Dengar lockdown sinonim dengan "panic buying" kan, memang dari diumumkan Malaysia kena lockdown bermula 1 jun manusia penuh dekat kedai runcit, pasar pagi, mall. Dari semalam husben shida berniaga habis licin semua, tak pernah macam ni rasa pelik bila semua pakat beli sampai banyak-banyak. Kan masih boleh bergerak keluar membeli barangan keperluan korang. Lupa laa tu!
Walau bagaimanapun janganlah sampai jadi satu pembaziran bila beli banyak-banyak kan, belilah ikut keperluan dalam satu rumah tu. Macam shida sendiri memang tak berapa topup sangat sebab barang-barang masih ada, masa bulan puasa tu kurang memasak sangat kan banyak yang boleh digunakan lagi.
So harapan apabila malaysia di lockdown kan, dapatlah kes semakin terkawal dan turun dan semakin turun. Turun sehingga kita mempunyai sifar kes! Amin! Bila agaknya ya kita nak bebas dari wabak covid19 ini. Dah rasa semakin sengsara nak hadap, bila PKP banyak sekatan dibuat sehingga menjejaskan pendapatan itu yang merungsingkan sebenarnya.
![]() |
| Kes paling tinggi setakat ini. |
Hari-hari kes tinggi sampai takut nak ke mana-mana dah, tapi disebabkan nak mencari rezeki untuk tampung perbelanjaan bulanan dan harian keluar juga untuk bekerja. Selama PKP dilaksanakan bermula 10 Mei haritu Pusat Tuisyen tidak beroperasi sehingga 6 Jun. Sekarang kena lockdown sambung lagi tutup sehingga 14 Jun 2021, jika masih lagi tak dapat bendung tutup lagi sehingga MKN umum untuk beroperasi entah lah bila (doa yang baik-baik).
Sementara ni, shida cuma tolong husben berniaga sahaja dari 7 pagi sampai 12 tengahari lepas tu balik. Hari-hari berniaga setakat ni selagi sihat tubuh badan kan. Shida berharap sangat wabak ni dapat dibendung dan terus hilang dari muka bumi ini. Lagi satu korang janganlah panic buying ya, kedai runcit dan hyper market masih open dan barang keperluan masih mencukupi janganlah membeli macam kedai semua tutup ya!
Yang paling penting, kita jaga diri dan keluarga, keluar rumah jika perlu. Pakai face mask betul-betul, kerap cuci tangan atau guna hand sanitizer okay. Kalau boleh lepas keluar beli barang terus balik rumah ya, jangan merayap-rayap. Semoga kita semua berjaya mengekang wabak covid19 ini, Amin!


