Drama Ayahanda - Slot Lestary TV3

by - 23:17:00

Ayahanda - Slot Lestary TV3 | Allahu, drama Ayahanda ni awal-awal lagi dia dah buat tersentuh hati dan suspen. Baru lepas tengok tadi episod pertama antara watak utama dalam drama ini terdiri daripada Jalil Hamid (Tok Imam Masjid). Drama Ayahanda ini adalah menggantikan drama Budak Tebing 2 yang berakhir episodnya semalam.

Tok Imam yang ingin mempertahankan masjid usang yang dipertikai oleh masyarakat kampung tentang masjid yang uzur itu yang harus ditutup. Disebabkan itu juga tok imam berasa kecil hati atas tindakan anak-anaknya juga yang bersetuju masjid uzur itu juga harus ditutup. 

Drama ini diadaptasi dari sebuah novel kisah benar karya penulis sastera terulung  yang merupakan penerima Anugerah S.E.A Writers Award 1988 oleh Allahyarham Azizi Haji Abdullah A.M.N. Mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya, serta kesetiaan pada agamanya.

Ini baru episod pertama, kena teruskan sehingga 15 episod baru boleh faham jalan cerita sebenar. Awal-awal lagi dah rasa sedih pula, bergenang air mata huhu. Maaflah shida ni kalau tengok cerita sedih-sedih memang senang keluaq air mata tau hahaa. Orang kata menjiwai cerita yang disampaikan kononnya 😂

SINOPSIS DRAMA AYAHANDA

Mengisahkan Haji Abdullah (Jalil Hamid) yang merupakan seorang Tok Imam, Juru Nikah dan Pengajar kitab di Surau yang sudah ditubuhkan lebih 100 tahun. Surau itu dibina semula selepas kejadian ribut yang nyaris mengorbankan nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Fauziah Ahmad Daud). Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Halimah, Ramli, Ahmad dan Aziz.

Walaupun Haji dipinggirkan orang kampung berikutan kaedah pembelajaran kitabnya yang dianggap lapuk, namun dia masih utuh melaksanakan tanggungjawabnya dan setia memegang jawatannya. Hajah Noriah sentiasa disisinya memberi sokongan kepada Haji walau dianggap tok imam tua oleh orang kampung.

Dengan kemunculan Ustaz baru dan muda iaitu Ustaz Hamidi yang menuntut di Al-Azhar Mesir telah membuat Haji berasa lebih tercabar, apatah lagi jumlah jemaah semakin meningkat selepas kehadirannya. 

Haji terasa hati dengan anak-anaknya kerana tidak menyokong usahanya untuk kekal bergelar imam. Malah Aziz (anak bongsu Haji) yang menjadi harapan Haji jugabtidak bersetuju, apatah lagi mereka mempunya kisah silam yang meretakkan hubungan mereka.

Disebalik keegoaan, Haji hanya ingin difahami tetapi tiada siapa yang peduli. Sikap degil yang seiring usia enggan ditegur dan dinasihati membuat anak-anaknya menaruh rasa prasangka, dendam dan marah terhadap ayah mereka, walau terselit rasa bersalah.

Haji yang kaya dengan kasih sayang dan pengorbanan, dalam diam sentiasa mendoakan kehidupan anak-anaknya. Walaupun kurang berkongsi rasa dan sekadar menzahirkannya melalui perbuatan dengan harapan agar anak-anaknya mengerti. 

Dapatkah kempat-empat anak Haji mengerti dan memahami erti sebenar pengorbanan seorang ayah? Lagi pula perasaan seorang ayah itu tidak mampu diduga dan digali sedalam mungkin, wa;aupun oleh anak-anaknya sendiri.

INFO DRAMA AYAHANDA

  • PENGARAH : Dato Ahmad Tamimi Siregar
  • PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
  • PENULIS NOVEL : Azizi Haji Abdullah 
  • PENULIS SKRIP : Maizura Mohd Ederis, Wan Mahani Wan Hassan
  • SIARAN TV : Slot Lestary TV3
  • BILANGAN EPISOD : 13 Episod
  • WAKTU SIARAN : Rabu - Sabtu (9 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2021 
  • PELAKON :Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Rita Nadira, Sherry Ibrahim, Anuar Hamizan, Mimi Ernida, Hairi Safwan dan Sobri Anuar.

 



 

You May Also Like

34 comments

  1. Alaaa tgk kejap je td.. Sbb sibuk dok uodate blog hahaha.. Ok next episod bole layan full

    ReplyDelete
  2. kisah ayah berjauh hati dgn anak2 mmg bisa mengundang air mata...selamat menonton..

    ReplyDelete
  3. Karya Azizi Haji Abdullah sentiasa menjentik perasaan sedih dan simpati.
    Menarik cerita diadaptasi daripada novel.

    ReplyDelete
  4. ada tengok semalam. sedih drama ni..

    ReplyDelete
  5. Tak sempat lak nak tengok malam tadi Shida. Pelakon best best ni

    ReplyDelete
  6. Semalam tengokkk sekejap je masa makannn, tapi nampakk jalan cerita macam menarikk dan best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga..awal2 dh kluaq ayaq mata 🤣🤣

      Delete
  7. Jalil Hamid kalau berlakon jadi ayah, sedih tengok. Okey, kena tonton ni.

    ReplyDelete
  8. ah menarik, tapi saya tak bisa menonton sebab di sini takde.. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nanti sudah tamat boleh tonton di youtube aja 😊

      Delete
  9. Kalau drama Dato Ahmad Tarmimi confirm best. Suka drama gini,dari dok layan drama mak mertua toxic or megah holding

    ReplyDelete
  10. Lama tak tengok Jalil Hamid berlakon ..suka lakonannya.

    ReplyDelete
  11. Ni mesti jadi kisah airmata nanti

    ReplyDelete
  12. baru tgk tadi kak shida...best juga sedih..

    ReplyDelete
  13. kan sedih..awal2 dah babak sedih.

    ReplyDelete
  14. sy lyn jg laa cerita ni. cuma rs mcm x sesuai je ogy bw watak emak tu... sy x tau knape...😁😊

    ReplyDelete
  15. Sinopsis je dah meruntu hati.. Kalau tengok ini mahu banjir rumah.. huhuhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.