Kisah Seram Di Asrama - Part 2

by - 00:00:00

Kisah Seram Di Asrama - Part 2 | Kisah seram ini kesinambungan part 1, kalau korang dah baca part 1 mungkin akan lebih faham untuk penceritaan part 2 ini. Berbalik kepada kisah yang shida nak kongsikan ini, ia berlaku sekali lagi semasa tahun 2002. Shida ingat lagi korang, masa tu pada hari sabtu sekolah shida mengadakan hari Sukan Sekolah 2002 dan penglibatan pula kesemua pelajar sekolah termasuk pelajar asrama.

Baca juga : Kisah Seram Di Asrama Part 1

Seusai tamatnya hari sukan sekolah tersebut lebih kurang jam 4 petang juga habis acaranya. Shida yakin waktu tu kami pelajar asrama dan warden asrama pasti letih dengan penglibatan dalam beberapa acara tambahan lagi shida dan kawan-kawan. Shida saja 4 acara shida masuk tau antaranya lompat jauh, 4x100 meter (rumah + kelas) dan rejam lembing. Balik saja di asrama memang kiok korang! lepas mandi terus terlentang almaklumla hari sabtu kan jika di asrama sabtu dan ahad adalah aktiviti bebas pelajar asrama.

Boleh dikatakan waktu malam ramai pelajar yang tidur awal, ada juga yang menonton televisyen, buat study group tapi tepat jam 11 malam memang semua kena berada di dalam dorm masing-masing, lampu pun dah kena tutup masa tu. So malam tu asrama memang sunyi awal lah memasing penat disebabkan hari sukan sekoalh pagi tadi.

Apa yang menyeramkan keesokkan paginya Sekali lagi asrama kami kena pecah masuk korang! esok pagi dua dorm iaitu dorm shida dan dorm aras atas bahagian hujung sekali kena pecah masuk. Kebetulan masa tu juga kesemua pelajar tersedar awal, rasanya paling awal semua tersedar jam 7 pagi disebabkan kekecohan dari dorm atas. Keadaan dalam dorm yang bersepah pintu lokar semua terbuka baju-baju dikeluarkan seolah mencari sesuatu.

Warden asrama naik ke atas, setelah dipanggil oleh ketua dorm, cikgu naik dan check semua bilik-bilik, memang dua dorm dar Blog A sahaja yang kena. Jadi pelajar diminta semua berkumpul ke dalam dewan dan warden asrama memanggil pengetua sekolah dan pegawai polis dan bermulalah siasatan. Pelajar yang mana dorm nya diceroboh diminta naik ke dalam dorm masing-masing dan tengok-tengok barang apa yang hilang tanpa ubah kedudukan barang. Alhamdulillah barang shida tiada yang hilang, cuma kakak dorm shida ada hilang duit dan hanset.

 


Setelah selesai, turun balik dalam dewan dan kami pelajar-pelajar asrama bergosip sesama kami. Kakak yang dorm atas tu kata, dompet dia jumpa dalam tong sampah luar kat tandas habis dikoyaknya dompet tu tetapi yang peliknya kan kad-kad nama dalam dompet kak tu dia susun atas katil kosong hujung dekat pintu tu. Tapi yang peliknya dia susun kad kad tu seperti kipas tangan tau, kakak tu punya takut dia amik kad terus buang dalam tong sampah sebab tu dia boleh jumpa dompet dia dalam tong sampah pula.

Pasal kad disusun seperti kipas tu memang misteri sampai dah berbulan-bulan pun tak tahu apa yang berlaku dan apa yang diorang cari sebenarnya dalam asrama kami ini. Spekulasi dan andai-andai banyak juga yang shida dan kawan-kawan lain dengar, ada yang kata orang warga asing yang pecah masuk guna ilmu hitam, ada juga yang kata berkaitan dengan pak guard yang jaga asrama ni. Tak tahu lah mana satu yang betul, ia masih misteri. Okay part 2 habis sampai sini tapi kan ada sambungan part 3 tau nanti shida karang lagi.

You May Also Like

26 Jari Ohsem

  1. Saya ada kisah juga di muzium. Tapi takpelah, taknak cerita, nanti orang takut masuk ke muzium pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun fairus,fikir byk kali nk up entri ini..jd decide utk hide nama sekolah saya dulu ^_^

      Delete
  2. werhhhhh, eca jadik seram baca ne. tanak jadi wardennnnn lah gni. serammm sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram kan..bygkan masa tu shida baru F3 masa tu..tak cerita pn kat mak sbb takut mak tukar sekolah..shida syg sekolah tu..duk asrama best!

      Delete
  3. Replies
    1. mmg menyeramkan semasa kejadian..semua panik dan takut..

      Delete
  4. Tak jadi lah gi muzium... Sebab baca komen Fairuz! heheheh

    ReplyDelete
  5. Seramnyaa kalau betul yang warga asing pakai ilmu hitam tu >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtahu lah berahsia smpai skg pun xtahu..selesainya mcm mana..tp dh jd kes polis..

      Delete
  6. alamak kisah seram kat asrama ni mmg slalu kita dgr kan..
    nasib masa dok asrama dl, tak pernah lagi dgr atau alami mende2 misteri ni..
    minta dijauhkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap asrama mmg ade kisah2 tersendiri..pndai simpan mmg xtahu lah kan kakret :)

      Delete
  7. shida.. yang ni sy skip ya haha penakut jenis yg terbawa ke reality ni hehehe

    ReplyDelete
  8. tak boleh baca..memalam..seram pulak..tetibe teringat pintu dapur tgkap dah kunci belum..

    ReplyDelete
  9. Ini macam misteri tidak tahu orang atau makhluk halus yang buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul NA..smpai skg pun xtahu kebenarannya,tp dah jd kes polis..

      Delete
  10. Cerita ni sama macam asrama fiza dulu Shida. Memang ada orang pecah masuk. tak ada apa yang hilang. masih tak tahu siapa yang masuk. ada jugak dengar cerita orang amalkan ilmu tu. Ini memang terjadi kat semua asrama perempuan ke macamana. Memang cuak dan seram gila lah bila jadi macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fiza, asrama shida mmg asrama semua perempuan..pernah dgr dorg ni pengamal ilmu salah..konon salah satu ujian kena pecah msk asrama perempuan..utk kebal..entah mcm tah shida pn lupa dah citer dia..

      Delete
  11. Uish.. Seram.. siap susun jadi kipas..

    ReplyDelete
  12. wah, seramnya kak.. mesti was-was bila hendak tidur..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.