Alhamdulillah Rezeki - Proton Exora Premium 1.6L Turbo (A)

by - 12:00:00

Alhamdulillah Rezeki - Proton Exora Premium 1.6L Turbo (A) | Hari ini masih dalam mood berita baik lagi, berita yang menggembirakan. Sebenarnya plan nak tukar kereta baru ni dah lama kami laki bini berbincang mengenai ini. Masa belum kawen lagi dah bincang nak sebuah kereta sedan atau orang kata kereta besar untuk keluarga kami nanti.

Masa kami baru-baru kawen dah plan nak menyimpan sikit-sikit untuk kereta tersebut, kononnya bila dah ada anak nak tukar lah kereta, tapi aturan Allah swt lagi hebat dia bagi kami rezeki kereta dulu keluar sebelum ada anak, Allahuakhbar. Perjalanan proses membeli kereta pun di permudahkan segalanya, syukur.

Lama juga plan tahun ni baru dapat, kebetulan husben shida ramai kawan yang jadi agent-agent jual kereta dari yang biasa sampai yang luar biasa. Sembang punya sembang lebih kurang sebulan kami decide untuk ambil Proton Exora keluaran baru ni. 

Ada beberapa kriteria yang husben suka tentang kereta exora ni, shida sebagai isteri atau orang perempuan ok angguk saja lah, mana lah tahu sangat bab-bab kereta ni. Asal husben kata ok shida on saja, asalkan shida senang bawa itu yang penting.

Dah seminggu lebih kereta ni kami dapat, lepas sign HP di bank selang beberapa hari member husben call kata kereta dah siap dah boleh datang collect. Sebenarnya terima kasih juga dekat member husben ni banyak tolong sehingga berjaya keluar kereta ini, Terima kasih Mr. Eddie!

Pilihan color kami ambil ruby red, warna dia cantik rasa limited sangat. Puas hati ruangan besar cukup selesa. Tapi tak la plan nak anak ramai sebab beli kereta besar kan. Moga lepas ni ada rezeki anak pula, rezeki lain-lain kami masih dalam mengusahakan. Next target nak beli rumah pula, moga semuanya dipermudahkan. Amin.

Ini adalah kereta kedua encik husben, yang pertama kereta produk proton juga iaitu proton waja. Lama sangat kereta ni dengan encik husben buat hal tu biasalah lagi-lagi dia dengar nak keluar kereta lain bertambah-tambah meragamnya, sabar jelah! Masa carwash dah boleh buka bawa dua-dua pergi mandi dan cuci luar dalam baru bersinar-sinar.

Sebenarnya shida rasa bersyurkur sebab Allah swt permudahkan banyak urusan shida dan husben sebenarnya. Dalam banyak-banyak urusan, urusan keluar kereta paling lancar, Alhamdulillah. Bila kereta dah keluar mula encik husben mereka "jom nak pi mana kalau dah boleh merentas?" hahahaaπŸ˜‚

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kereta Proton Exora Premium ini bolehla search kat youtube banyak review dari sana. Shida tak pandai sangat nak review kereta ni melainkan okay cantik, selesa haa itu saja! Ada banyak kelebihan kereta ni dan biasalah kereta mesti ada baik dan buruk itu normal yang penting sama macam kita "jaga diri kita", itu saja 😊 Baik kita jaga baiklah keadaan dia.



You May Also Like

56 comments

  1. hahahaha betul, bila kata nak beli kereta baru mesti kereta buat hal. pandai pulak dia merajuk. tahniah kak shida & husband

    ReplyDelete
  2. wah tahniah!!
    alhamdulilah dipermudahkan urusan pembelian kereta baru...
    Lepas ni panjang langkah la shida ye heheh

    pape pun seronok kan dapat kereta baru..
    suka bau nya hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa..sakit hidung..bu keta baru πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  3. Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki baharu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat dengan selamat. Buat masa ini kereta itu tidak dapat jalan jauh-jauh.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...seronok bila dapat kereta baru. Rezeki kereta datang dulu dari yang lain. Betul Shida, kita ni tak tahu pasal kereta sangat, angguk je la ikut pilihan suami. Ada MPV compact pun kita luas juga tu boleh jalan ramai ramai nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul fiza..beli konon kot anak ramai tp nmpak gaya xtahu la ade rezki ke x πŸ˜‚

      Delete
  6. wah bestnya dapat kereta baru. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.Tahniah kak shida & husband dapat kereta baru.Ada kereta besar senang. Boleh angkut barang banyak.He2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hehee..byk skit kemudahan dia..hehee

      Delete
  8. Alhamdulillah... Tahniah kakshida! Lepasni boleh la shopping lebih sikit, ruang banyak tu :p

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah
    dpt capai impian
    cantik kalernya

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah. rezeki tak pernah salah alamat. Tahniah atas kereta baru kak shida ^_^

    mesti seronok lagi nak naik sekarang sebab ada bau kedai lagi. saya suka betul hidu barang baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak xleh lama2 sakit hidung hahahaa..awai dah standby perfume 😁😁

      Delete
  11. Alhamdulillah rezeki kak shida dan husband dapat kereta exora.
    Nanti dah boleh rentas negeri, syok lah pergi jalan jalan kan hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plannya begitu lah..Inshaa Allah jika xde aral..

      Delete
  12. A;hamdulillah dapat kereta baru.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... Saya punya kereta pun dah lama.. lebih 10 tahun.hutang pun dah habis. Pakailah dulu selagi dia boleh berjalan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta satu lagi pn dha habis bayar..disebabkn keperluan mmg kena tmbah satu lg kereta..terima kasih fairus.

      Delete
  14. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Shida dan suami. Tahniah sudah dapat kereta baru :)

    ReplyDelete
  15. Masya Allah.. Alhamdulillah.. tahniah kak, semoga akan ada lagi rezeki-rezeki lain setelah ini..

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah…tahniah Shida & suami!
    Cantik kaler merah.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..urusan mudah..cantik kaler merah..

    beli kereta time ni, bagus jg..takde sales tax..

    ReplyDelete
  18. tahniah sbb dpt pakai kereta baharu. abam kie guna proton preve ni sejak 2012. skrg proton x kuar model ni lagi. so sad. huhuhuhu...

    ReplyDelete
  19. Wah! Kalau uncle pun pilih kaler ni....

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah, seronok dapat kereta baru

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah. Tahniah untuk kereta baru. Cantik warnanya :)

    ReplyDelete
  22. Tahniah kak..cantik kereta..besarr heheee

    ReplyDelete
  23. Nadya suka color kete akak ni. Color fav nadya nii. Alhamdulilah rezeki kak. Rezeki anak mungkin lepas ni akan ada.. inshaallah 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhamdulillah..nadya..tq atas doa tu 😊

      Delete
  24. Kalau rasa nk beli kereta baru memang tak boleh berckp. Nanti yg lama buat hal hahaha. Ada rezeki lebih apa salahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh nina..merasa dh dia mula nk meragam huhuu

      Delete
  25. woh bestnya.. yg jeni premium ni ada mode auto drive kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mama..ada mode auto drive dgn ada voice with ava..

      Delete
  26. AlhamdulillahπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
    warna merah tu sm dgn merah proton X50 ya?

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah.. Tahniah Shida..
    Sha pun minat Exora model ini dan warna ini.. hehehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.