Ayahanda - Slot Lestary TV3 | Allahu, drama Ayahanda ni awal-awal lagi dia dah buat tersentuh hati dan suspen. Baru lepas tengok tadi episod pertama antara watak utama dalam drama ini terdiri daripada Jalil Hamid (Tok Imam Masjid). Drama Ayahanda ini adalah menggantikan drama Budak Tebing 2 yang berakhir episodnya semalam.
Tok Imam yang ingin mempertahankan masjid usang yang dipertikai oleh masyarakat kampung tentang masjid yang uzur itu yang harus ditutup. Disebabkan itu juga tok imam berasa kecil hati atas tindakan anak-anaknya juga yang bersetuju masjid uzur itu juga harus ditutup.
Drama ini diadaptasi dari sebuah novel kisah benar karya penulis sastera terulung yang merupakan penerima Anugerah S.E.A Writers Award 1988 oleh Allahyarham Azizi Haji Abdullah A.M.N. Mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya, serta kesetiaan pada agamanya.
Ini baru episod pertama, kena teruskan sehingga 15 episod baru boleh faham jalan cerita sebenar. Awal-awal lagi dah rasa sedih pula, bergenang air mata huhu. Maaflah shida ni kalau tengok cerita sedih-sedih memang senang keluaq air mata tau hahaa. Orang kata menjiwai cerita yang disampaikan kononnya 😂
SINOPSIS DRAMA AYAHANDA
Mengisahkan Haji Abdullah (Jalil Hamid) yang merupakan seorang Tok Imam, Juru Nikah dan Pengajar kitab di Surau yang sudah ditubuhkan lebih 100 tahun. Surau itu dibina semula selepas kejadian ribut yang nyaris mengorbankan nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Fauziah Ahmad Daud). Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Halimah, Ramli, Ahmad dan Aziz.
Walaupun Haji dipinggirkan orang kampung berikutan kaedah pembelajaran kitabnya yang dianggap lapuk, namun dia masih utuh melaksanakan tanggungjawabnya dan setia memegang jawatannya. Hajah Noriah sentiasa disisinya memberi sokongan kepada Haji walau dianggap tok imam tua oleh orang kampung.
Dengan kemunculan Ustaz baru dan muda iaitu Ustaz Hamidi yang menuntut di Al-Azhar Mesir telah membuat Haji berasa lebih tercabar, apatah lagi jumlah jemaah semakin meningkat selepas kehadirannya.
Haji terasa hati dengan anak-anaknya kerana tidak menyokong usahanya untuk kekal bergelar imam. Malah Aziz (anak bongsu Haji) yang menjadi harapan Haji jugabtidak bersetuju, apatah lagi mereka mempunya kisah silam yang meretakkan hubungan mereka.
Disebalik keegoaan, Haji hanya ingin difahami tetapi tiada siapa yang peduli. Sikap degil yang seiring usia enggan ditegur dan dinasihati membuat anak-anaknya menaruh rasa prasangka, dendam dan marah terhadap ayah mereka, walau terselit rasa bersalah.
Haji yang kaya dengan kasih sayang dan pengorbanan, dalam diam sentiasa mendoakan kehidupan anak-anaknya. Walaupun kurang berkongsi rasa dan sekadar menzahirkannya melalui perbuatan dengan harapan agar anak-anaknya mengerti.
Dapatkah kempat-empat anak Haji mengerti dan memahami erti sebenar pengorbanan seorang ayah? Lagi pula perasaan seorang ayah itu tidak mampu diduga dan digali sedalam mungkin, wa;aupun oleh anak-anaknya sendiri.
INFO DRAMA AYAHANDA
- PENGARAH : Dato Ahmad Tamimi Siregar
- PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
- PENULIS NOVEL : Azizi Haji Abdullah
- PENULIS SKRIP : Maizura Mohd Ederis, Wan Mahani Wan Hassan
- SIARAN TV : Slot Lestary TV3
- BILANGAN EPISOD : 13 Episod
- WAKTU SIARAN : Rabu - Sabtu (9 malam)
- TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2021
- PELAKON :Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Rita Nadira, Sherry Ibrahim, Anuar Hamizan, Mimi Ernida, Hairi Safwan dan Sobri Anuar.