Geng Kuat Komen April 2021 - Shida Radzuan Blog

by - 07:00:00

Geng Kuat Komen April 2021 -  Shida Radzuan Blog | Punya lah lama shida nak keluarkan GKK 2021 untuk fasa ke 2 part 1 ya! dalam fasa 2 ni ada tiga part iaitu part 1 bulan april, part 2 bulan mei dan part 3 bulan jun. So kiriman hadiah untuk pengumpulan bagi 3 bulan ini iaitu bulan April, Mei & Jun. Sebenarnya shida tak sangka masih ada yang singgah dan baca blog shida ni, kalau tengok bulan April cuma dapat update 18 entri sahaja. Aduhai sedih rasa huhuu.

Bulan Mei pun setakat hari ini baru ada beberapa ketoi entri sedangkan kita dah masuk minggu akhir untuk bulan mei. Maafkan shida korang! Okay kita mula balik untuk sesi Jun 2021 okay! Gambate shida! Terima kasih juga lah kepada korang semua yang sudi berkunjung ke blog shida setiap hari tanpa henti. Lagi-lagi mereka yang tersenarai dalam Top 10 GKK blogger terhebat ini. Thank You 💋

Mungkin ada yang terlepas pandang senarai dibawah ini adalah mereka tersenarai dalam Geng Kuat Komen Bulanan Blog shida (Jan, Feb & Mac). Masing-masing bersaing dalam merebut top 10 dalam carta. Tahniah buat mereka! So hadiah kenang-kenangan dah pun sampai ke tangan pengomen pengomen tegar blog shida ini. 

Untuk hari ini shida nak keluarkan pula senarai tegar Geng Kuat Komen Bulan April. Walaupun untuk bulan ini tak banyak entri tapi mereka-mereka ini tetap hadir ke blog bagi sokogan pada blog shida, Terima kasih korang! terharu shida tau sebenarnya. Thank you! Thank you! 

Dalam senarai ini juga terdapat nama-nama baru dalam Top 10 Geng Kuat Komen April dan ada juga yang dah lama tak masuk dalam carta hehee. Terima kasih kepada fairus (blogger baru), anies dan naniey juga pernah tersenarai dalam bulan-bulan yang lalu. 

Mereka yang terbaik ini terdiri daripada : dear anies, fairus, NA, SalbiahM, Azhafizah MN, Atie Zieya, Atiqah Najihah, Litah L, Rabiahtul adawiyah & nanieydotcom. Korang yang nak berkenalan dan blogwalking ke blog mereka boleh klik nama-nama yang shida dah backlink kan ke blog masing-masing. Awesome korang!

So mereka mereka ini sangat membantu dalam proses penambahbaikan dan peningkatan blog shida sendiri. Tanpa mereka-mereka ini siapalah blog serba biru ini kan. Boleh dikatakan mereka diantara penyeri-penyeri yang ada di dalam blog shida ini. Terima kasih semua! 💋

You May Also Like

27 Jari Ohsem

  1. Suka baca blog akak ❤ tq kak yeah nama sy masuk carta lg .

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat semua gang kuat komen!

    ReplyDelete
  3. Aha ada nama juga. Hehe itulah Shida lam tidak menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf la NA kekangan masa dan penat huhuu. Now dah aktif semula hehee

      Delete
  4. Ala.. nama kita dah tak ada dalam carta.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah untuk semua pengomen yang datang blog Shida. sama-samalah kia memeriahkan kotak komen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayuh meriahkan..tq fiza selalu dtg jengah blog shida 🥰

      Delete
  6. Fuh.. Blogger baru nombor dua tu.. Hihi

    ReplyDelete
  7. Wahhh tahniah semua yang rajin komen. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah azwar..kembali dgn komen di blog kak shida 😁😁

      Delete
  8. Tahniah ya semua yg msk dlm carta bulan ni :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada semua yang tersenarai!!!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.