Malaysia PKP Secara Penuh Bermula 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021

by - 00:00:00

Malaysia PKP Secara Penuh Bermula 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021 | Hari ini kita telah pun berada di dalam Sekatan Pergerakan Penuh yang diarahkan oleh MKN & KKM. Tujuan dan asbab simple untuk membendung penularan wabak covid19 ini lebih menjalar dan menguasai sepenuhnya negara kita. Berharap sangat kali ini kita boleh menang dengan kepatuhan kita kepada SOP yang ditetapkan dengan PKP Penuh 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Dengar lockdown sinonim dengan "panic buying" kan, memang dari diumumkan Malaysia kena lockdown bermula 1 jun manusia penuh dekat kedai runcit, pasar pagi, mall. Dari semalam husben shida berniaga habis licin semua, tak pernah macam ni rasa pelik bila semua pakat beli sampai banyak-banyak. Kan masih boleh bergerak keluar membeli barangan keperluan korang. Lupa laa tu!

Walau bagaimanapun janganlah sampai jadi satu pembaziran bila beli banyak-banyak kan, belilah ikut keperluan dalam satu rumah tu. Macam shida sendiri memang tak berapa topup sangat sebab barang-barang masih ada, masa bulan puasa tu kurang memasak sangat kan banyak yang boleh digunakan lagi.

So harapan apabila malaysia di lockdown kan, dapatlah kes semakin terkawal dan turun dan semakin turun. Turun sehingga kita mempunyai sifar kes! Amin! Bila agaknya ya kita nak bebas dari wabak covid19 ini. Dah rasa semakin sengsara nak hadap, bila PKP banyak sekatan dibuat sehingga menjejaskan pendapatan itu yang merungsingkan sebenarnya.

Kes paling tinggi setakat ini.

Hari-hari kes tinggi sampai takut nak ke mana-mana dah, tapi disebabkan nak mencari rezeki untuk tampung perbelanjaan bulanan dan harian keluar juga untuk bekerja. Selama PKP dilaksanakan bermula 10 Mei haritu Pusat Tuisyen tidak beroperasi sehingga 6 Jun. Sekarang kena lockdown sambung lagi tutup sehingga 14 Jun 2021, jika masih lagi tak dapat bendung tutup lagi sehingga MKN umum untuk beroperasi entah lah bila (doa yang baik-baik).

Sementara ni, shida cuma tolong husben berniaga sahaja dari 7 pagi sampai 12 tengahari lepas tu balik. Hari-hari berniaga setakat ni selagi sihat tubuh badan kan. Shida berharap sangat wabak ni dapat dibendung dan terus hilang dari muka bumi ini. Lagi satu korang janganlah panic buying ya, kedai runcit dan hyper market masih open dan barang keperluan masih mencukupi janganlah membeli macam kedai semua tutup ya!

Yang paling penting, kita jaga diri dan keluarga, keluar rumah jika perlu. Pakai face mask betul-betul, kerap cuci tangan atau guna hand sanitizer okay. Kalau boleh lepas keluar beli barang terus balik rumah ya, jangan merayap-rayap. Semoga kita semua berjaya mengekang wabak covid19 ini, Amin!


You May Also Like

42 Jari Ohsem

  1. Slamt dok rumah shida hehehe.. Stay safe tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PKP Penuh :) Stay at home juga kak ret!

      Delete
  2. selamat ber pkp..moga kali ni semua mengikut SOP yg telah ditetapkan... and semoga covid cepat hilang...in sya Allah

    ReplyDelete
  3. tu la kan.. nape lah nak pacik sgt supermarket bukan tutup masa lockdown ni.. adeh.. take care ye shida. mama keje sebab essential

    ReplyDelete
  4. Tengok abah macam beli secara panik. Roti Gardenia beli yang panjang dan pendek. Padahal 3 orang yang duduk dalam rumah. Nampaknya 2 minggu sarapan roti nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa..panic roti habis NA lawak lah abah NA ^_^

      Delete
  5. Semoga ini emua satu usaha yangberhasil dan dihargai. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. kuncitara.,. huhuhu
    semoga dipermudahkan urusan seharian kita., aminn

    ReplyDelete
  7. Semoga negara kita berjaya keluar dari musibah ini.

    ReplyDelete
  8. Betul kak shida, yang penting jaga diri kita dan keluarga. Keluar bila perlu je. Mask pun dah kena double face mask dah. Jaga sop. Itu saja yang boleh kita buat untuk kurangkan kes covid19 ni :)

    ReplyDelete
  9. Oh ya shida, shida jadi top commentator blog kite untuk mei 2021, nanti jemput ke blog ye hihi https://www.syaznirahim.com/2021/06/top-commentator-blog-syazni-rahim-mei.html

    ReplyDelete
  10. Semoga pkp kali ini berhasil dengan angka 0 kes .aamiin

    ReplyDelete
  11. Semoga lockdown kali ni menjadi. Jemu dok ulang benda sama tapi kes tetap naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe..sal! shida pn dah fedup dah ni..

      Delete
  12. We can do it! :) Stay safe guys :)

    ReplyDelete
  13. Semoga covid19 cepat2 hilang..

    ReplyDelete
  14. Semoga Cepat Hilang COvid-19.
    happy pkp Shida!

    ReplyDelete
  15. Mudah-mudahan ini perlaksanaan lockdown akan mampu pulihkan situasi semasa.

    ReplyDelete
  16. Salam PKP!!! Moha cepatlah Covid 19 ni berambus dari negara ni. Amin

    ReplyDelete
  17. entah bila la kan keadaan balik seperti dulu..

    take care and stay healhty shida n family^^

    ReplyDelete
  18. Mudah-mudahan dengan lockdown kali ini dapat meredakan keadaan ini.

    ReplyDelete
  19. Sekarang dah bersambung lagi sampai 28 Jun. Bertabahlah kita semua. Cepatlah kes turun sampai zero.

    ReplyDelete
  20. Tambah lagi 14 hari PKP.. Tepu dah rasanya ini..
    Menghitung hari bila nak habis PKPD tempat Sha nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.