Menu Lockdown #shidamasakje

by - 12:00:00

Menu Lockdown #shidamasakje | Hai korang, apa khabar semuanya! harap semua berada dalam keadaan sihat dan selamat ya. Esok tinggal sehari saja lagi nak berhari raya haji. Dah ada menu raya ke nanti? Shida mungkin merendang jelah korang, sebab makan berdua ja so taklah nak over sangat masak, malam pula kita ke rumah mak shida. 

Nasiblah kami semua adik beradik dekat-dekat saja kan, dapatlah ziarah menziarahi, dua orang kakak shida memang stay sini sorang kamunting sorang lagi taman seberang jadi mudahlah dalam daerah yang sama. Cuma abang shida dan adik shida di luar daerah dan negeri jadi lama lagi lah nak dapat jumpa dan berkumpul.

Seperti biasa, walaupun lockdown shida cuba juga untuk beri ruang diri ke dapur untuk memasak. Biasanya kalau masak tu sebab dah muak makan atau tapau kat luar. Selalu pun order menu yang sama saja, jadi ada masa tu lebih baik masaklah kot. Minggu ni dapatlah buat 3 4 menu masakan yang biasa-biasa saja bagi shida.

Menu pertama ni shida buat Bihun Sup Tulang buat bihun kuning resepi campak campak saja asal cukup boleh buat sup. Bahan-bahan lain tu shida ada sediakan cabai hitam, taugeh yang dicelur, bawang goreng serta daun sup bawang. Sekali sekala masak macam ni okay juga sebab dah muak makan nasi sebenarnya.

Menu ke dua shida masak simple saja, memandangkan husben beli petai shida buat  Sambal Ikan Bilis Petai, Tempe Goreng dan Sayur Goreng Campur. Menu ni walau simple tapi menambah nasi korang hahaa lupa langsung diet ke apa ke hahaaa balun saja.

Menu ke tiga ni bukan menu hari ke 3 tau, menu yang tah keberapa hari hahaa. Shida masak Sambal Ayam dan Sup Bayam dua menu sahaja sambal pula mix dengan tomato cherry bila makan manis-manis masam bertambah sedap sambalnya korang.

Next menu Shida masak atas permintaan husben pula, Paprik Sayur, Sotong Goreng Tepung dan Telur Dadar kali ni telur dadar jadi bulat hahahaa. Korang perasan tak menu semua merah-merah shida dah buntu nak masak apa lagi tau!

Menu terakhir pula meriah banyak-banyak lauk, aduhai hahaaa. Shida masak Tomyam Ayam, Telur Bistik dan Sayur Goreng Campur baki sayur haritu masak je sekali. Bertambah kami makan time ni sebab makan lewat sikit shida lambat masak. Telur bistik ni tak jadi shida buat so lambak je lauk dia atas telur setel hahaa!

Begini lah korang, kalau tengok shida masak kalini lauk semua merah-merah. Sampai dah kering idea nak masak apa, sebab hari-hari nak masak. Lauk pun duk ulang-ulang menu yang sama. Korang macam mana, menu apa suka masak? Kot boleh jadi idea untuk shida masak pula 😁😁


You May Also Like

37 comments

  1. lauk utk raya xbeli lg ni.. xdpt feel raya tu tp baju raya dh ada.. haha..

    meriah menu lockdown shida! sume nmpk sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shida baju ulang pkai baju raya baru ni..xde mood nk beli baju baru..masak pn ezy sbb husben req je..

      Delete
  2. Haah merah-merah memang minat sambal ya.
    Kadang-kadang buat siakap stim limau, kadang-kadang buat nasi beriani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahny si suami tu payah nau nk mkn ikn ssh nk buat menu ulang2 jela NA πŸ˜…

      Delete
  3. Lauk campak campak asal kena dengan selera sudah Shida. hihi..memang jemu kadang tu tapau. Masak sendiri jimat lagi. Tapi itulah buntu juga nak masak apa hari hari. Fiza pun duk ulang menu sama je Shida. Tak ada idea jugak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shida terpaksa buat 2 menu sbb shida suka mkn sayur fiza..satu lauk satu sayur.

