6 Tempat Pizza Yang Menawarkan Khidmat Penghantaran, Boleh Order Tika Malas Masak

by - 21:11:00

Assalamualaikum. Dah masak belum? Atau mungkin sedang berkira nak makan apa hari ini? Jika saya, ikut mood. Kadang terasa nak makan menu masakan melayu gigih masak sendiri dan adakalanya malas nak jejak kaki ke dapur. Terasa nak gantung kuali sehari suntuk. Rasanya ramai orang bersikap yang sama kan?

Pernah juga rasa laparnya perut nie..! Nak keluar rasa macam malas sangat-sangat sebab nak kena tukar baju, pakai mekap sikit-sikit (hihihi). Sebab tu selalu guna servis penghantaran makanan jer. Tapi jika hari rajin mulalah berkira-kira mahu makan di mana. Untuk menu pizza ada pelbagai jenis pilihan.

1. My Pizza Lab

Jika anda pernah berkunjung ke My Burger Lab untuk memesan beberapa burger, cubalah untuk berkunjung ke restoran yang bersaudara dengannya iaitu My Pizza Lab untuk mencuba pizza mereka. 

Tetapi mereka tidak menyediakan khidmat penghantaran dan hanya terdapat khidmat takeaway buat masa sekarang. Operasi kedai mereka hanya sehingga jam 8 malam. Jadi anda disarankan untuk membuat pesanan lebih awal supaya anda dapat menikmati pizza mereka yang sedap dan menyelerakan. 
 

2. Nero Nero


Jika anda ingin mencuba pizza yang hampir sama seperti yang dibuat oleh orang Itali, anda haruslah berkunjung ke restoran Nero Nero dan restoran Itali yang lain. Nero Nero mempunyai menu kombo khas yang semestinya akan menarik minat anda bermula dengan dua hingga tiga jenis hidangan pasta dan juga pizza dan jangan lupa untuk dapatkan tiramisu khas mereka.

Satu set menu kombo mereka boleh didapatkan untuk dihidangkan kepada dua atau empat orang. Ianya merupakan makanan yang terbaik untuk dinikmati pada hari-hari di mana anda tidak mempunyai kesempatan untuk memasak makanan kepada keluarga anda.  
 

3. Mikey’s Original New York Pizza
 


Jika anda adalah seorang New Yorker di Malaysia, anda disarankan untuk berkunjung ke Mikey’s Original New York Pizza yang terdapat di Mid Valley Megamall. Mereka dikenali sebagai salah satu restoran pizza yang terbaik di KL. mikey’s menawarkan pizza seperti yang terdapat di Itali dan juga Amerika. Harga untuk pizza mereka bermula daripada RM8 hingga RM100 uang lebih murah daripada kebanyakan restoran pizza yang lain.

Mereka juga mempunyai pilihan menu yang mesra vegetarian buat pelanggan vegetarian mereka. Mikey’s juga membenarkan pelanggan mereka untuk Whatsapp, menggunakan aplikasi penghantaran makanan dan juga membuat panggilan bagi membuat pesanan secara atas talian. Dan disebabkan MCO, mereka menyarankan agar semua orang yang membuat pesanan agar mengambilnya daripada restoran mereka.

4. La Risata 
 


La Risata pertama kali ditubuhkan pada tahun 1996 dan semestinya tidak asing lagi buat penduduk tempatan terutamanya apabila berkaitan dengan hidangan Itali. Restoran ini menyajikan masakan Itali yang asli dan sudah semestinya enak yang bermula dari hidangan pasta dan risotto yang murah sehingga pencuci mulut yang enak seperti panna cotta dan cannoli. Dengan menjadi menjadi restoran yang menghidangkan makanan Itali, sudah pizza juga boleh didapatkan disini.

Menu pizza yang terdapat di restoran ini terbahagi kepada dua pilihan, sama ada anda ingin memilih rosso atau bianco yang pada dasarnya bermaksud pizza yang dihiasi dengan sos yang berasaskan tomato atau sos yang tidak berasaskan tomato. Dengan pilihan yang terdiri daripada lebih 15 pizza yang berkualiti, anda semestinya akan mendapat sedikit masalah untuk membuat pilihan. 
 
 

5. Pizza Mansion 


Kedai Pizza Mansion mempunyai gabungan pizza yang lain dari lain, dengan ruang dalaman yang sederhana yang memberikan suasana yang santai. Di dalam, konsep dapur terbuka mereka membolehkan anda duduk sambil menonton cara pizza anda yang enak dibuat bermula daripada doh segar. Anda boleh menjangkakan bahawa akan terdapat ramai orang di sini, tetapi penantian anda dijamin berbaloi.

Menu yang terdapat di sini terdiri daripada beberapa jenis pilihan pizza sederhana, tetapi anda boleh mempercayai yang setiap pizza dibuat dengan baik. Pizza yang paling diminati ramai di sini adalah Big Brunch dan Pineapple Express. 
 

