Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin | 2021 Raya PKP Lagi

by - 02:09:00

Hai Korang! Ya Allah lamanya shida tak update blog ni korang! Sudah bersawang sangat ni. Ampun sangat korang! sepanjang bulan bulan Ramadhan yang lepas memang shida sibuk sehingga tak dapat nak tumpu pada blog. Bukan tak cuba untuk bahagikan masa dan ruang tapi memang tak boleh 😅

Okay dikesempatan ini shida nak Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini, tak lupa juga kawan blogger dan pembaca blog shida ini. Entah ada ke tak pembaca lagi ni aduhaii!

Untuk raya kali ini Tahun 2021 kita masih Raya dalam PKP lagi korang. Ya kali ini langsung tak dapat merentas atau ke mana-mana. Jadi plan untuk balik ke kampung suami dan bercuti automatik dibatalkan serta merta hahaha. Sabar ajer lah! Ingat dapatlah berehat setelah berpenat lelah di bulan puasa kan. Hampaaa jua 😔

Berehat yang disangka seminggu diberi selama sebulan korang! Yerlah Pusat Tuisyen menerima arahan untuk tutup beroperasi bermula 10 Mei 2021 sehingga 6 Jun 2021. Aduhai! betul-betul dapat raya selama sebulan dekat rumah ni. Pelajar pun akan mula semula PDPR selepas cuti hari raya.

Di Bulan yang mulia ini, shida panjat doa semoga wabak covid19 ini hilang dimuka bumi kita, agar kita dapat kembali kehidupan kita yang normal. Sekarang buat sementara waktu kita teruskan dulu kehidupan kita dengan norma baharu dan patuh SOP yang disarankan MKN & KKM.

Baiklah korang! sungguhpun kita raya dalam suasana pkp lagi tapi kita haruslah meraikan keriangan hari raya ini atas kemenangan kita berpuasa dan melawan hawa nafsu. Hari raya harus jua diraikan jangan bersedih ya mana yang tak dapat balik kampung, dah lama tak berjumpa dengan keluarga. Semoga satu hari nanti kita dapat merasa semua itu kembali, Amin! 


You May Also Like

27 comments

  1. Selamat Hari Raya aidil fitri

    Maaf zahir dan batin

    Buat shidah sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Betul itu juga kena sambut atas kemenangan sebulan berpuasa.
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya maaf zahir batin kak 🌹❤

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya kak shida :)

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya k.shida😘.Kita ada buat contest raya, jemput join tau nanti😁

    ReplyDelete
  6. Salam lebaran 1442 H
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  7. tulaaa kak. busyyy betul tuu. selamat hari raya kak :)

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya Shida. maaf jika ada salah dan silap. Betul betul raya kat rumah je lah kita tahun ni.

    ReplyDelete
  10. Raya tetap boleh diraikan ikut syariat. Itu yang penting kan..

    Selamat hari raya Shida.

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya, Shida..maaf zahir & batin..

    amiin..semoga pandemik covid-19 cepat berlalu..

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya Shida. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya aidilfitri K.shida
    Maaf zahir batin😉💕

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Shida sekeluarga... Walaupun kita beraya dalam keadaan pandemik yang semakin hari semakin membimbangkan, sama-samalah kita berdoa agar ianya akan berakhir dan kita boleh lalui kehidupan seperti dulu..

    ReplyDelete
  15. Selamat hari raya!

    Jom join Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.

    https://bolakatok.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html

    ReplyDelete
  16. selamat hari raya! walaupun pkp..sedih

    ReplyDelete
  17. selamat hari raya aidilfitri maaf zahr dan batin.

    semoga terus bersemmangat untuk berkarya dalam blogging

    ReplyDelete
  18. selamat hari rayaaaa kak shida

    ReplyDelete
  19. Selamat Hari Raya untuk Shida sekeluarga

    ReplyDelete
  20. Selamat hari raya untuk kak shida dan keluarga! :)

    ReplyDelete
  21. Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin kalau ada salah silap.

    ReplyDelete
  22. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Shida dan keluarga..

    ReplyDelete
  23. Selamat Hari Raya kak Shida!!! Walaupun raya di rumah saja dan tiada ziarah menziarahi, yang penting semangat raya itu ada walau tak semeriah sebelum ini.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.