      Delete
  4. sedap semua masakan kak..kdg2 tu tiru juga tau heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe tiru..x salah heheee. Sharing is caring yanie..

      Delete
  5. Ada sup tulang! Sup tulang ni memang ada semacam magnet menarik untuk terus hirup kuah hingga titisan terakhir. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh ayat kak amie hahahaaa 🀣🀣

      Delete
  6. Meriahnya lauk pauk shida... boleh laa buat idea semnggu dua lepas raya ni. SAya pun tak ramai kat rumah. bertiga je. mungkin juga merendang dan hantar kat jiran2. tu je perancangan setakat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shida pun teringin juga nk anta kat jiran tp kiri kanan jiran org tua..takut xmkn ape kite msk..huhuu

      Delete
  7. Sedap sedap lauk akak nii πŸ˜‹

    ReplyDelete
  8. Sup Tulang....sedapnyaaaa.......kalau ada mee ni..bleh buat mee sup tulang kan....confirm menghirup lepas tu..untuk Raya pakai baju raya yang x sempat pakai masa Raya puasa ari tu la...

    ReplyDelete
  9. Meriah semua lauk lauk tu Shida. Memang rajin betul..
    Raya ni tak tahu la nak pakai baju raya ke tak ni. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya ritu..shida pkai je baju raya..baju raya lama xde yg baru hehee..

      Delete
  10. terliur tengok sotong goreng tepung tu

    ReplyDelete
  11. wow macam-macam shida masak..
    ni nak raya, dah plan x nak masak apa ? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu raya biasa2 je kak ret hehee..merendang lerr ape lg hehee

      Delete
  12. Campak campak pun janji sedapppp kak shida hehehe.
    Saya pun boring dah, sampai tak tahu nak makan nasi berlauk kan apo hahahaha.
    Biasa saya buat masak lemak cili api ke ayam masak halia ke. Lauk biasa biasa je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. AN kalau msk lemak cili api..masak halia..bkn biasa2 tu..power tu hahaaa

      Delete
  13. kita raya sesorang wuaaa
    pastt sedapnya lauk..itu la bila da kerap masak xde idea dah nk masak ape an

    ReplyDelete
  14. Sedapnya.. Macam-macam lauk pauk ada..

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah sehat2 aje
    cik nor ingat nak buat rendang daging juga ni
    anak2 raya masak nasi tomato ayam masak merah je lah

    ReplyDelete
  16. bila hari2 makan kt rumah, kering idea nak masak apa..kdg2 masak pasta, bihun..

    sup tulang..sedapnya..

    ReplyDelete
  17. Ok tu. Masak yang simple-simple lagi sedap, Shida. Nampak sedap belaka menu yang Shida masak. :)

    ReplyDelete
  18. Rumah ni selalu masak asam pedas, takpun sambal. Mmg standard kot kita orang Melayu masak suka taruk cili so lauk semua merah.

    ReplyDelete
  19. Menggugat tau tgk menu2 shida semua berselera makan

    ReplyDelete
  20. Sedap menu2 tu. lebih puas hati masak dan makan sendiri..

    ReplyDelete
  21. peh sedap2 menu lockdown shida

    ReplyDelete
  22. Wah tampak sedap.. Saya tak bisa kalo sehari tak makan nasi, kak.. Nasi itu wajib ada di rumah.. hehehee

    ReplyDelete
  23. rajinnya diaaaa... sy pn lauk ulang2 shida... bkn mls nk msk fancy2 tp sbb yg mkn tu sorg je jd ikan goreng dgn sayur pn dah memandaiπŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
  24. Sedapnya semua menu Shida tu..
    Penat-penat pun rajin Shida masak..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.