• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Shida Radzuan Blog

Hai korang, shida kembali dengan entri baru, korang masih ingat tak pada entri ini Blogger Pilihan. Haaa ingatkan so minggu yang sudah shida Terima Hadiah Dari Blogger Aselawati. Alhamdulillah shida terima dengan selamat dan dalam keadaan yang baik.

Masa dapat tahu yang Kak Aselawati memilih shida sebagai Blogger Pilihan Blog beliau shida rasa terharu sangat. Atas apa penilaian dibuat shida sendiri pun tak pasti tetapi ini satu perkara yang menggembirakan untuk shida dan blog.

Bukan senang nak tambat hati orang lagi-lagi yang memilih kita untuk sesuatu perkara. Ini boleh juga dijadikan satu kenangan yang manis dalam hidup shida dalam dunia bloging. Selama hampir 12 tahun shida dalam dunia blog.. ini adalah anugerah terindah.

Korang tengok, apa yang shida terima dari Kak Aselawati so nice hehee tak sangka dapat tudung dari SABELLA.Tiga warna dan corak yang berbeza dan yang paling shida suka adalah tudung yang pertama tu waena biru kesukaan shida tau!

Terima kasih tak terhingga kepada Kak Aselawati, masa terima ni shida pun tak tahu dari siapa sebenarnya lepas macam syak sangat dari Kak Aselawati sebabnya ada blogger yang menang GA dari blog Kak Aselawati ada update parcel dari DHL.

Selepas contact Kak Aselwati memang betul parcel dari DHL tu dari beliau cuma konfius masa tu sebab tiada maklumat sender so risau jugalah kan kita terima barang tak tahu dari siapa. Alhamdulillah shida 💗 sangat bertambahlah koleksi tudung pi niaga shida hehee.

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Alhamdulillah sudah beberapa hari yang lalu rasanya dah seminggu lebih shida terima parcel ini. Terima Kasih Blogger Syazni Rahim dengan pemberian Hadiah Top Comment September Blog Syazni Rahim. Hadiah bersempena menjadi top komen blog syaz pada bulan september yang lalu. 

Shida juga dah beberapa kali menjadi top komen blog syaz dan hadiah juga dah macam-macam yang shida terima. Sebelum ni shida terima payung, termos mini dan cawan starbuck, tudung dan banyak lagi. Terima kasih syaz untuk pemberian ini, shida sangat teruja menerimanya.

Bulan oktober ni tak pasti lah boleh kejar ke tak komen-komen sebabnya shida pun baru pulih semangat nak up balik atau biar orang lain dulu mengambil alih sementara hehee. Walau bagaimanapun datang menyinggah dan komen tetap dilakukan seperti biasa cuma secara berkala.

Top Commentator Blog Syazni Rahim SEPTEMBER 2021

Hadiah yang shida terima adalah sebuah tote bag berlogo channel warna cream dan black. Cantik tote bag ni dalam kepala dah fikir apa nak digunakan nanti haaa. Terima kasih sangat-sangat syaz, shida suka dan love sangat pemberian syaz ni.

Semoga syaz dimurahkan rezeki dan diberi rezeki melimpah ruah atas pemberian ini. Korang yang mana belum kenal dengan syaz boleh lah menjengah blog syaz yang penuh dengan penceritaan harian dengan aktiviti keluarga dan anak-anak.

Okay korang, shida nak blogwalking sekejap ke beberapa blog. Kita jumpa next entri pula ya! update pasal hadiah juga dari sorang blogger ni, Alhamdulillah bulan ni bulan rezeki terima hadiah dari kawan-kawan blogger. Sayang korang semua 😘

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Alhamdulillah shida masih berkesempatan untuk update blog lagi. Seronok sebab setakat ini shida belum skip lagi untuk update setiap hari, Alhamdulillah moga terus istiqomah korang! doakan untuk shida ya mudah-mudahan mood kelaut pergi ke laut terus jangan singgah ke shida lagi hahahaa.

