Kecederaan Ibu Jari Kaki Part 2

by - 22:56:00

Ingat tak pasal entri shida Kecederaan Ibu Jari Kaki yang sebelum ni, kisah shida cerita bagaimana berlakunya kecederaan Kuku Ibu Jari  Kaki shida. Kalau teringat kejadian berlaku time tu memang ngeri, tugas seharian pun terganggu, stress rasa.

Tapi semalam masa shida nak ke rumah mak hantar sayur dan ikan, shida lalu ikut belakang (dapur) sebab mak selalu tak dengar kalau ikut depan, terus ke dapur senang. Mak ayah selalu lepak dapur sembang-sembang sampai apa berlaku kat depan pun depa tak tau.

Waktu nak masuk pintu dapur allahu anak-anak kucing ada la 3 ekor duk kerumun kaki, shida dah la takut kucing hahahaa (gelak besar) punya nak elak dari terpijak shida terseradung dengan kasut sendiri pastu terkena pula kuku shida langsung dia terbuka arghhhh pedih gila.

Masa tu memang shida dah buka balutan sebab dah nak balik niaga masa tu. Nampak kuku shida dah terangkat terbuka ibu jari rasa sengal-sengal dan berdarah sikit, terus kata kat mak tak lepak lama nak balik. Balik rumah shida mandi bersihkan diri tunggu encik husben bersiap mandi juga then encik husben tolong cabut dan bersihkan kuku shida ni.

Selama sakit ibu jari ni encik husben la doktor shida yang merawat dari awal tau. Hahaaa dia tau bini dia takut pi hospital so dia kena jaga bini dia ni. So harini ibu jari shida dah terlopong tak ada kuku, encik husben cuci bersih bersih ibu jari kaki ni pastu rasa sengal-sengal je.

Nasib lah bila mandi tak sakit, time cuci dan letak ubat pun tak sakit. Sekarang ni ibu jari dalam keadaan nak sembuh. Tapi shida still balut time niaga sebab nak elak terkena jangkitan atau dipijak oleh encik husben sendiri hahahaaa. Biasalah time niaga ke kiri ke kanan, kadang tu berlaga lah sahih tak kena kat kaki ni.

Terima kasih lah kawan-kawan yang sudi mendoakan ibu jari kaki shida ni sehingga sembuh. Lepas ni dah balut pakai kasut sarung dah. Shida kalau niaga suka pakai kasut sarung macam kasut sukan tu tapi jenis tak bertali just sarung je, mudah nak bergerak sana sini cuma sekarang berselipar lah dulu.


You May Also Like

21 comments

  1. Aigu.. Moga cepat sembuh. Bisa jugak kalo ibu jari kaki lambat baik. berdenyut je rasa dia. :')

    ReplyDelete
  2. sambil baca entri ni sambil tekan kaki kuku sendiri..
    Take time juga tu nak sembuh. Semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. ya Allah..shidaaa lagi seram bunyinya tu kuku tercabut. Semoga cepat elok luka ibu jari Shida dan cepat kuku baru tumbuh. Aaminnn...Take care Shida.

    ReplyDelete
  4. dengar pun rasa ngilu shida
    bab luka2 ni cik Nor lg la takutt

    ReplyDelete
  5. Allahu.. seriau wooo bc kuku terangkat balik.. aduhh terasa sampai ke sni..
    semoga cepat baik shida! =)

    ReplyDelete
  6. Pernah juga kuku ibu jari tangan tercabut sebab tersepit pada pintu.
    Alhamdulillah makin sembuh.

    ReplyDelete
  7. Kuku tercabut tu serammm!!! Huhuuu... Moga cepat sembuh dan cepat tumbuh kuku baru..

    ReplyDelete
  8. Aduh rasa ngilu la pulak. In sya Allah nanti tumbuh kuku baharu lebih ok.

    ReplyDelete
  9. Wak dulu kalau ada cedera kat kuku,
    Tumbukkan daun inai dan balutkan kat jari yang luka tu
    Macam kita inai kukulah.
    In syaa Allah cepat kering lukanya.

    ReplyDelete
  10. Kalau kuku dah terangkat tu memang sakit le.. Silap-silap nanti jadi darah beku di kuku.. Puas juga nak hilangkan nanti

    ReplyDelete
  11. Subhanallah.. ngeri sangat, kak.. Semoga lekas tumbuh si kuku, tak terbayang kuku dicabut tuh kak

    ReplyDelete
  12. Ya Allah. Moga Shida cepat sembuh. Kak Amie dulu pernah tertimpa pintu almari atas ibu jari kaki. Allahu Akbar! Sakitnya hanya Tuhan yang Tahu. Takut nak klinik sebab katanya kena cabut kuku. Kak Amie tak ingat sapu ubat apa, tapi tiga bulan jugalah sampai kuku tu habis dan tumbuh baru.

    ReplyDelete
  13. Fuhhh...seram bacaπŸ˜…
    Rasa macam kena dekat kaki sendiri pulakπŸ˜‚

    ReplyDelete
  14. Aduhai...semoga cepat sembuh ye Shida..hati- hati jangan sampai tersadung atau terpijak dek suami ye.....sakit tu

    ReplyDelete
  15. Ya allah kak shida, terbayang kejap sakit dia tuuuuu macam mana :')

    ReplyDelete
  16. Argh!! Ngilu pula bila membaca..
    Take care Shida.. semoga diberi kesembuhan..

    ReplyDelete
  17. mama baca pun terasa ngeri ni.. gws ye shida

    ReplyDelete
  18. Ngiliuunya bab jari jari ni.. kalau daj terkopek tu memang seram wooo... Nice ada husband doktor.. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.