6. Fahrenheit 600
 

Fahrenheit 600 adalah sebuah restoran Barat yang bertempat di Mont Kiara yang sudah lama beroperasi. Mereka terkenal dengan menu dan pizza yang sangat hebat. Sekiranya anda tidak dapat meneka dari mana mereka mendapat namanya, ianya kerana pizza yang mereka hidangkan dipanggang pada suhu yang tinggi iaitu 600 darjah Fahrenheit secara berterusan ianya bagi memastikan pizza mereka dipanggang dengan baik dan juga bagi memperoleh kerak pizza yang lebih rangup.

Dengan pilihan pizza yang terdiri daripada 20 jenis, anda sudah pasti akan membuat pilihan di antara pizza yang paling diminati ramai. Dan antara pizza yang selalu diminta oleh pelanggan mereka adalah Mexico atau Henry The Duck, dan anda sebaiknya memesan pizza yang bersaiz 9 atau 12 inchi. Selain daripada pizza, Fahrenheit 600 juga turut menawarkan pelbagai jenis hidangan yang lain seperti pasta artisan, calzones, hidangan sarapan sepanjang hari, salad, taco dan banyak lagi. 
 
 

Sememangnya Foodpanda menjadi pilihan saya di masa kini, senang dan mudah untuk dapat menu makanan dan minuman yang kita inginkan dan betullah orang cakap Malaysia adalah syurga makanan. Dengan Foodpanda boleh buat pesanan pizza delivery dan makanan boleh tiba sehingga ke depan pintu rumah.

Sangat berbaloi-baloi dan sangat memudahkan urusan kita semua jika tiba-tiba terasa nak makan pizza!  

You May Also Like

36 comments

  1. Sejak akhir-akhir ni saya sangat berkira kalau beli makanan. Saya kalau boleh nak dahulukan peniaga-peniagabdi tepi jalan berbanding kedai / restoran mewah. Tapi sekali sekala bolehlah nak beli beli di kedai atau restoran terkenal. Kalau kita pergi restoran burger terkenal tu, sebiji burger bersamaan 5 biji burger di tepi jalan. Rasanya pun sedap juga. Di tempat saya ni ada orang jual pizza tepi jalan. Sedap rasanya. Ramuan dan bahannya pun tak lokek. Banyak. Tapi tu lah, tekak orang berbeza-beza. saya makan apa saja pun boleh, janji yang boleh diterima tekak saya. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn fairus..tekak masing2 x sama tp jika nk bandingkan yg mewah dna tepi jln msg2 ada keistimewaannya..mujurfood panda kdai tepi jln pun ade dlm senarai 😊😊

      Delete
  2. Banyak juga tempat pesan pizza ya kak, ada my pizza lab, Nero Nero, sampai pizza mansion.😃

    ReplyDelete
  3. PKP ni..boleh la order pizza..meanrik sgt!

    ReplyDelete
  4. wah meneteslah air liur, kak Shida, tampak sedap.. sudah jam makan siang pun.. :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kalau blh amik je dr google.gmbar ni dan mkn..kenyang dah 😂

      Delete
  5. Wah! Nampak sedap-sedap pizzanya. Kalau boleh nak rasa semua hihihiii...tamaknya !

    ReplyDelete
  6. banyak tempat tinggal pilih je kan.. sesekali ubahselera makan pizza sedap juga.

    ReplyDelete
  7. selalu order kat domino's jer

    ReplyDelete
  8. tak pernah dengar nama nama pizza di atas. selalu order dominos je.

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba nanti rangkaian pizza tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan kak jue..pastikn dr food panda ye..

      Delete
  10. Fuhh, pizza-pizza tu menggoda sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan hahaa..tgk tgh mlm mmg berhuhu la..😂

      Delete
  11. Tak pernah dengar lagi pizza pizza ni sebab selalu order dominos ataupun pizza hut je hehehe. Nampak mewah betul pizza ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..mmg mewah2 pn nama restoran pn xtahu kewujudannya 😁😁

      Delete
  12. aduduh sedappnya pizza. maunye kena cari jap lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa dun worry mama..food panda kn ader hehee

      Delete
  13. Sekarang dah banyak pilihan Pizza. Tertarik dengan Pizza mansion dan Fahrenheit 600 tu. Menggoda betul topping Pizza dia.

    ReplyDelete
  14. baa bikin berliur ni shida terus tiba2 sy macam mau makan pizza ba kono aishh

    ReplyDelete
  15. waduhhhh semuanya sedap... rindu nk mkn pizza kat resto smbl borak2😊

    ReplyDelete
  16. Sedapnya pizza.. sesekali tukar menu syok juga kan Shida..

    ReplyDelete
  17. Mesti piza rasa asli Itali. Artisan.

    ReplyDelete
  18. Tak pernah lagi cuba semua yang dalam list tu. Lama juga dah tak layan pizza. Best juga sesekali tukar selera

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.