Alhamdulillah lega rasanya Surat Dari Google AdSense - Personal Identification Number (PIN) dah selamat sampai ke tangan shida. Berakhirlah penantian yang ditunggu selama dua minggu lebih. Mungkin sebagai new user seperti shida ni berharap yang baik-baik sebelum menerima surat ini.
Apa maklumat yang ada dalam surat dari google adsense ni? Apa yang shida tahu dalam surat ni mempunyai pin rahsia dimana perlu kita masukkan number pin tersebut dan verify acc adsense kita. Sebenarnya shida pun belum buat lagi ini dari apa yang shida baca.
Bagaimana nak dapat number pin dari google adsense ni? kita akan dapat number pin ini setelah earn kita dalam adsense mencapai 10usd secara automatik pihak google adsense akan memberi notis pengeposan melalui email yang didaftar ataupun di dalam acc adsense.
Sebagai new user adsense, nak mencapai 10usd bukan mudah ya! terkena pula penalty macam shida nak tunggu pula 30 hari disebabkan suspend account memang agak lama bagi shida. Kalau ikutkan dalam sebulan dua dah boleh capai 10usd.
Tempoh surat pula, akan sampai kepada kita dalam tempoh 2 ke 4 minggu sahaja. Macam shida sendiri hanya 2 minggu lebih sahaja dah sampai dengan selamat lega. Tempoh verify pula diberi selama 4 bulan bermula dari tarikh penghantaran pin tersebut.
Sekiranya gagal verify (lebih 4 bulan) iklan akan dihentikan dalam blog korang, so korang take noted ya mana masih newbie tu. Sekiranya selepas sebulan surat tak sampai korang boleh request lagi untuk penghantaran semula dari google adsense ya.
Shida rasa berdebar bila dah dapat surat ni, blur sekejap hahaa. Moga dipermudahkan urusan shida bersama google adsense selepas ini. Ramai yang mendoakan untuk shida, terima kasih semua ya 💋












