Bantuan Keluarga Asnaf

by - 22:56:00

Bantuan Keluarga Asnaf | Allahukhbar, berapa hari dah shida tak update entri korang. Rasa tak mampu sebabnya sejak kebelakangan ni terlalu penat dengan biznes husben. Nak update entri, nak blogwalking amatlah susah hanya dapat selang seli hari saja. Masa macam limited sangat, cepat masa berlalu tahu tahu dah nak masuk esok. Bukan merungut cuma rasa tak cukup masa.

Harini shida sibuk beli barang untuk bersedekah kepada keluarga asnaf dalam kawasan tempat shida. Selepas bertanya kepada orang-orang masjid memang ada beberapa orang yang dalam golongan asnaf. Dalam kawasan tempat shida ni memang ada 3 4 kampung yang berdekatan taman shida ni. 

Memang tak dinafikan sejak-sejak shida dan husben berpindah ke taiping ni kami sentiasa dimurahkan rezeki, segalanya dipermudahkan dari mula berpindah sehingga sekarang, syukur! Orang kata jika kita ada rezeki lebih tak salah kita berkongsi rezeki bersama dengan orang yang lebih memerlukan.

Kerajaan juga dah lancarkan Bakul Prihatin Negara kepada setiap keluarga rakyat malaysia yang terjejas. Jadi sekiranya anda adalah rakyat yang diseru, bolehlah memohon untuk menerima bakul prihatin ini. Bagaimana cara nak memohon? boleh baca sini > Bakul Prihatin Negara

Dalam belakang kereta ni ada 10 bag berisi barang keperluan rumah/dapur untuk 10 rumah golongan asnaf, Alhamdulillah petang tadi selesai buat penghantaran, Allahu memang mereka asnaf rasa sebak lihat kehidupan mereka. Moga Allah swt limpahkan rezeki untuk keluarga-keluarga ini, Amin!

Memang shida dan suami plan nak beri pada tarikh berdekatan dengan Raya Haji. Jadi mereka dapatlah barang dapur untuk dimasak waktu raya nanti. Barang yang shida beri pun memang barang keperluan utama seperti beras, gula, garam, bihun, kicap, sos cili, kopi, teh, tepung gandum dan minyak. Harapan kami ketika beraya mereka ada juadah untuk dimasak dan makan bersama keluarga.

Bersedekahlah kita walaupun kita susah, ayat ni selalu shida dan husben ingat. Sentiasa ingat bahawa kalau kita susah masih ada yang lagi susah dari kita. Ia juga amalan yang paling senang kita boleh lakukan pahala pun berganda! Amalan ini bukan suatu paksaan ianya boleh dijadikan apabila kita rasa mampu, ingat tau senyum juga bersedekah, mendoakan juga bersedekah, bersedekah paling mudah!


You May Also Like

34 comments

  1. Alhamdulillah
    Rezeki dikongsi bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak..Alhamdulillah..terima kasih wak..

      Delete
  2. Alhamdulillah. Tahniah Shida dan husband membantu mereka yang memerlukan. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semoga murah rezeki Shida dan suami.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kak shida sudi memberi bantuan kepada keluarga asnaf.
    Semoga Allah melimpah ruahkan lagi rezeki kak shida dan husband lepas ni :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Semoga terus dimurahkan rezeki.. Amin..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Semoga dpermudahkan dan dimurahkan rezeki Shida. Alhamdulillah syukur ...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..
    berkongsi rezeki..
    semoga shida dimurahkan rezeki sllu.. =)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, moga murah rezeki kak selalu dgn pakcik ye.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah.. moga murah rezeki selalu kak 💪

    ReplyDelete
  10. Dalam rezeki kita ada terselit rezeki untuk orang lain....kan?

    ReplyDelete
  11. Banyak yg terkesan. Alangkah bagusnya kalau dpt membantu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nina..walau sedikit..Inshaa Allah dpt beri org tsenyum..

      Delete
  12. Alhamdulillah, semoga kak shida sekeluarga dilimpahkan dan dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah tent sekali byk bantu diorang. dah le nak raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..xtau depa dpt mkn ke x klau xbantu..

      Delete
  14. Masya Allah tabarakallah.. Semoga Allah murahkan rezeki kak Shida dan suami, senantiasa diberi kesihatan dan dalam perlindungan Allah. Aamiin

    ReplyDelete
  15. terbaik shida & suami👍👍👍👍👍👍👍 moga sentiasa dilimpahi rezeki dan keberkatan

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. Semoga terus dimurahkan rezeki Shida sekeluarga.. Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.