Alhamdulillah, aktiviti memasak Menu Lockdown #shidamasakje masih berjalan dengan baik. Laa ni shida boleh dikatakan hari-hari masak, kiranya dalam seminggu shida tak masak kalau encik husben ajak keluar petang tu. Kalau dak masak lah hari-hari sampai naik jem kepala fikir.
Kebiasaan lah kalau masak mesti tanya encik husben apa dia nak makan, kadang-kadang je shida suggest dia nak follow selalunya ikut lah dia nak makan apa kita masakkan saja. Menu seperti biasa mesti kena ada dua satu lauk satu sayur memang wajib!
Selama hampir tiga tahun perkahwinan kami ni shida dah tahu apa lauk kegemaran encik husben. Shida tengok encik husben suka lauk yang berkuah macam dua menu ni memang kegemaran sangatlah iaitu masak kari dan masa lemak ciliapi, dua menu ni ada memang bertambah makannya.
Macam shida pula, kalau korang yang memang follow shida dari awal shida ni peminat sambal so kadang-kadang rasuah juga laki sendiri minta masak sambal hahaa kadang-kadang dia ikut je cuma kalau tak dapat racun memang dia taknak makan sambal 😂
Menu time ni shida masak Sambal Ikan Masin + Sayur Campur + Tempe Goreng. Sambal Ikan Masin ni shida yang teringin nak makan, mulanya encik husben kata okay je makan janji masak garing sikit tapi tetap tak boleh telan sebab tu buat tempe goreng juga.
Menu seterusnya Ayam Masak 3BG (tiga budak gemuk) dan Sayur Campur juga, shida dah encik husben memang suka sayur campur seperti ini jadi tak hairan lah sayur ni hari-hari shida masak.
Kan shida dah kata, menu sambal lagi kalini aksi membodek berjaya 😁 Menu kalini shida buat Sambal Telur Goreng dan Kacang Botol Tumis Sos Tiram. Lama shida tak makan kacang botol, ini pun mak bagi shida sebab dia tahu shida suka makan kacang botol ni.
Menu ni jarang-jarang muncul, kalau ada orang request baru shida buatkan. Kan shida kata encik husben suka makan kari, sekali sekala dia akan minta shida buatkan Mee Kari Kuah Pekat bagi dia so terhasil lah mee kari dan tak makan nasi lah pada haritu.
Ikan masin dah, ayam dah, telur pun dah, now giliran sotong pula hahaa, begitu la shida rotate menu setiap hari kena kira dulu 😁😂. Time ni shida masak Sotong Masak Lemak Cili Api + Sayur Campur + Ikan Goreng dan Sambal Tempoyak untuk shida hehee.
Last last hahaa, kang ada kata terliur tengoknya haaa aduhai sorry la korang shida kena update juga buat rujukan untuk hampa semua haaa 😂 Menu last ni shida masa Ayam Goreng Sambal Viral + Sayur Bayam Tumis.
Shida tertengok satu tiktok dia masak ayam versi ni hanya guna bawang merah kecil dan cili kering (shida derhaka juga pada resepi) sebab idea asal bagi shida tak berapa kena tekak pastu oter ikut versi sendiri hahaa (abaikan minyak membulat tu 😅) nak menumis sambal memang tak boleh kedekut minyak ye!
So inilah antara menu menu yang shida masak, ermm tak lah melazatkan tapi kenyang bila makan Alhamdulillah. Tak berapa pandai sangat variasi menu macam-macam sebab encik husben ada saja yang dia makan dan tak makan. Jadi inilah dia menu #shidamasakje.