Tips Berpuasa Di Bulan Ramadhan | Dalam menjalani ibadah berpuasa selama sebulan ini, mampukah kita menjalani dengan penuh kenikmatan dan kesyukuran. Ingat ya! bulan puasa ini adalah untuk kita belajar menginsafi, belajar berjimat-cermat dan juga belajar bersyukur, dalam erti kata melatih diri dari bersederhana dalam segala segi.
Syukur sangat! hari puasa pertama shida dapat menjalani ibadah dengan cukup sempurna kerana puasa pertama jatuhnya pada hari shida cuti iaitu hari selasa bersamaan 1 Ramadhan. Disebabkan cuti, husben dah pun request untuk sahur nanti nak makan apa. Disebabkan husben bekerja pada awal pagi maka sahur nanti kena masak nasi dan lauk.
Di bulan puasa kita kena tahu cara kita mengawal perbelanjaan, pemakanan dan kesihatan. Ini ada beberapa tips yang boleh korang jadikan panduan ketika berpuasa di bulan ramadhan. Semoga kita sama-sama dapat menikmati keindahan berpuasa.
Minum Air Kosong
Banyakkan minum air terutama air kosong ia membantu dalam proses nyahtoksin (detoxification) atau pembuangan toksin yang terkumpul semasa berpuasa. Mulakan dengan pengambilan segelas air mineral atau air kosong sebelum mengambil apa-apa hidangan.
Bersahur dengan Makanan yang Berkhasiat
Makanlah makanan yang berkhasiat secara sederhana tetapi mencukupi supaya dapat memberi tenaga untuk bekerja sepanjang hari. Anda disarankan memakan sayur-sayuran ketika bersahur kerana ia dapat melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan rasa lapar dan juga baik untuk kesihatan anda.
Buah Kurma bukan sahaja penuh dengan sumber tenaga, vitamin, mineral malah dapat membantu mengelakkan sembelit. Buah kurma merupakan makanan yang digalakan untuk berbuka puasa. Selain itu, buah kurma juga akan membuat perut terasa kenyang dengan lebih cepat. Oleh itu, kita dapat mengawal dan mengelak memakan secara berlebihan ketika berbuka puasa.
Tidur yang Cukup
Tidur yang cukup adalah amat penting. Pilih menu yang dapat disediakan dengan lebih cepat dan sihat misalnya oatmeal, susu dan buah. Proses untuk menyiapkannya sanagt mudah, ia akan membantu anda menjimatkan masa dan memperolehi masa tidur yang mencukupi semasa berpuasa. Gangguan dan kurang masa tidur juga akan menjejaskan kesihatan anda.
Lewatkan Makan Makanan Berat
Lewatkan memakan makanan berat iaitu selepas solat maghrib. Berbuka puasa dengan terus memakan makan berat hakikatnya menyebabkan seseorang itu makan secara berlebihan. Dengan berbuka secara ringkas anda akan merasa kenyang dan kurang mengambil makanan berat selepas solat maghrib.
Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan ketika bersahur kerana ia membantu anda mudah lawas, membekalkan air secara semula jadi dan mencukup nutrisi yang kita perlukan sepanjang hari untuk kesihatan yang optima.
Elakkan Minum Minuman Berkafein
Kafein merupakan sejenis deuritik, Deuritik mengurangkan kadar air dalam badan dengan menggalakkan pengeluran air kencing. Kehilangan air yang terlalu cepat boleh mengakibatkan penyahidratan dan menyebabkan anda mudah terasa lapar.
Semasa berpuasa, minuman berkafein seperti teh, kopi, coklat dan soda adalah amat tidak digalakkan sama sekali. Elakkan meminum teh ketika bersahur kerana ia menggalakkan pengeluaran air dalam badan dan anda akan berasa cepat haus dan lesu sepanjang hari. Air yang sesuai diminum ketika bersahur adalah air kosong atau pun susu.










