Bertemu kembali korang! ermm harini shida cuti korang so dapatlah update petang-petang macam ni. Ni kalau niaga time ni shida baru habis makan tengahari jer. Esok pun cuti bahagia je rasa hahhaaa tapi! selasa dah niaga semula, dapat rehat dua hari Alhamdulillah ok sikitlah.
Cuti dua hari ni pun sebab encik husben demam, paksa dia cuti juga dua hari rehatkan badan. Hari-hari time ambil sayur dekat pembekal mesti time hujan dan hari-harilah dia kena hujan semalam tewas juga balik dari niaga teruk kiok demam + selsema + batuk.
Balik dari niaga tu shida terus ke farmasi beli segala jenis ubat dan juga 2 set RTK covid test tu. Semalam test alhamdulillah result negetif. Bukan apa risau juga, pekerjaan kami ni memang terdedah dengan pelbagai jenis penyakit, customer yang datang pun entah dari mana-mana kan.
Baiklah, berbalik pada tajuk utama Siapakah Bakal Dinobatkan Geng Kuat Komen bagi Tahun 2021? Secara rasminya shida akan guna lagi title ini bagi tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Dalam setahun shida akan cari seorang blogger yang bertuah dan dia sendiri pun tak tahu dia adalah Blogger Pilihan Blog - Shida Radzuan Blog.
Maksudnya disini, bila hadiah sampai ke rumahnya dia sendiri kena beritahu pembacanya dia adalah Blogger Pilihan Shida. So sama-sama lah kita nantikan ya siapakah yang bertuah nanti. Tak sabar pula shida hahaaa. Jadi untuk Geng Kuat Komen fasa akhir nanti senarai akan shida keluarkan seperti berikut :
- Geng Kuat Komen Tahun 2021
- 12 Blogger (top komen) bagi fasa 4 (okt, nov, dis)
Untuk fasa empat ni shida dah buka 90 kuota (bilangan hari) di mana korang boleh nampak bilangan komen akan bertambah sepanjang tempoh 90 hari mengikut jumlah entri. Gambar yang telah shida screen short ini adalah jumlah setakat hari ini 5/12/2021. Alhamdulillah moga semua berjalan dengan lancar.
Jadi jumlah hadiah untuk pengeposan bagi geng kuat komen 2021 + top komen fasa 4 ada sebanyak 13 hadiah. Tahun depan kita akan rombak balik kuota komen tu ya shida 😊 So kalau sesiapa yang mahukan atau ingin berada dalam top komen korang bolehlah komen-komen dalam entri shida.
Sangat mengalu-alukan kedatangan blogger-blogger baru dan tahniah kepada blogger-blogger lama dan baru yang dah naik carta. Oh ya korang, dalam pertegahan bulan shida akan lancarkan satu giveaway lagi ya, harap dapat sokongan dari korang semua ya, okay thanks korang 💋