Comment Instagram Buat Hal

by - 16:47:00

Alhamdulillah harini dapat lagi shida update korang, ada yang rindu? Hehehe maaflah shida agak sibuk plus penat. Harini dan esok shida cuti maka bolehlah shida bermanja dengan blog kesayangan ni. Nak draf entri dan blogwalking ke rumah korang.

Tangan dah gatal nak komen-komen nak baca apa aktiviti korang harini memandangkan harini 11 Oktober dah boleh merentas negeri dengan syarat lengkap dos sahaja. Lega sangat bila dengar dapat merentas dah memandangkan kami sekeluarga dengan belah encik husben ada majlis pada bulan november nanti.

Sebenarnya shida ada masalah sikit dengan acc instagram shida, bahagian Comment Instagram Buat Hal pula. Dah seminggu lebih shida tak dapat nak komen kat sesapa punya acc macam pelik sangat. Lagipun shida komen-komen ni kurang aktif lebih kepada like atau kasi love sahaja.

Okay paparan atas ni yang selalu keluar bila shida nak membalas komen, shida komen-komen dalam isntagram pun jarang tiba-tiba jadi macam ni. Ada sesiapa yang ada pengalaman macam ni yang boleh bantu shida? Hanya masalah komen sahaja, yang lain okay setakat ini.

Kesian Blogger CCL tak dapat nak balas komen dia tau dan thanks to Blogger Rabia yang sudi membalasnya untuk shida. Tapi dun worry shida dah update juga dalam blog tentang pertanyaan CCL haritu dalam entri Surat Dari Google AdSense - Personal Identification Number (PIN)

Takpelah sementara tak boleh komen tu shida guna je instagram tu tapi kalau korang komen shida tak reply tu bukan sombong tau cuma komen kena block so tak dapat nak reply komen korang huhuu sabar jelah! Account bukan femes pun masih nak block bagai, sabar jelah!

 

You May Also Like

18 comments

  1. semoga masalah instagram Shida dpt diselesaikan...amiin..

    ReplyDelete
  2. Masalah komen ig ni nak tag team dengan blogspot pulak agaknya. Tak pernah lagi jadi macam ni shida. Tak tahulah puncanya kenapa.

    ReplyDelete
  3. Alamak first time plak nampk prob camni..
    Tak dapat nak tlg sbb x arif sgt hehehe...

    ReplyDelete
  4. Dulu komen di ig rabia kena block jugak
    Sebabnya letak link url blog di bio

    ReplyDelete
  5. Wak tak dapat nak nolong
    sebab wak acc istagram pun takde

    ReplyDelete
  6. Tak pasti pula ni kak shida. Tak pernah jumpa pula. Cuba pergi profile, buka setting, tekan help, lepas tu report problem.

    ReplyDelete
  7. first time dengar masalah macam ni, banyak songgeh juga ig ni pun. sabarlah sis :)

    ReplyDelete
  8. Taktau knp tapi tak gemar guna IG. Sesekali je..

    ReplyDelete
  9. xpernah plak jd camni..
    sy pon jarang komen kat ig..
    biasa bg love je kat mane2 post.. hehe..

    arapnya problem ni cepat selesai.. =)

    ReplyDelete
  10. semoga lekas selesai masalahnya

    ReplyDelete
  11. Tak pernah tau problem camni.
    Moga dapat selesai cepat.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah jadi pulak macam ni...

    ReplyDelete
  13. Stress kan, xleh balas komen..tulis caption pun masa tu x leh bila kena block..hahaa..stress yakmatttt~

    ReplyDelete
  14. Akak tiada IG jadi tidak tahu bagaimana.

    ReplyDelete
  15. first time jumpa masalah macam ini..

    ReplyDelete
  16. wah itulah sebab kak Shida tak bisa komen? hmm Alhamdulillah sudah selesai ya

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah dah selesaikan masalah ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.