3 Top Referral - Giveaway Raya Bersama SRB

by - 11:44:00

 

3 Top Referral - Giveaway Raya Bersama SRB | Alhamdulillah, hari ni shida diberi kesempatan untuk update lagi entri baru sempena bulan baru ini. Dah masuk hari ke empat shida baru update dua entri sahaja aduhai sedih tengoknya. Maaf lah shida kekangan masa sikit tapi hari ni 90% kerja dah siap, boleh tarik nafas lega sikit. Inshaa Allah dah boleh mulai fokus pada blog.

Untuk hari ni shida nak update kat korang yang jon Giveaway Raya Bersama Shida Radzauan Blog ini, giveaway masih berjalan ya. Baki masih lagi tinggal 6 hari sahaja lagi dan kesemua hadiah dah ready pada tangan shida untuk dibungkus dan dikirimkan kepada pemenang-pemenang bertuah shida nanti kecuali untuk 2 pemenang cetak kad raya 10pcs tu kena tunggu dulu pemenang baru shida cetak kad tu dan pos ya.

 

Ini adalah TOP 3 REFERRAL setakat hari ini, blog yang teratas top 3 namanya adalah Blogger Cuya, Blogger Nadyya dan Blogger Atiqah. Tahniah kepada mereka bertiga kerana mencapai 3 Top Referral blog shida, masih ada nama-nama blog yang lain juga dalam top 10. Korang masih boleh terus usaha share dan share artikel giveaway korang tu untuk terus berada yang teratas okay.

Baca juga : Tips nak jadi Top Referral dalam GA, Contest atau Segmen

Sumber sepenuhnya shida ambil dari Analytics Google www.shidaradzuan.com bertarikh bermula 21 Mac 2021 sehingga hari ini 4 April 2021. Shida ada kotakkan semua maklumat untuk lebih sahih dan telus ya. Agaknya siapa yang bakal menerima Duit Raya Cash RM50 tu ya, kita tungguuu nanti.

Shida ingat nanti nak buat "teaser" hadiah-hadiah yang bakal dimiliki oleh 10 pemenang bertuah nanti. Oh ya! sebelum shida terlupa nama-nama dibawah ini shida masih belum menerima email butiran NAMA & ALAMAT untuk pengurusan pengeposan Kad Raya Limited Edition kepada ke semua peserta giveaway shida. Harap dapat email sebelum giveaway ini tamat ya πŸ˜‰

TARMIZI, ANIES, MAMAPIPIE, SHIRVEN & SAL

Senarai peserta shida dah update untuk hari ni 4/4/2021 sekitar jam 11.30 pagi. Jika ada masalah atau tak lengkap linknya boleh komen semula ya pada shida. Harap sangat dapat kerjasama dengan baik oleh ke semua peeserta yang join dalam pengurusan pengeposan hadiah-hadiah nanti. Terima kasih juga kepada kawan-kawan blogger yang support shida join giveaway ini. 


Giveaway masih berlangsung, nak join boleh klik banner dibawah.

 
 

You May Also Like

20 Jari Ohsem

  1. Wahh saingan sengit tu antara blog saya dengan blog yang seterusnya hahaha

    ReplyDelete
  2. Tahniah untuk mereka dah berada di top top meletop di atas :)

    ReplyDelete
  3. tahniahnyer mereka.. πŸ˜…

    ReplyDelete
  4. Oh tahniah mereka yang memberi rujukan tertinggi untuk blog Shida.

    ReplyDelete
  5. Wah, sengit juga ni... 😊

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada top 3 referral..

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada yang berkenaan. πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

    ReplyDelete
  8. Wah.. siapa agaknya yang akan berjaya tu..

    ReplyDelete
  9. wahhhh. nk kena usaha lg utk jd top referral ni hehe

    ReplyDelete
  10. eh,eh seramnyaaa.. mesti nasuha akan menjuarai tuu.hehe

    ReplyDelete
  11. Dah email tadi. Maaflah busy bebenor bulan ni

    ReplyDelete
  12. ok ok note. jap lagi sy emel... btw terima kasih ingatkan ;-)

    ReplyDelete
  13. p/s sy dah emel ya. TQVM ;-)

    ReplyDelete
  14. heheh !!! byk saingan ni !! good luck and congrats nama yg tersenarai :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.