Menu Lockdown #shidamasakje

by - 20:50:00

Menu Lockdown #shidamasakje | Sekatan Penuh PKP kita bersambung lagi 2 minggu korang bermula 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021. Jadi shida pun bersambunglah cuti selama 14 hari lagi, nak kata work from home pun memang tak ada lagi dah istilah itu bagi shida. Kalau dah tuisyen tak beroperasi maka kerja pun takde lah korang, tambahan lagi pdpr bersambung sehingga hujung julai maka berhuhuu lah shida.

Bosan juga bila tak kerja tapi shida bernasib baik dapat membantu suami berniaga sebab time PKP Penuh ni orang punya ramai datang pasar untuk membeli. Kadang-kadang bila tengok cara pembelian makcik pakcik kat pasar boleh dikatakan sama je. Penghabisan syawal banyak yang membeli bahan untuk buat laksa dan bihun sup jadi bahan-bahan tersebut cepat habis, Alhamdulillah.

Semasa lockdown ni shida jarang juga masak walau tak kerja, bukan apa kadang-kadang tu dah penat bekerja dari 6 pagi hingga 2 petang, balik tu tak larat dah nak tengok dapur. Andai kata hari tu shida balik awal boleh lah masak-masak, kalau tak beli bungkus saja. Tapi sampai hari-hari beli pun bosan juga korang. "Menu shida masak je" dapat la masak beberapa menu dalam tempoh lockdown 13 hari ni.

Setiap hari sebelum shida balik memasak kan, shida akan tanya husben apa nak makan hari ni? En. Husben pun bila setiap hari tanya dia mula bosan hahhaaa, baru dia tahu yang tukang masak ni lagi bosan hari-hari nak nyental kuali hahaha. Time ni shida masak Sambal Udang, Sayur Campur, Ulam Kacang Botol dan Ikan Bawal Emas Goreng (untuk shida).

Hari berikutnya, bukan selang hari tau rasanya selang 1 2 hari berikutnya shida masak Ayam Masak Lemak Ciliapi, Ayam + Sayur Goreng Kunyit dan Kerang Rebus Air Asam. Untuk kerang rebus ni shida pertama kali buat tau ikut resepi dari Chanel Youtube Limau Nipis, tak sangka menjadi dan husben puji sedap. Alhamdulillah.

Menu seterusnya agak dah bosan makan nasi gamaknya shida buat Meggi Tomyam Ayam.

Next menu pula dah makin simple Nasi Ayam Penyet (diketuk-ketuk dulu sebab tu penyet), Sambal Penyet dan Ulam Timun + Salad. Makan macam ni pun bertambah korang sebabnya sambal ayam penyet tu sedap sendiri buat hahhaaa 😁😁

Menu lockdown ke 11 shida, Sotong Masak Lemak Ciliapi, Telur dadar tak bulat, Ikan Goreng Bawal Emas dan Sambal Penyet (baki haritu punya shida tumbuk lumat dan tuang minyak panas).


Menu lockdown hari ke 13 shida, Udang Masak Pedas, Petola Masak Lemak Putih dan Telur Goreng. Rasa shida dua menu ni ada dalam resepi dalam blog ni, kot ada yang nak mencuba bolehlah cari resepi ni dalam blog shida okay.

So sepanjang lockdown 14 hari rasanya ini saja menu yang shida masak, sepatutnya kena ada 14 menu tetapi memandangkan kerja pagi lebih letihbdari biasa tak dapat nak turun padang pula untuk bersilat ke dapur. Nasib En. Husben memahami, katanya tapau je lah! kita ni senyummmm sampai ke telinga hahaa. Ok nanti kita sambung menu lockdown untuk fasa ke 2 pula, sekiranya shida mampu masak ye heheh Thanks korang 😍


You May Also Like

33 comments

  1. Boleh tiru idea ni untuk yang tak tahu nak masak apa. Semoga covid segera berakhir, so that pusat tuisyen Shida dapat beroperasi semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMin sal! mudah mudahan dapat beroperasi..naik lemau dah huhuu.

      Delete
  2. Rajinnnnya kak shida! Menu simple tak apa janji kenyang kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul AN..kalau beli hari2 pn bosan..hehee

      Delete
    2. Betulllll! Beli hari hari punn bosann sampai tak tahu nak makan apa hahaha

      Delete
  3. kita dah habis menu nak masak πŸ˜‚ ingt esk nak tapau kfc jelah

    ReplyDelete
  4. Betul-betul punya makan ni..

    ReplyDelete
  5. Sedappnyaa tunggu rabia update menu masakk hari ini tapi umi masakk ni

    ReplyDelete
  6. Sedap semua. Terima kasih msk kan utk abg.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Shida..
    Sha pun bila hari-hari memasak, memang pening nak masak apa.. hahaha.. Kadang buat menu ringkas je.. Kadang kalu rajin extralah menu dia.. gitu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kdg2 ringkas tu org nmpak meriah pula menu kite..hari2 masak hari2 meriah hahaa

      Delete
    2. Betul tu.. Tambah bila kena PKPD ini, lagilah mening fikir nak masak apa.. Sampai satu tahap tu malas datang, makan maggi je.. masalahnya tetap meriah maggi tu.. hehehe..

      Delete
    3. tu la sha & shida. pening kan.
      sarapan. lunch. tea. dinner.
      jenuh nak mikir apa nak disediakan atas meja makan :)

      Delete
  8. Nasib baik suami memahami. Lauk ringkas macam ayam penyrt tu bagi akak makan 2-3 kali.

    ReplyDelete
  9. Sehat-sehat kak Shida, semoga masa PKP segera berakhir.. ^_^

    ReplyDelete
  10. Terlapar awal pula akak tengok menu-menu Shida ni πŸ˜‚

    ReplyDelete
  11. Wah menariknyaa lauk2 akak nii. Boleh try next menu ☺️☺️

    ReplyDelete
  12. nyummm..tgk time2 ni .. perut pun berbunyi haha

    ReplyDelete
  13. Husband pun naik bosan hari hari kita tanya. Baru dia tahu tukang masak ni lagilah bosan bercampur pening nak masak apa. Macam sedap je kerang air asam tu Shida. Kerang susah nak jumpa pulak. Kalau ada boleh cuba.

    ReplyDelete
  14. menarik semua nya.
    dpt la beri aida idea, shida, nak masak apa.
    kesemua lauk shida meriah, colourful.
    aida berkenan tang lauk kerang asam tu. sedap nya lah :)

    ReplyDelete
  15. rajinnya diaaaaaπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  16. Pelbagai lauk Shida masak. Nasib baik idea tidak kering.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.