Stress Dengan Robot Dan Recaptcha Dari Google | Shida yakin korang semua yang aktif dalam blog mesti alami masalah yang sama kan? Bila nak komen blog kawan-kawan mana yang kaki komen tu mesti struggle gila jika keluar recaptcha macam ni. Mulanya dia keluar dulu I'm not a robot, bila dah lama-lama dia minta teka-teka gambar pula, dah teka betul pun masih salah, memang stress!
Yang paling stress kan bila kita dah teka gambar yang betul contoh dia kata trafic light tapi maish salah, salah dan salah akhir nya terus tutup malas komen. Lagi satu pernah tak korang alamai situasi yang ini : di mana bila korang komen kan, dah type panjang-panjang bila nak publish dia hilang.
Shida kalau kena part ini memang stress gila, mana taknya penat type panjang-panjang lepas tu hilang. Masa tu memang menguji kesabaran sungguh, korang! Dari ada mood langsung hilang mood nak blogwalking. Punya refresh banyak kali pun kejadiannya tetap sama.
Mengapa reCAPTCHA dari google dibina?
Dari apa yang shida baca, recaptcha melindungi laman web atau blog kita dari penipuan dan penyalahgunaan. Recaptcha menggunakan mesin analisis risiko lanjutan dan cabaran adaptif untuk mengelakkan perisian berniat jahatmelakukan aktiviti yang menyalahgunakan laman web atau blog kita.
Selain itu, pengguna yang sah akan dapat masuk ke dalam laman web atau blog kita, membuat pembelian (sekiranya blog shop), melihat halaman atau membuat akaun dan pengguna palsu akan disekat oleh google. Recaptcha telah berada lebih sedekad di barisan depan "mitigasi bot" dan secara aktif melindungi data untuk rangkaian lebih dari 4 juta laman web.
Dengan pengesanan penipuan tanpa gesekan yang menghentikan bot dan serangan automatik lain sambil meluluskan pengguna yang sah. Biasanya antara kes-kes penggunaan dalam mengesan spam atau penyalahgunaan dalam laman web atau blog seperti :
- Scraping : Kecurian kandungan untuk pengalihan pendapatan iklan atau pengunaan yang kompetitif.
- Transaksi Penipuan : Pembelian barang atau hadiah dengan menggunakan kad kredit yang dicuri.
- Pengambilalihan Akaun : Pemadatan bukti untuk mengesahkan akaun yang dicuri.
- Akaun Sintetik : Pembuatan akaun baru untuk nilai promosi atau penyalahgunaan masa depan.
- Flase Posts : Menyiarkan pautan berbahaya atau penyebaran maklumat yang salah.
- Money Laundering : Bot menjana pendapatan klik iklan di laman web penipuan.
Jadi dengan penjelasan di atas kita kena jugalah akur dengan sistem yang dibuat untuk keselamatan laman web atau blog kita. Shida akui juga memang shida suka komen banyak-banyak dalam blog yang shida singgah sebab taknak terlepas apa-apa info atau cerita yang dikongsikan lagi-lagi blog dalam BLOGLISTED! shida ni. Jadi komen terlalu banyak dan kerap juga ia dikesan sama seperti multi clicking so tak hairanlah kalau keluar si robot dan si recaptcha ni setiap kali nak komen dalam blog.
Walau bagaimanapun shida tetap terjah dan komen walaupun terkena juga si robot dan si recaptcha. Takpe korang shida bukan spam link bukan-bukan tau tapi shida spam komen untuk memeriahkan blog korang dengan kehadiran komen-komen dari shida ni. Kalau dapat korang dapat komen dari shida mesti korang suka kan, cuma pergerakan jadi perlahan disebabkan hal ini sabar jelah!





