Kisah seram yang berlaku kadang kala secara tidak sengaja, terancang dan berperingkat. Kadang-kadang rasa seperti ada dalang disebalik semua kejadian yang berlaku. Sehingga sekarang cerita yang shida dengar sehingga sekarang pun masih ada cerita yang sama cuma bila dah disampaikan mulut ke mulut dia dah jadi lain sikit tapi watak utama dia tetap sama.
Mungkin ada yang ingin membaca :
Kisah Seram Di Asrama Part Satu & Part Dua
Jika korang yang dah follow cerita kisah seram yang shida sampaikan dalam part satu dan dua ni mungkin boleh faham kesinambungan untuk part 3 ini dan cerita untuk part ini adalah yang terakhir dah tak ada untuk yang ke empat dan seterusnya ya. Bermula sekali lagi kes pencerobohan di asrama shida kalini lebih extreme. Sejak dari kes part satu dan dua kami semua pelajar diberi motivasi diri, lawan perasaan takut, kitorang juga diberi setiap dorm dua kayu hoki dan setiap orang mempunyai wisel ditepi katil.
Masa tahun kejadian ini shida duduk di dorm Blok B, tahun sebelumnya shida duduk di dorm Blok A. Nak dijadikan cerita tak silap masa berlakunya pencerobohan kali ke 3 ini masa ni dah masuk semester ke dua kejadian lebih kurang bulan ogos. Masa tu shida ingat lagi korang, pada malam tu jam pukul 12 lebih pagi shida dan sorang kawan rasanya kami berdua adalah orang yang terakhir berada di bilik prep dan terus naik bilik dorm kami di tingkat tiga, bangunan kami hanya ada 3 tingkat sahaja dan bilik prep berada di tingkat bawah aras pertama.
Kejadian berlaku sekali lagi tapi kali ni dia hanya masuk dorm shida sahaja, masa tu memang tak sedar langsung dan shida yakin shida orang terakhir yang masuk bilik dan kunci semua pintu. Tapi bilik kami yang aras paling atas sekali yang dipilih untuk diceroboh. Dah la shida punya katil ditepi pintu saja, masa tu shida terjaga dari tidur sebab terdengar sautan-sautan wisel bila terjaga rupanya dorm shida dah kena pecah masuk. Junior shida orang pertama yang meniup wisel sehingga bersahut-sahutan ke dorm sebelah sehingga ke kedengaran disahut bunyi wisel sehingga ke Blok A.
Paling malang sekali junior shida dah menangis teresak-esak rupa-rupanya junior shida dah pun ternampak orang masuk ke bilik kami. Penceroboh itu telah cuba menggunting baju junior shida dah sampai ke bahagian dada akhirnya junior shida tersedar dan nampak dia. Penceroboh tu terus keluar dari bilik terus junior shida meniup wisel sehingga kami semua datu dorm jaga dan bunyi wisel bersahutan kedengaran.
Masa ni memang trauma gila,senior shida (ketua dorm) keluar dan dapatkan bantuan dari warden. Selang beberapa puluh minit warden sampai dan masuk ke dorm kami. Tahu tak korang, masa kekecohan berlaku kami semua tak sedar pun yang sebenarnya locker-locker kami bersepah-sepah tetapi kali ni dengan cara dia hanya membuka locker yang ganjil sahaja.
Shida pelik locker shida bernombor genap kunci siap ada ditombol locker tapi dia tak usik pun tapi locker kawan shida sebelah shida kena geledah habis, tak ada yang hilang cuma duit dan beberapa barang berharga tapi pelik locker kawan shida kan dia siap rajin susun pantis dan bra selang seli dalam locker tu, sangat-sangat pelik. Jadi pagi tu kitorang satu dorm mana yang kuat boleh ke sekolah esoknya, mana yang tak kuat tu boleh duduk dalam surau untuk berehat.
Pagi lebih kurang beberapa jam polis pun sampai, pengetua pun sampai. Junior shida yang kena gunting baju tu di bawa ke bilik rehat bersama beberapa pegawai polis dan warden untuk disoal siasat. Parent junior shida tu pun sampai selang beberapa jam, korang tahu junior shida trauma dan dia dapat balik ke rumah untuk berehat tapi malang sekali kami dapat perkhabaran dia pindah sekolah, tapi masih tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Setelah beberapa tahun kejadian pencerobohan berlaku, kami semua pelajar asrama bertekad taknak takut lagi dengan pencerobohan yang berlaku. Kitorang buat rombakan bilik, dimana setiap dorm akan ada beberapa pelajar sukan dimana selalu dipandang kuat dari biasa selalunya hahaaa. Shida antara pelajar sukan sekolah ini. So kitorang ni yang selalu bagi kata-kata semangat katsemua pelajar asrama.
Sangat mengejutkan selang sebulan, penceroboh datang lagi masuk ke asrama kami tapi kalini rasanya penceroboh yang lain sebab dia masuk awal time kami prep, masuk melalui pagar hujung padang. Kawan shida ternampak keberadaan dia semasa nak ke tandas. Semasa kejadian ceroboh ni wisel ni dah jadi satu alat wajib yang harus dibawa kemana-mana. Masa ternampak kelibat orang masuk kawan shida meniup sekuat hati dan kami keluar melihat dan siap mengejar penceroboh tersebut.
Kalau korang dengar mesti tak percaya kan, tapi memang betul kitorang pelajar asrama time tu dah sebulat suara, jika dapat memang nak katok kepala sekor-sekor. Masa kejadian mengejar lelaki si penceroboh tersebut kakak senior lari panggil pak guard dan warden. Warden telah menalifon polis dan polis datang membuat rondaan. Setakat ini memang takde apa-apa penangkapan yang berlaku, setelah mendapat spirit macam ni, dah tak ada pencerobohan berlaku sehingga sekarang.
Sedar tak sedar, pengalaman dan cerita ini dah masuk 20 tahun dah, sehingga sekarang shida masih ingat kisah-kisah dan pengalaman yang tak dapat dilupakan ini. Ini adalah cerita benar dan dari pengalaman sendiri, dimana Kisah Seram Di Asrama berlaku dan perkara yang selalu menjadikan para pelajar takut dan trauma.