Entri kalini nak bercerita tentang Kejutan Hadiah Dari Blogger Shikin Razali. Lama dah shida dapat hadiah ini sebenarnya rasanya dah 4 5 hari juga. Masa dapat tu sebelah pagi oleh abang J&T, masa tengah berniaga tu terdengar bunyi call, biasanya kalau no tak save tu tau dah mesti J&T.

Selepas angkat dan bersembang memang tepatlah abang J&T yang call katanya ada parcel tapi shida tiada dirumah. Seperti biasa abang-abang J&T ni dah kenal shida dah tahu waktu pagi memang tak ada dirumah jadi mereka akan masuk kerana pagar luar tu tak berkunci dan simpan parcel tersebut di dalam rak kasut shida yang warna putih tu.

Nak jadikan cerita lagi, balik rumah shida boleh lupa pasal parcel dalam rak kasut tu. Selang dua hari baru encik husben beritahu kenapa tak ambil parcel dalam rak kasut. Ya Allah shida lupa korang! patutlah rasa tak senang duduk tapi tak tahu kenapa, rupanya parcel terperam dalam rak kasut tu hahaa.

Maafkan saya shikin! malam tu terus wasap shikin beritahu parcelnya dah diterima selama 2 hari hahaaa. Aduhai sekarang ni shida cepat betul lupa! nak kata kuat makan semut tak juga (tepuk dahi sendiri) 😂😂 Terima kasih sekali lagi shikin sudi memberi hadiah bersempena Top Komen Bulan Ogos.

Bila terima parcel tu baru tahu shida adalah salah seorang blogger top komen bulan ogos blog shikin. Tak tersangka pula nama shida naik dalam carta tersebut. Hadiah yang shida terima adalah sebuah box organizer serbaguna dengan dua saiz, facial face mask dan eyes, Alhamdulillah rezeki!

Inilah dia box organizer serbaguna dengan dua saiz yang shida terima. Terima kasih shikin saya suka sangat dengan box ni boleh simpan barang-barang atau hadiah yang saya terima dari blogger. Ada juga gunanya dengan pemberian dari shikin ni. Shikin,semoga awak sentiasa murah rezeki dan berbahagia bersama suami tercinta, Amin!

Share
Tweet
Pin
Share
45 comments

Alhamdulillah rezeki akhir bulan julai korang! betul lah orang kata jika dah tertulis rezeki tu tak kemana,rezeki tak pernah salah alamat. Syukur! Terima Kasih Blogger Wak (Warisan Petani) atas kiriman buah tangan kepada shida.

Sebenarnya tak sangka pun yang wak nak beri shida buah tangan ini, petang tu terima whatsapp dari wak meminta alamat rumah shida. Terpinga-pinga juga sebenarnya dan confuse dengan permintaan wak ni, yerlah tak ada angin tak ada ribut minta alamat rumah.

Jadi shida pun berilah apa yang diminta, cuma fikir mungkin nak kirim-kirim apa-apa kot kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Pada 31 Julai 2021 yang lepas, shida dah terima kiriman tu dengan kotak yang besar serba hitam kotak tu, tertulis nama Mazlan so shida dah tahu itu nama wak hehee sorry wak terbagi tahu pula nama betul wak 😁😁

Tengok lah besar kotaknya korang! Apa isi dalamnya? Isi dalam tu adalah Buah Pulasan korang! Allahu tak sangka wak kirim shida buah pulasan tu. Sebenarnya wak kata dia terpanggil untuk beri pada shida sebabnya shida tak pernah makan buah pulasan ni. Jadi wak nak berkongsi rezeki bersama dengan shida.

Allahu bila buka ada buah pulasan ni terkedu shida tau. Alhamdulillah dapat makan buah pulasan ni, betul-betul persis rambutan. Kiriman masih elok dalam kotak tu. Pertama kali dalam hidup dapat makan buah pulasan ni, jarang-jarang dah ada buah ni sekarang, shida masih terharu tau.

