Drama Tahyul TV3 | Slot Samarinda

by - 00:00:00

 

Drama Tahyul TV3 | Slot Samarinda | Baru shida tengok tadi drama ni untuk episod pertama bagi shida okay boleh tahan jalan cerita dia awal-awal dah ada babak seram. Kalau genre macam ni memang faveret shida korang, seram ke berhantu ke action ke dan shida kurang sikit kalau cintan cintun.

Dalam drama ni ada Cik B pula hahaa drama ke dua cik B belakon selepas drama lelaki lingkungan cinta. Okay notbad juga lakonan cik b makin lama makin berbakat cik b ni good luck untuk next carier cik b shida ucapkan.

Antara pelakon yang menghangatkan drama tahyul ini adalah Cik B, Aniq Suhair, Wani Kayrie, Adly Sofwan, Shah Khan, Rozita CheWan, Tania Hudson, Aidit Noh dan ramai lagi yang membantu menjayakan drama Tahyul ini.

SINOPSIS DRAMA TAHYUL

Drama Tahyul ini mengisahkan sekumpulan remaja yang aktif membuat content creator untuk laman media sosial mereka yang diberi nama "Tales Of Tahyul" dengan merakan aktiviti - aktiviti paranormal di sebuah banglo usang.

Dalam meraih tontonan yang banyak sekumpulan remaja ini mereka lakonan tentang paranormal yang dijalankan sehingga dalam tidak sedar lokasi tersebut sememang berlaku perkara mistik. Rancangan mereka bertukar menjadi tragedi apabila mereka terperangkap di dalam banglo usang tersebut dan diganggu oleh makhluk halus.


Info Drama Tahyul

  • PENULIS SKRIP : Syed Muhammad Taufik Syed Abd Jalil
  • PENGARAH : Che Mie
  • PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
  • MULA TAYANGAN : 12 Oktober 2021
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • BILANGAN EPISOD : 16 Episod
  • WAKTU SIARAN : Isnin - Khamis (10 malam)
 

You May Also Like

13 comments

  1. kan. layan. citer mcm. ni bestt. cik nur sukaa
    tak la. bosann

    ReplyDelete
  2. kakmim lama gila x tgk tv shida... huhuhu
    macam best pulak cerita ni nnt tgk di YT je la
    baru malam td kakmim tgk netflix setelah sekian lama x ngadap tv
    tu pun nk tgk cerita frontliner.. best jugak la kisah PKP dlu

    ReplyDelete
  3. Ala-ala drama Korea gitu. Nak tengok malam tadi tapi macam takut plak. Haha. Nanti siang baru tengok ulangan di Tonton

    ReplyDelete
  4. oo..ni yg ada cik bi berlakon ni. Iris suka la layan ni nanti.

    ReplyDelete
  5. kena ada teman nak tengok ni.... hahaha

    ReplyDelete
  6. Perasan ramai pelakon muda.

    ReplyDelete
  7. Belum tengok lagi drama ni. Nanti marathon sekali habis.

    ReplyDelete
  8. Owh.. bersiri ke.. Ada baca siapa entah share.. ingatkan telefilem..

    ReplyDelete
  9. macam cerita ada hantu la ni, pergi tempat berhantu sebab content

    ReplyDelete
  10. seram citer ni kak shida..saya takut tgk.

    ReplyDelete
  11. saya tak berani menonton drama macam ni, kak Shida.. hahaha penasaran tetapi tak berani bila harus menonton sendirian saje

    ReplyDelete
  12. Jarang layan drama ni, sebab dah start kerja shift balik, kalau shift petang balik rumah je drama ni dah habis

    ReplyDelete
  13. tak minat sgt nak tgk drama2 melayu ni... hahahah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.