Stress Dengan Robot Dan Recaptcha Dari Google

by - 10:00:00

Stress Dengan Robot Dan Recaptcha Dari Google | Shida yakin korang semua yang aktif dalam blog mesti alami masalah yang sama kan? Bila nak komen blog kawan-kawan mana yang kaki komen tu mesti struggle gila jika keluar recaptcha macam ni. Mulanya dia keluar dulu I'm not a robot, bila dah lama-lama dia minta teka-teka gambar pula, dah teka betul pun masih salah, memang stress!

Yang paling stress kan bila kita dah teka gambar yang betul contoh dia kata trafic light tapi maish salah, salah dan salah akhir nya terus tutup malas komen. Lagi satu pernah tak korang alamai situasi yang ini : di mana bila korang komen kan, dah type panjang-panjang bila nak publish dia hilang.

Shida kalau kena part ini memang stress gila, mana taknya penat type panjang-panjang lepas tu hilang. Masa tu memang menguji kesabaran sungguh, korang! Dari ada mood langsung hilang mood nak blogwalking. Punya refresh banyak kali pun kejadiannya tetap sama.

Mengapa reCAPTCHA dari google dibina?

Dari apa yang shida baca, recaptcha melindungi laman web atau blog kita dari penipuan dan penyalahgunaan. Recaptcha menggunakan mesin analisis risiko lanjutan dan cabaran adaptif untuk mengelakkan perisian berniat jahatmelakukan aktiviti yang menyalahgunakan laman web atau blog kita.

Selain itu, pengguna yang sah akan dapat masuk ke dalam laman web atau blog kita, membuat pembelian (sekiranya blog shop), melihat halaman atau membuat akaun dan pengguna palsu akan disekat oleh google. Recaptcha telah berada lebih sedekad di barisan depan "mitigasi bot" dan secara aktif melindungi data untuk rangkaian lebih dari 4 juta laman web.

Dengan pengesanan penipuan tanpa gesekan yang menghentikan bot dan serangan automatik lain sambil meluluskan pengguna yang sah. Biasanya antara kes-kes penggunaan dalam mengesan spam atau penyalahgunaan dalam laman web atau blog seperti :

  • Scraping : Kecurian kandungan untuk pengalihan pendapatan iklan atau pengunaan yang kompetitif.
  • Transaksi Penipuan :  Pembelian barang atau hadiah dengan menggunakan kad kredit yang dicuri.
  • Pengambilalihan Akaun : Pemadatan bukti untuk mengesahkan akaun yang dicuri.
  • Akaun Sintetik : Pembuatan akaun baru untuk nilai promosi atau penyalahgunaan masa depan.
  • Flase Posts : Menyiarkan pautan berbahaya atau penyebaran maklumat yang salah.
  • Money Laundering : Bot menjana pendapatan klik iklan di laman web penipuan.

Jadi dengan penjelasan di atas kita kena jugalah akur dengan sistem yang dibuat untuk keselamatan laman web atau blog kita. Shida akui juga memang shida suka komen banyak-banyak dalam blog yang shida singgah sebab taknak terlepas apa-apa info atau cerita yang dikongsikan lagi-lagi blog dalam BLOGLISTED! shida ni. Jadi komen terlalu banyak dan kerap juga ia dikesan sama seperti multi clicking so tak hairanlah kalau keluar si robot dan si recaptcha ni setiap kali nak komen dalam blog.

Walau bagaimanapun shida tetap terjah dan komen walaupun terkena juga si robot dan si recaptcha. Takpe korang  shida bukan spam link bukan-bukan tau tapi shida spam komen untuk memeriahkan blog korang dengan kehadiran komen-komen dari shida ni. Kalau dapat korang dapat komen dari shida mesti korang suka kan, cuma pergerakan jadi perlahan disebabkan hal ini sabar jelah!

 

You May Also Like

57 comments

  1. kadang rasa pening juga dengan robot dan recaptcha ni Shida. Lagi sedih dah klik betul ni, eh muncul lagi pic yang baharu kadang tiga empat kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua hadapi perkara yg sama pc huhuu. Akur jerlah!

      Delete
  2. I feel u sis… mmg tak suke bende2 mcm ni. Yg komen hilang x publish tu lg stress… hilang mood nak komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang mood hahaa sama..i feel u bro 🀣🀣

      Delete
  3. Selalu jugak kena yang taip beria, klik publish..eh hilang!
    Biasa cuba 2x je, pastu dah..tinggal jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 jgn diblog saya kak ujie heheee di blog saya kena stay smpai boleh tau!

      Delete
  4. Kalau klik I'm not robot tu okay lagi bagi Syu. Tapi kalau yang kena klik lampu isyarat poko semua tu paling Syu tak sukaπŸ˜‚. BTW kak, Syu nak jemput akak join bersegmen dengan Syu untuk pencarian bloglist πŸ‘‰πŸΌhttps://syuderis.blogspot.com/2021/06/segmen-pencarian-bloglist-syu-deris.html
    Harap akak sudilahπŸ˜‰.

    ReplyDelete
  5. Aduhhh.. betullah. Saya pun kena.. Susah betul.

