keluar belanja, tak apa memang dah spend untuk bercuti kali ni so memang dah spend bajet yang cukup! Tapi walau makanan mahal setimpal lah dengan kuantiti makanan yang disediakan sangat-sangat banyak.
 

Malam berikutnya (hari ke 2) kami makan satu kedai makan yang selalu penuh dengan orang. Masa malam pertama tu kami tak dapat makan kat kedai ni sebab penuh dengan orang dan bersesak tu yang decide makan kat kedai kat pantai tu je. Nama kedai ni MIJUEN THAI FOODS PROJECT, nama macam kedai siam tapi ini kedai orang melayu kita tau, masakan ala-ala kedai siam gitu,sedap!

Hari ke dua berikutnya, kami bercadang nak meronda sekitar kawasan teluk nipah ni, memandangkan hari baik cuaca panas kami hanya sewa motor sahaja dan sebelah petang selepas solat zohor baru kami bercadang turun ke pantai untuk mandi. Sewa motor sehari RM40.00 + RM50.00 (deposit ) dan deposit akan dipulangkan selepas kita dah tak nak guna lagi motor tersebut dan diserahkan dalam keadaan yang baik. 

Lupa pula shida nak tanya tentang sewa kereta sebabnya semasa kami datang ke teluk nipah ni abang driver teksi pink beritahu yang jalan biasa digunakan tu tanah runtuh jadi agak susah jika naik kereta untuk melawat kawasan sekitar jika tak berhati-hati sebab jalan di dalam kawasan pulau yang agak sempit juga. Selepas sarapan kami terus gerak ke pekan untuk melawat sekitar teluk nipah, tempat pertama yang kami tuju iaitu KOTA BEALANDA, seterusnya kawasan BATU BERSURAT dan tempat terakhir MASJID AL-BADI 1000 SELAWAT. Ketiga-tiga tempat ni sebenarnya dalam satu kawasan je jadi siapa yang pertama kali datang tak akan sesatlah hahaaa.

Gambar dari bawah kawasan Kota Belanda, kecil je tempatnya, sesuaila nak bergambar kat sini
 
Gambar ni pula pandangan dari atas, masa ni orang tak berapa ada, biasa bukan hujung minggu.
 
Gambar selfie kami berada di atas kawasan Kota Belanda.
 
Batu bersurat. Ia merupakan batu yang terpahat dengan huruf-huruf tulisan kuno. Ia merupakan bukti sejarah kedatangan Belanda ke kawasan ini. Terletak tidak jauh dari Kota Belanda. Penduduk tempatan percaya batu ini hidup kerana ia mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil. Panjang batu ini 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan berketinggian 4.3 meter.
 
Gambar Masjid Al-Badi dari hadapan, masjid ni berada di atas air lebih kurang macam terapung.
Seluruh dinding masjid ini dihias dengan 1000 selawat.
 
Gambar kawasan tepi dalam masjid.
 

Setelah selesai kami berdua berehat sekejap di tepi yang ada penjaja menjual minuman, duduk lepak minum sat sebab cuaca dah panas terik, tak tahan shida dengan pakai facemask lagi. Memang dari awal perjalanan SOP memang kami patuh sebab berada ditempat orang kan. Selesai berehat kami gerak balik ke Chalet untuk berehat sekejap dan solat sebelum turun ke pantai.
 
MAAF ENTRI KALI NI PANJANG & BANYAK GAMBAR! SELAMAT MEMBACA GAIS!

Lebih kurang  jam 3 petang kami turun ke pantai, kalau korang nak tahu nak ke pantai nak ke kedai makan kedai runcit dan pasar malam hanya berjalan kaki sahaja tau. Memang beruntung menginap dikawasan teluk nipah ni sangat menyenangkan. Kami berjumpa dengan orang handle kawasan pantai dorang ni ada nama cuma shida tak ingat apa nama panggilan untuk dorang ni 😂

Sembang punya sembang kami decide untuk pusing pantai dan mandi kat pantai yang jernih airnya sahaja kira macam dekat kawasan tengah-tengah pantai, memang dorang ada buat kawasan khas untuk bermandi manda. Sewa boat ada dua jenis, yang berbumbung dan boleh naik lebih kurang 10 orang satu boat harga RM150. Jika untuk tak lebih dari 4 orang RM80 (tiada bumbung) dan masa tu juga shida baru tahu encik husben mabuk laut hahahaa. Kami naik yang tiada bumbung sebab naik pun berdua saja dengan tukang handle boat tu.

