AdSense Sudah Kembali

by - 10:00:00

AdSense Sudah Kembali | Alhamdulillah hari ni shida dah terima email dari Google AdSense. Masa timbul notifikasi dari email terus shida buka tengok-tengok dari GA, dalam hati tak habis-habis ucap Alhamdulillah! satu perkara yang buat shida rasa amat lega sekali.

Korang pun tahu shida punya bersusah payah nak lulus adsense tapi bila kena sekali macam ni rasa serik dan takut. Walau apa pun shida bertawakal jelah jika berlaku sekali lagi dan di banned serta merta. 

So jika korang nak klik tu biarlah betul-betul nak tahu tentang isi kandungan pada iklan jika tak ada keperluan tak perlulah klik ya. GA dapat mengesan aktiviti-aktiviti multi clicking ni, jika dapat ditangkap habis!

Terima kasih semua, kawan-kawan blogger dan pembaca blog yang sering kali bertandang ke blog shida walaupun shida belum sempat lagi nak membalas kunjungan, baru dapat beberapa blog yang shida singgah sehingga harini. 

Untuk PV setakat harini alhamdulillah dapat 2 ke 3k, sebelum ni rasa susah je nak dapat sehari macam tu, 1k pun dah rasa seronok ini kan 2 3k kan. Earnings Ads pun dah mula berubah-ubah, Alhamdulillah.

Bukan senang nak senang orang kata, shida nak lulus adsense pun macam-macam shida tempuh dan korban. Tak apa kita bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian ye dak? Mana tahu hari tak ada, esok lusa berganda-ganda dia bagi. 

Sama-samalah kita menjana  income dengan cara berhemah dan telus, semoga baik-baik saja lepas ni. Fokus pada yang lebih tepat dan padat mengikuti saranan pakar-pakar adsense kita. Shida pun masih newbie dan banyak lagi perlu belajar dan akan terus belajar.

 

You May Also Like

29 comments

  1. Alhamdulillah

    Bestnyaa ain pun nak try register goole adsense juga lah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..semoga semua baik- baik aje lepas ni...kalau kita sendiri terklik pun kita risau kan...terklik dia tolak income kita skit...susah nanti...risau kena banned je...harap- harap xde la anasir- anasir dengki yang cuba klik..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah.. Tahniah shida.. Insyallah semoga lps ni dah takde mslh lagi la kan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dah kembali..semoga terus maju jaya..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. semoga dimurahkan rezeki kak shida :)

    ReplyDelete
  6. Lepas ni Masyuuuukkkk la.....

    ReplyDelete
  7. Semoga dapat earning yang banyak, Shida. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Semoga earning Shida bertambah lagi lepas ni

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah dapat balik. Risau betul jadi macam ni. GA ni sensitive dan strict betul. Lega dah dapat semula. Betul Shida, dahlah susah nak dapat. jadi macam ni memang down sikit. Semoga lepas ni tak berlaku lagi. Semoga lebat juga adsense Shida. Aaminnn...

    ReplyDelete
  10. Haah sudah nampak banyak iklan menari-nari dalam blog Shida.
    Selamat menuai hasil.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Tahniah Shida.. :) PV makin mantap la... :)

    ReplyDelete
  12. MasyaAllah. Alhamdulillah. PC pun happy bila Shida happy.

    ReplyDelete
  13. Betul bila jd mcm ni gundah gulana hati

    ReplyDelete
  14. Buat macam mana tu? Saya punya adsense hilang bila saya tukar domain baru. Bila nak apply semula dia kata tak layak lagi.. Aduh.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulllah
    Semoga dapat menjana pendapatan tambahan

    ReplyDelete
  16. Tahniah kak, lepas ni boleh menjana income sampingan pula.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah dah kembali semula. Semoga tak berlaku dahhh lepas ni, penat tau nak lulus adsense ni :')

    ReplyDelete
  18. Tahniah kak… saya x reti pasal adsense ni…

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.
    Terus hasilkan entri dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
  20. tahniah shida.. adsense dah say babai dgn mama.. keep it up blog shida

    ReplyDelete
  21. wah... seronoknya.. semoga masyuk dan lebat lepas ni shida

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah... tumpang gembira👍

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah.. Tahniah Shida..

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah... Semoga dapat jana banyak pendapatan lepas ni!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.