Selamat Hari Raya Aidiladha

by - 01:55:00

Di kesempatan ini shida mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang mengenali diri ini serta pembaca blog Shida Radzuan Blog. Kali ini kita beraya dalam Total Loackdown, hanya beraya di rumah bersama keluarga tercinta "stay at home".

Walaupun kita beraya dengan total lockdown, perayaam tetap disambut dengan meriah. Merendang masih on, membeli kuih raya dan ketupat masih on, mengemas rumah sempena perayaan pun masih on walau takde sapa nak datang rumah kan. Orang kata mood raya pasti on juga.

Macam shida sendiri Alhamdulillah duduk dekat dengan rumah mak maka bolehla beraya dengan keluarga kalini meriah sikit adik dari selangor dapat balik kerana akan cuti bersalin di rumah mak nanti, due pun nak dekat dah awalan bulan ogos nanti. 

Walau pun begitu, adik dah self kuarantin dirumah dan membuat swab terlebih dahulu sebelum pulang, adik dan suami dia negetif syukur!

Kalini meriah sikit hampir semua keluarga ada kecuali keluarga abang shida yang tak dapat berada di rawang, selangor tak dapat balik ke kampung kerana masih tidak boleh merentas negeri. Lama sangat dah abang shida tak balik melawat mak ayah tapi apa kan daya kan, paham dengan situasi negara sekarang.

Shida seperti biasa merendang daging dan ayam, kali ni encik husben request dua menu untuk juadah raya makan bersama ketupat seperti biasa kegemaran encik husben shida. Inshaa Allah jika tak ada aral raya ke dua shida plan nak buat Mee Kari pula.

So korang apa menu hari raya aidiladha kalini? share lah sikit mana tau boleh tiru menu korang untuk hari raya yang ke seterusnya pula hehehe. Orang kata walau total lockdown raya tetap on semua kena ada disambut dengan meriah walau tanpa dengan orang yang kita sayangi. 

Stay safe gais! jangan lah merayau-rayau keluar rumah pula, diri kita dan keluarga mesti kita lindungi okay. 


You May Also Like

27 comments

  1. Selamat Hari Raya kak Shida <3

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Shida..

    ReplyDelete
  4. Salam aidiladha
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  5. Salam Aidiladha untuk Shida sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. Buat lontong dan rendang ayam. Dapat parut goreng daripada sepupu buat parut berlada.
    Selamat menjamu selera dan Salam Aidil Adha.

    ReplyDelete
  7. Salam aidiladha buat kak shida dan juga keluarga!
    Semoga ceria selalu :)

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya korban aidiladha utk kak shida sekeluarga. Seronok dpt berhari raya bersama keluarga

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya aidil adha buat Shida sekeluarga.

    ReplyDelete
  10. Selamat hari raya Shida. Seronok tu ramai dekat dekat boleh berkumpul. Fiza masak rendang dan pulut je :)

    ReplyDelete
  11. salam raya korban kak shida! sedapnya mee kari! boleh cadang dekat big boss ni buat esok atau lusa hehe

    ReplyDelete
  12. selamat hariraya maaf zahir batin shida

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya, kak.. Saya kemarin memasak nasi mandhi. Di rumah saja kerna kena ppkm tak bisa rayakan di rumah ayah.

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya, Syeronok tu ramai kat rumah

    ReplyDelete
  15. Selamat hari raya aidil adha. masih lagi raya di rumah sendiri.

    ReplyDelete
  16. Selamat hari raya pada awak sekeluarga...

    ReplyDelete
  17. xdak menu, hahaha xde mood nk raya..huuu nak blik kggg wuaaaa

    ReplyDelete
  18. salam aidil adha utk shida sekeluarga..

    ReplyDelete
  19. masih dlm mood raya ke tu?😊

    ReplyDelete
  20. salam aidiladha maaf zahir batin ;p

    ReplyDelete
  21. Selamat hari raya aidiladha!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.