Banyak sangat kiriman wak ni, jadi shida berkongsi juga rezeki ini dengan 4 orang terdekat shida iaitu bagi pada mak satu bag, kakngah shida satu bag, kaklong shida satu bag dan kawan encik husben shida satu bag. 

Alhamdulillah semua suka makan dan pelik-pelik bila makan lagi-lagi anak buah shida hahaaa 😂 semua kata persis rambutan, nama dia pulasan sebab cara buka dia pulas sahaja, senang makan!

Untuk shida nahh, siap pulas buh lam balang gini lepas tu buh dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk baru sedap, juicy terbaik buah pulasan kiriman wak ni. Shida sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada atas kiriman Buah Pulasan ini. Kalau wak tak kirim tak dapat la shida makan sampai bila-bila 😄 

Masih ada ke yang tak kenal wak? yang popular dengan tanaman dan kebunnya. Jemputlah singgah ke blog wak berkenalan dengan Wak Si Warisan Petani yang rajin berbudi pada tanah. Semoga wak sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik, Amin!

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

Terima Kasih Blogger Syazni Rahim | Alhamdulillah banyak-banyak terima kasih kepada Blogger Syazni Rahim kerana mengirim hadiah bersempena Top Komen Bulanan Blog beliau. Rasanya ini bulan ke tiga berturut-turut shida pegang gelaran top komen bulanan hehee Alhamdulillah syukur!

Hadiah sebelumnya shida dapat sejadah, next payung berwarna biru, bulan seterusnya shida dapat gift jenama starbuck sebuah mug dan mini termos, alhamdulillah kesemua hadiah ni dapat dimanfaatkan dengan sempurna. Hadiah paling kerap shida guna adalah mini termos tu, terima kasih syaz!

Sekarang kan shida dah tak masuk office, Pusat Tuisyen tu dah tutup masuk bulan ke tiga dah. Entah lah abang ipar shida masih berniat nak teruskan atau tak tapi....ermm nanti lah shida story dalam lain entry ya. 

So sekarang shida bergiat aktif cehhh bergiat aktif pulak hahaha. Disebabkan shida dah tak masuk office jadinya shida hanya bantu encik husben berniaga sebelah pagi so setiap pagi akan bawa kopi panas menggunakan mini termos dari syazni, thank you again 💋

Untuk bulan yang lalu (TOP KOMEN JUN) hadiahnya dah sampai lama dah cuma shida lambat sikit update disebabkan kekangan masa dan  macam-macam hal yang berlaku lepas tu dah raya pula, lepas ditimpa musibah pula dengan kecederaan langsung tertangguh. Maaf syaz!

Shida rasa teruja terima hadiah dari syaz untuk kali ini, encik husben siap kata "untung lah sayang cakap je nak apa tup tup dah sampai rumah orang hadiahkan" sebenarnya shida pernah kata dengan encik husben nak beli telekung baru, tup tup syaz beri hadiah telekung. Rasa terharu sangat!

Bukan setakat telekung sahaja, shida terima juga facemask bercorak bendera palestine. Terima kasih syaz! akan shida manfaatkan semua yang syaz beri supaya berganda pahala syaz dengan hadiah-hadiah yang diberi.

Syaz oh syaz! terima kasih sebab melaksanakan hajat saya nak bertelekung baru tau! lepas telekung tu warna kegemaran saya pulak tu! sayang sangat dengan telekung tu syaz! fav color! terima kasih tak terhingga sekali lagi kepada syaz! Moga awak dan keluarga dimurahkan rezeki selalu dan dilindungi Allah swt Amin 💗

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments
Terima Hadiah Dari Blogger Suria Amanda | Menang 1st Giveaway Sempena B'day SA | Alhamdulillah bulan julai ni penuh dengan kejutan dan kegembiraan. Dah beberapa hari shida peram hadiah dari Blogger Suria Amanda ni, terima dah lama harini baru sempat update entri untuk hadiah ini. Penerimaan hadiah ini juga bersempena kemenangan dalam giveaway yang dijalankan oleh Kak SA.
 
