Comment Instagram Dah Okay | Shida sangat-sangat lega korang masalah semalam dah selesai yang shida hadapi hampir dua minggu. Kadang-kadang shida perhatikan rules socmed ni kadang-kadang tu semakin pelik pula. Yerlah tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba block kita sedangkan tak tahu apa permasalahannya.
Rasa bernasib baik shida update dalam entri semalam, ada juga blogger yang mengalami dan memberi pendapata kemungkinan permasalahan tersebut. Terima kasih shida ucapkan kepada Blogger Rabia kerana isu ini telah selesai semalam setelah rabia memberi arahan untuk membuang url blog pada bio.
Dalam dua tiga harini ada laa encik husben cuba untuk selesaikan, tapi tak berjaya itu yang shida cuba juga untuk update dan bertanya pada kawan-kawan blogger kot ada yang pernah alami masalah macam shida ni. Hairan juga sebab di bahagian edit profile juga meminta mengisi laman website tapi itu yang tak boleh letak sebenarnya.
Shida melihat bio kawan-kawan yang lain ada juga yang letak url blog tapi setakat ni takde masalah naik seperti shida. Hurmmm Takpelah maybe nak terkena kat shida kan kita redhooo jelah! Asalkan komen dah okay dan berjaya diselesaikan.
Lepas ni bolehlah berbalas-balas komen dengan baik, risau pula ada yang bertanya-tanya dalam komen tapi shida tak respon nanti ada yang kata sombong pula. Satu perkara yang merungsingkan shida telah selesai hahaa Fuh! harap takde masalah lain pula yang timbul.






