Terima Kasih Blogger Syazni Rahim

by - 10:00:00

Terima Kasih Blogger Syazni Rahim | Alhamdulillah banyak-banyak terima kasih kepada Blogger Syazni Rahim kerana mengirim hadiah bersempena Top Komen Bulanan Blog beliau. Rasanya ini bulan ke tiga berturut-turut shida pegang gelaran top komen bulanan hehee Alhamdulillah syukur!

Hadiah sebelumnya shida dapat sejadah, next payung berwarna biru, bulan seterusnya shida dapat gift jenama starbuck sebuah mug dan mini termos, alhamdulillah kesemua hadiah ni dapat dimanfaatkan dengan sempurna. Hadiah paling kerap shida guna adalah mini termos tu, terima kasih syaz!

Sekarang kan shida dah tak masuk office, Pusat Tuisyen tu dah tutup masuk bulan ke tiga dah. Entah lah abang ipar shida masih berniat nak teruskan atau tak tapi....ermm nanti lah shida story dalam lain entry ya. 

So sekarang shida bergiat aktif cehhh bergiat aktif pulak hahaha. Disebabkan shida dah tak masuk office jadinya shida hanya bantu encik husben berniaga sebelah pagi so setiap pagi akan bawa kopi panas menggunakan mini termos dari syazni, thank you again 💋

Untuk bulan yang lalu (TOP KOMEN JUN) hadiahnya dah sampai lama dah cuma shida lambat sikit update disebabkan kekangan masa dan  macam-macam hal yang berlaku lepas tu dah raya pula, lepas ditimpa musibah pula dengan kecederaan langsung tertangguh. Maaf syaz!

Shida rasa teruja terima hadiah dari syaz untuk kali ini, encik husben siap kata "untung lah sayang cakap je nak apa tup tup dah sampai rumah orang hadiahkan" sebenarnya shida pernah kata dengan encik husben nak beli telekung baru, tup tup syaz beri hadiah telekung. Rasa terharu sangat!

Bukan setakat telekung sahaja, shida terima juga facemask bercorak bendera palestine. Terima kasih syaz! akan shida manfaatkan semua yang syaz beri supaya berganda pahala syaz dengan hadiah-hadiah yang diberi.

Syaz oh syaz! terima kasih sebab melaksanakan hajat saya nak bertelekung baru tau! lepas telekung tu warna kegemaran saya pulak tu! sayang sangat dengan telekung tu syaz! fav color! terima kasih tak terhingga sekali lagi kepada syaz! Moga awak dan keluarga dimurahkan rezeki selalu dan dilindungi Allah swt Amin 💗

You May Also Like

28 comments

  1. tahniah kak.. kak Shida suka warna biru kah?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. tahniah Shida.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..dapat hadiah yang dihajati kena pulak tu favourite warna Shida. Tahniah Shida. Semoga pahala buat keduanya :)

    ReplyDelete
  4. tahniahnyer jadi top komentator kawan2 blogger yg hebat2 kannns., ;p

    ReplyDelete
  5. Alhamduillah kak Shida. Rezeki.. hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat hadiah. Tahniah sis

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... Rezeki.. dapat pula hadiah yg mmg kita berhajat :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki. Tahniah...

    ReplyDelete
  9. Tahniah. Nampak telekung berbunga dan ada warna biru.

    ReplyDelete
  10. Wah! Tahniah! uncle terpaling jeles!

    ReplyDelete
  11. Sonoknyaaa dapat hadiah! Tahniahh kak shida!

    ReplyDelete
  12. Wah, tahniah Shida! Cantik motif bunga-bunga kat telekung tu.

    ReplyDelete
  13. Tahniah.. Dah lama tak singgah blog shida.. Tahniah dah dapat adsense :)

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. rezeki.. tahniah shida.. mcm ada instict pulak syaz ni kan? hehehe

    ReplyDelete
  15. Baik betul blogger Syazni, selalu beri orang hadiah..

    ReplyDelete
  16. waa best hadiah boleh digunakan tu.. tahniah shida

    ReplyDelete
  17. Wow, Tahniah...Rezeki tuuu..heheh

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah..tahniah Shida..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, rezeki tu kak shida!

    ReplyDelete
  20. Tahniah Shida! Rezeki berblogging.

    ReplyDelete
  21. Macam tu la persahabatan dalam dunia blogging ni...orang memberi kita merasa kan...seronok bila dapat hadiah...

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah dah selamat tiba! seronok bila tahu shida dan rakan2 blogger lain suka dan gunakan barang yang saya berikan walaupun tidak seberapa tu :)

    Tq shida selalu ke blog, semoga ukhwah ini berpanjangan!

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah.. Tahniah shida.. Cantik warna telekung tu..

    ReplyDelete
  24. cantik telekung warna biru. tahniah ye

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.