Tahniah juga untuk pemenang yang lainya, Azhafizah, Salatul Zarida, Kak Ret, Sariyusa dan Eksplorasilea. Masing-masing pun dah terima hadiahnya dan dah update pun. Terima kasih kak SA atas hadiah yang diberikan. Jom tengok hadiah apa yang shida dapat dari Kak SA.
 

 
Hadiahnya berupa sebuah frame dan mask, ada juga terselit sekeping note untuk shida "Thanks for your support" Sama-sama kak SA, selagi bernafas bernyawa sihat tubuh badan akan sentiasa support Kak SA dan rakan-rakan blogger seperjuangan sekalian, itu saja janji shida.

Yang penting sama-sama kita menjaga diri dimusim covid19 ini ya sebab kita masih belum menang dan kita masih bertarung dengan musuh yang kita sendiri tak nampak. Situasi juga masih genting terutama di negeri selangor dan kuala lumpur, doa yang baik baik stay safe gais!


Share
Tweet
Pin
Share
46 comments
Older Posts

Its Me Shida


I AM PERAKIAN - A WIFE TO ASNS ♥
FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
| SCROLL DOWN - CONTACT FORM |
.................................................................

Google PageRank Checker

Contact Me

Name

Email *

Message *

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOGLISTED!

  • TiaraNovella
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
  • Yaya Azura
  • Zarida Ishak
  • LADY LIKE ME !
  • Blog Sihatimerahjambu
  • Si Hati Berbolak-Balik
  • Jurnal Shikin Razali
  • //Perdu Cinta
  • A M M I
  • kaellaaaa's
  • Blog Rabia Adawiyah
  • Mia Liana
  • Cikgu Badarudin
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
  • Kebun Bahagia Bersama
  • SURIA AMANDA
  • DANA
  • orangbukit
  • Monolog Kakmim
  • Aisya Ismail
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
  • Ke Arah mencari redhaNYA
  • Drawing the Words
  • Ako Tetap Ako
  • Lori Sewa Malaysia
  • Diana Rashid
  • Syazni Rahim Blog
  • nanieybarnieylurviey
  • KISAHEMASPUTIH
  • KasihkuAmani
  • SayaNaia
  • ABAM KIE : The Man of The House
  • fairusmamat.com
  • Anies♥You
  • EJULZ
  • Warisan Petani
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
  • Tiara Saphire
  • thesuraya
  • kisah aienienka
  • blog
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
  • The_ramaramapendek
  • Blog Sal
  • From FAMF Tower
  • Atiqah Najihah's Blog
  • Sembang | Kejayaan
  • Blog Begins At Forty
  • insan marhaen
  • Blog Cik TK
  • Titian Perjalanan
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
  • Asam Garam Kehidupan
  • aziankhalil.com
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
  • Syu Deris : Bloging for fun!!
  • Blog Adianiez
  • JiwarOsak
  • Travelog Syuhada Salleh
  • LIFE WITH LOVE..^_^
  • ... dan aku menulis untuk diri sendiri
  • Mediana
  • IbuCida
  • Bola Katok
  • BLOG MUMMYINTHEHOUSE
  • Farhana Jafri
  • NaSa
  • FARIHA JAFRI
  • Ziana Eunos
  • Jari Jemari Menari
  • The Wonderful Jannah
  • Dapur Cik- Nur
  • cik sukα taip
Show 10 Show All

GENG KUAT KOMEN ♥

Blog Archive

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  May 2023 (1)
      • Aku Masih Ingin Menaip
  • ►  2022 (8)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (4)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (2)
  • ►  2021 (251)
    • ►  December 2021 (6)
    • ►  November 2021 (6)
    • ►  October 2021 (18)
    • ►  September 2021 (29)
    • ►  August 2021 (23)
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (31)
    • ►  May 2021 (11)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (29)
    • ►  February 2021 (31)
    • ►  January 2021 (27)
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (306)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (35)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (318)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (25)
  • ►  2010 (150)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by SRBlog