    ReplyDelete
  6. betul tu
    blog akak kalau nak komen kena tak cam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia takde kaitan blog kita kak..melainkn mmg kit setting mcm tu..biasa yg kena ni yg rajin komen je kak 😊

      Delete
  7. Selaluuuuuuuuuuu terjadi! Bila dah banyak sangat komen di blog dalam satu masa, dia akan jadi macam ni, kalau sekadar click i am not robot tu boleh tahan lagi lah, part suruh pilih gambar tu ya Allah annoying jugaklah hahaha. Pilih 3 gambar okey lagi lah, ini pilih yang banyakk gambar. Yang part hilang tuu punn selalu jugakkk terjadi! Kadang kadang, saya copy siap siap apa yang saya komen hahaha. Nanti hilang, paste je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ade geng..ape yg terjd kat AN..jd kt kak shida juga huwaaa

      Delete
  8. pelik juga sebab hari ni yang paling kerap mintak. moga data terselamat dari disalah guna...kita ni kadang tak nampak lah benda apa tu

    ReplyDelete
  9. As pun kadang-kadang keluar macam ni... Dah teka pun kena teka lagi. Hihi..

    ReplyDelete
  10. hahaha betul tu shida...
    k ret pernah up isu ni juga...
    n selalu sgt kena kan, dh taip panjang2 pastu hilang, mmg hilang mood nk blogwalking n tgl jejak...

    kadang tu k ret msk blog2 korang ni baca je, mls nk komen.. sebab salah satu nya kes mcm ni la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..tp tula..shida pun gagah juga ni komen komen..

      Delete
  11. ye, memang menyampah kalau dia dah start keluar. I'm not a robot tu okay lagi lah. Nak tick tick gambar tu leceh betul. Layan je kadang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq fiza sudi singgah..kena robot x harini hehee

      Delete
  12. tak suka!
    sekali ok lagi. kalau lebih 2 kali, bosan :(
    lelebih kalau bw dgn phone hu hu hu hu...

    ReplyDelete
  13. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Bila dia muncul, terus malas nak blogwalking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 takpa..mcm shida mcm hari2..dia bg peluang xde sekejap je kak Amie huhuu

      Delete
  14. kalau susah2 gini terus hilang mood nak komen..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn hilang terus pula rabia..susah nk jmpa rabia nnt heheee

      Delete
  15. Ada di mana-mana recaptcha ni. Nak register vaksin AZ hari tu pun muncul. Elok dok klik klik gambar, tarikh penuh. Geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai..yg tu mmg panass la citer dia sal 😌

      Delete
  16. Wak kadang2 degil juga
    sengaja thik yang salah
    Lama2 dia boring juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheee mmg style la wak..skali2 kena kn dia blk ekeke 🀣

      Delete
  17. hahaha dulu selalu jugak la kena hadap recaptcha ni sebab banyak sangat komen. limit dia 40 ke 50 macam tu sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa jenuh kita komen sehari2 mau ratus2 cehhhh hahaaa πŸ˜‚πŸ˜

      Delete
  18. haaa.. reCaptcha ini nih.. lelah sangat kalo dia sudah muncul.. Hahahaha apalagi dia muncul tak hanya sekali dua kali, tapi berkali2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naia juga geng kaki komen jugak..jgn lelah bawa bersabar..terus komentar yaa 😁😁

      Delete
  19. Saya memang tak suka. Menyusahkan sebenarnya. πŸ˜‚

    ReplyDelete
  20. hahaha feel u shida. kdg tu kalau malas betul suda sy stop blogwalking.. tunggu sehari dua baru bw balik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini satu tips juga..tq itah 😁😁

      Delete
  21. sy kalu gn pc ok lg. kalu gn hp maaf laa sy tutup trs kalu mende alah ni adaπŸ˜†

    ReplyDelete
  22. sabor jelah kak..biasa yanie guna crome masih ok

    ReplyDelete
  23. Bila kita dah banyak blogwalking, recaptcha dan iamnotarobot tu akan keluar. HEhe.. pernah juga alami dulu, type panjang, lepas tu komen kita tak di-publish. Siap copy dulu, pastu submit, sebagai back-up kot hilang komen. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kak shida pn buat perkara yg sama hehee 😁😁

      Delete
  24. Daku faham perasaan itu.. Selalu kena bila inggalkan banyak komen dekat blog kawan-kawan.. selalunya Sha gigihkan juga.. Hahaha.. kalau bengang dengan recaptcha ini Sha stop komen sehari.. esoknya dia okay dah.. kadang tak jadi juga.. Rasa macam nak kuntau je google.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuntau ye sha heheee jom ramai buat hahaaa 🀣🀣

      Delete
  25. Tunggu hilang baru komen semula.

    ReplyDelete
  26. 2minggu lepas ada kena. naik stress dibuatnya.haha

    ReplyDelete
  27. Cik TK pun ada juga beberapa kali kena. Hilang mood terus dibuatnya. Huhuuuuu

    ReplyDelete
  28. Samaa.... tapi masa tu fikir ada isu dengan reading list page haritu .. huhu.. Selalunya kalau dah gitu, sy copy sesiap komen tu...agar tak stress kalau tetiba hilang... atau tetiba line slow nak mamppp..Huhu..

    ReplyDelete
  29. Kalau mood baik, boleh layan lagi..tapi lelama mood pun bertuko..hahahah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.