Kebaikan dan Kelebihan Periuk Dessini

by - 12:19:00

Kebaikan dan Kelebihan Periuk Dessini | Korang ingat lagi tak lagi entri shida membeli periuk dessinin sempena shocking sale shopee 11.11 tahun lepas. Yang terlepas boleh baca ENTRI INI untuk membacanya. Jadi setelah beberapa bulan menggunakan periuk dessini ternyata ada banyak kelebihan dan kebaikan menggunakan periuk seperti ini.

Pada entri yang lepas shida membeli satu set (12pcs) periuk dessini di shopee yang harga ditawarkan cukup rendah. Warna maroon adalah warna yang dihantar kepada shida setelah warna biru sudah kehabisan stock, ya memang frust tak dapat warna biru korang!

SATU SET PERIUK DESSINI :

20CM PERIUK DESSINI, 24CM PERIUK DESSINI, 28CM PERIUK DESSINI, 32CM PERIUK DESSINI & 28CM KUALI DESSINI (didatangi bersama penutup setiap satu)
 

Tapi setelah dapat, okay agak berpuas hati dengan warna maroon ni. Punca shida membeli periuk dessini ni adalah disebabkan dah tak nak lagi membazir wang dengan membeli periuk yang hanya bertahan dalam tempoh yang singkat dan juga ingin memudahkan kerja-kerja seharian didapur, memandangkan shida hari-hari memasak maka periuk seperti ini adalah wajib atau perlu ada oleh shida dan setiap mak-mak diluar sana.

Bila memasak ni shida paling rungsing kalau kuali atau periuk yang kita guna ni tak bersih. Kebiasaan masalah seperti ini apabila muncul tanda-tanda karat dikawasan dalam kuali, mulalah rasa was-was nak guna sebab risau nanti akan menjejaskan kesihatan kelak. 

Selain tu juga periuk atau kuali bila masak dia cepat hangit lepas melekat-lekat, ikutkan pengalaman shida pernah beli kuali dan periuk dari yang murah dan ke mahal kedua-dua situasi shida pernah alami pada periuk atau kuali yang shida beli. Kadang tu rasa stress sebab hampir setiap bulan buang dan beli baru periuk, rasa satu pembaziran disitu.

Dalam tempoh pemakaian periuk dessini ni apa yang shida amat berpuas hati adalah dengan kepelbagaian saiz periuk, dari yang kecil hingga ke besar alam. Ia disertakan dengan penutup periuk berkaca dengan pemegang tombol mudah dan selamat. Memang nampak tahan lasak periuk dessini ini.

Ketika memasak menggunakan periuk dessini, apa yang shida lihat, kuali cepat panas, masakan juga sekata. Senang kata shida sangat berpuas hati dengan masakan dengan menggunakan periuk dessini ini. Masakan tak melekat ia juga mudah dibasuh. Shida pernah masa tu goreng sayur lepas tu nak guna kuali yang sama untuk buat telur dadar shida cuma lap dengan tisu sahaja dah bersih, terus boleh membuat telur dadar pula.

Periuk dessini tak berat tau mudah untuk handle, walau shida menggunakan periuk yang paling besar berukuran 32cm masa tu shida buat kuah mee kari tapi masih ringan. Jadi amat mudah untuk kita sebagai wanita untuk angkat alih periuk besar seperti periuk dessini. Untuk keseluruhan kebaikan bagi shida ia sangat memudahkan kerja-kerja memasak didapur dan para wanita atau mak-mak diluar sana wajib ada satu set periuk dessini ini dirumah 😊 Bagi shida satu kepuasan memasak juga harus ada ketika berada didapur.

ANTARA MASAKAN YANG SHIDA MASAK MENGGUNAKAN PERIUK DESSINI



You May Also Like

15 Jari Ohsem

  1. Baguslah, kalau dapat beli barang baik. Alah membeli, menang memakai. Banyak juga shida dah masak guna periuk dessini tu. Last gambar, kuetiau, nampak sedap. :)

    ReplyDelete
  2. selalu nampak dessini ni dan harga pun ok gak. bolehlah consider beli ni

    ReplyDelete
  3. Periuk Dessini ni antara wishlist LZ. Suka dengan warna dan ketahannya.
    Buat masa ni LZ guna dulu periuk yang ada sebab masih elok.

    ReplyDelete
  4. Berbaloi ni. Tak rugi membeli periuk dessini. Harga boleh tahan juga ni. Kalau berkualiti dan bagus, why not kan. Cantik warna merah/maroon dia tu.

    ReplyDelete
  5. Meriah masakan akak dgn periuk dessini ni :)

    ReplyDelete
  6. Semakin mantap la shida beraksi di dapur 😊

    ReplyDelete
  7. Cantikkan periuk Dessini. Kak Amie ada tapi sayang pulak nak masak atas dapur heheeee.

    ReplyDelete
  8. Bagus periuk dessini, semua positif. Minat duit tidak payah beli periuk baru.

    ReplyDelete
  9. bagus nmpaknya periuk ni, cepat panas, senang nak bersihkan dan yg penting makanan tak melekat..nampak cantik jg, boleh terus hidang dlm periuk..

    ReplyDelete
  10. uiii mmg lawa periuknya harga pn boleh tahan kan?��

    ReplyDelete
  11. Sesuai periuk ni untuk keluarga yang besar. Masak banyak-banyak, puas ahli keluarga makan. Reka bentuk juga agak menarik.

    ReplyDelete
  12. biar mahal takpe,janji tahan lama kan ..

    ReplyDelete
  13. Selalu nampak nama periuk nie, teringin nak beli jugak tapi memandangkan nak renovate rumah, tak jadi.. masuk dalam wishlist.. hihihi

    ReplyDelete
  14. cantiknya warna dia. memang menggoda betul masak dengan periuk ni..hehe

    ReplyDelete
  15. wahhhhh menarik jugak color maroon tu walaupun color asal yang shida nak hehehe. sy pun salah sorang yang baru terjebak beli periuk dessini ni. best sbb tak melekat apa yang kita masak tu hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.