Sebenarnya dalam bulan september ni adalah bulan yang tak berapa menjadi dalam segala segi. Shida pun alami beberapa permasalahan di tempat niaga. Pening dengan sikap dan perangai pelanggan yang macam-macam, sabar lah shida pun.
Korang alami tak macam shida sekarang ni, ketika bulan lepas (september) shida alami penurunan pageview yang agak banyak. Walau hari-hari update dan blogwalking pageview macam tak update entri dan blogwalking teruk sangat korang.
Beberapa hari lepas ada nampak posting di facebook salah seorang blogger yang merungut tentang Pageview Blog Merundum, yes! sama seperti shida alami ketika itu. Lepas, ramai pula blogger yang komen menyatakan perkara yang sama.
Jadi hal ini bukan shida saja yang alami, ada juga beberapa blogger yang turut alami. Tak tahu kenapa jadi seperti ini, line internet juga tak berapa lancar juga ketika itu. Aduhai banyak betul masalahnya, sabar jelah! hari-hari shida merungut kenapalah jadi macam ni!
Dah masuk bulan baru ni, harapan shida semoga baik-baik sahaja. Harap boleh maintain update dan blogwalking. Shida cuba perbaiki mana yang perlu diperbaiki dan ubah. Oh ya! Harini shida cucuk vaksin ke dua dah. Esok baru update feeling dia macam mana ya doakan shida sihat!