Lepas abang boat dah bawa pusing-pusing teluk, kami melawat tempat snorkling tapi shida tak ambil pakej snorkling tu just pergi situ untuk bagi ikan-ikan makan je hehee bagi ikan makan dengan roti keping tu ha, abang boat dah sediakan bagi kami. Selesai je,kami pun di bawa ke tempat mandi manda dan ditinggalkan disitu sehingga jam 6 petang.
Seronok mandi manda macam ni, tenang je duk kat pantai ni. Kebetulan sangat masa ni kat pantai tu cuma ada kami dan satu lagi family (3 orang) so pulau ni macam kami yang punya, nak gelak nak jerit ikutlah takde sape dengar pun hahhaaa 😁😁 lebih kurang 3 jam duk dalam pulau ni, penat juga berendam hahaaa. Pukul 6 boat sampai kami pun gerak balik ke Chalet. Hari ke dua ni hari yang amat memenatkan satu hari punya aktiviti full!
 
Cukuplah 3 hari kami di sini, jomlah pulang! kerja-keja harian dah menunggu dan memanggil kami balik hahaha. Sampai di Jeti Marina kami sempat singgah ke Lumut untuk beli sedikit ole-ole untuk dibawa balik. Kami singgah Aeon Manjung untuk makan dan langsung terus balik ke kampung suami di Beruas sebelum ke Taiping. Simpan semuanya dalam blog ini untuk kenang-kenangan, kot nanti anak cucu buka dan baca pula 😍 Hope enjoyla baca ye! Terima kasih semua 😊

You May Also Like

23 Jari Ohsem

  1. Happy Anniversary! Moga bahagia selamanyaaa...Best lah bercuti kat sanaaaa..Tenang je..tak ramai org lagii tenang..Kan...teringin jugak pergi Perak.. dengar dengar ada nasi ganja tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nona..sebab xnak bersesak tu yg plih time ahri bekerja..x sesak..tp feri kat situ xpenuh x penuh SOP pn hilg haihh~

      thanks for the wishes :)

      Delete
  2. Padat aktiviti. Untung duduk chalet dekat dengan kemudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NA, sblm ni pernah duduk chalet yg sama tp pi dgn family time bujang dulu..hehee

      Delete
  3. Wah panjangnya tulisan utk mengabadikan kenangan percutian bulan madu kedua ye, hihi.

    Aritu sekejab boleh jenjalan kan, skrg ni dah kena sekat semula. Seronok ye dpt bercuti, haruslah diabadikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Azimah, abadikan la..nk simpan kat fone pn nnnt kena delete juga..update je kat dlm blog sng..hehee

      Delete
  4. nikmatnya bercuti kan, sedih bila lihat gambar travel lama2 hehe...cepatlah pandemik ni berakhir..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin cikgu.. Semua org merasakan perkara yg sama..

      Delete
  5. Fza tak pernah pergi mana mana pulau. Macam best je bercuti kat pulau ni sempena anniversary ala ala honeymoon gitu. Suka view pulau yang cantik. Tapi semua pulau jauh-jauh. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIka berkesempatan fiza..noleh dtg ke Pulau Pangkor ni..okay lah best!

      Delete
  6. aaaaa!! from here la dpt fridge magnet pangkor!! thank you so much kak shida!

    ReplyDelete
  7. wah seronoknya jalan2! Cantiknya Masjid tu shida <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok plus penat hahahaa..patut kena tambah sehari lg utk merap dlm bilik pulak ^_^ Betul masjid tu sgt2 cantik syaz!

      Delete
  8. cantiknya masjid terapung..walaupun org Perak, tak pernah sampai Pangkor..huhu..*malu, tutup muka*..setakat Lumut je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Nohas..ada masa pi la jalan2 nnt.. shida pun baru pegi 2 kali selama dah 34 tahun hidup ni hahaaa ^_^

      Delete
  9. Happy anniversary to both of u! Nampak hepi sangat u olls berdua kat Pangkor. Saya tak pernah pergi lagi. Cantik la Kota Belanda dan Masjid Al Badi tu

    ReplyDelete
  10. Seronoknya..kak dan pakcik hehee <3

    ReplyDelete
  11. Dekat dengan rumah saya. Saya duduk Lumut, depan taman paya bakau. Saya walaupun dekat, dah lama tak ke Pangkor. Ooo.. kampung suami Shida di Bruas. :)

    ReplyDelete
  12. bestnya pi pangkor. mama aritu duk bay view kat teluk nipah gak

    ReplyDelete
  13. Cantiknya Masjid al Badi. Pintu gerbangnya tu nampak menarik sungguh!

    ReplyDelete
  14. happy anniversary���� masjid baru ek? cantik seni binanya... nmpk pulau pangkor dah makin maju... tp bla laa agk nya sy nk smpi ke sini heheeh... x penah jejak lg��

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.