Hadiah Giveaway & Geng Kuat Komen Sedang Dikemaskini

by - 22:00:00

Dalam tak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi shida nak lengkap dos vaksin. Tak sabar rasanya nak lengkap dos sebabnya bila masuk mall banyak bahagian dalam mall tu shida tak dapat masuk disebabkan tak lengkap dos rasa tersisih pula bila nampak notice pada setiap kedai dalam mall hanya lengkap dos sahaja dibenarkan masuk.

Inshaa Allah hari ahad nanti shida lengkap dos dah, encik husben kata apa " ni kalau dah lengkap abang nak seminggu dine in " hahahaa aduihh tepuk dahi shida dengar. Dia punya excited nak dine in. Takpa lah dia tengah semangat nak lengkap dos, kadang tu cakap je macam tu karang tengok orang ramai mesti dia ajak balik 😂

Oh ya korang! Hadiah Giveaway & Geng Kuat Komen Sedang Dikemaskini. Shida nak update tentang hadiah untuk pemenang giveaway dan geng kuat komen shida. Hadiah dah pun tersedia dah pack tinggal nak pos cumanya ada seorang saja lagi belum email shida butiran.

PEMENANG GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN

3 KOTAK MISTERI

  1. Syazni Rahim
  2. Ezy Fia
  3. Cik TK

1 ENTRI PILIHAN

  1. Bola Katok


GENG KUAT KOMEN - JULAI,OGOS,SEPT 2021

  1. AZHAFIZAH MN - 62 komen
  2. ATIQAH NAJIHAH -  61 komen
  3. NA - 56 komen
  4. AFEEZZ - 43 komen
  5. DEAR ANIES - 43 komen
  6. NONA SANI - 42 komen
  7. SHA MOHAMED - 42 komen
  8. FARRAH MF - 41 komen
  9. RABIAHTUL ADAWIYAH - 34 komen
  10. NANIEYDOTCOM - 29 komen

 

Harap boleh selesai dalam minggu ini juga kesemua hadiah ini. Bukan apa shida sibuk sedikit dalam bulan ni kerana shida diberi amanah untuk membuat hantaran untuk adik ipar shida yang bakal nikah pada awal bulan november nanti.

Tak sabar sebenarnya nak pos kesemua hadiah ni sebenarnya, lama dah shida pegang belum pergi pos lagi. Inshaa Allah selesai sahaja shida update pada korang yang bakal menerima kesemua hadiah ini ya. Bukan apa korang nak pos nak kena beratur satu hal jadi taknak lah pergi dua tiga kali ke pejabat kurier tu semata-mata nak pos satu hadiah kan.

Okay korang tak ada apa nak celoteh malam-malam ni, shida cuma nak sambung blogwalking sebab semalam tengah syok blogwalking tiba-tiba keluar "iam not robot" kena klik-klik gambar so terus malas dah sambung harini. Okay korang jumpa next entri pula nanti ya!

You May Also Like

43 comments

  1. Wah tidak lama dah datang vaksin. Hehe seminggu makan kedai, Shida gantung kuali.

    ReplyDelete
  2. Wahhhh, tak sabar kitaaaaaa! Heheeee

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak-banyak. Excited blog dah ada dalam Blog List. 😊

    ReplyDelete
  4. Okay baik Shida. Sekarang ni agak susah kalau ada urusan kan. Leceh nak pergi berkali kali. Nak beratur panjang tu yang malas tu. Excitednya nak buat hantaran. Lama tak rasa feel kenduri kahwin. Rindu nak makan nasi minyak kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul fiza, tp nsb jnt dah buka cawangan kat taman shida ni..lega skit..memudahkn..

      Delete
  5. tahniah yang dapat hadiah dr shida.
    CR dah lengkap dos tapi tak berani jugak nak dine in melainkan tempat tu xde orang datang makan sangat. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga la..sini..kalau ramai mmg xsinggah un CR..

      Delete
  6. tahniah semua pemenang. tak tahulah bila boleh masuk list pengomen tegar kak Shida.Hi3.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Tahniah pada semua penerima hadiah..
    Take care Shida..

    ReplyDelete
  8. semangatnya nak dine in hari-hari. hehe. saya dulu pun sama, tapi bila dah boleh, still hati-hati jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sal..mesti kena berhati2 kena aware dgn keadaan sekeliling

      Delete
  9. Alhamdulillah rezeki lagi dapat hadiah

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat semua pemenang.
    Wah, Shida diberi kepercayaan siapkan hantaran kahwin...nanti share hasilnya ye Shida.

    ReplyDelete
  11. Tahniah semua. :)

    Blogger akhir2 ini makin pelik huhu

    ReplyDelete
  12. wahh... excited pulak nk tgu apa hadiah shida buat sahabat blogger semua

    ReplyDelete
  13. sabar...x lama lagi lengkap la vaksin tu. tahniah kerana shida selalu memberikan hadiah kpd pelawat2 blog ni.

    ReplyDelete
  14. wahhh tahniah pemenang yang disenaraikan tu. Mesti excited memasing nak dapat hadiah

    ReplyDelete
  15. Moga sampai dgn selamat nanti..

    ReplyDelete
  16. Yeayyy! Hujung minggu ni boleh pulun jalan-jalan di mall dan dine in. Hehehe
    eh eh... ada nama akak la terselit di situ :)

    ReplyDelete
  17. saya masih menunggu dos kedua, kak..

    ReplyDelete
  18. Haha bila kelaur 'i am not a robot' dan klik2 gambar ni memang terus hilang mood. huhuuu

    Wah terus seminggu dine in, bestnya!!

    Buat hantaran, bestnya!! Teringat masa 2 tahun lepas perah otak buat hantaran dan door gift untuk perkahwinan adik Cik TK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni simple je cik TK..buat hidden hantaran..balut guna kain batik..ermm xtau jd ape mnt hahahaa 🤣

      Delete
  19. kemain nk dine in smggu.. hihi..
    sabar nt dh lengkap vaksin blh horay horeyy.. =)

    ReplyDelete
  20. Salam ziarah..wah tahnia yang tersenarai ya

    ReplyDelete
  21. tahniah kepada semua pemenang. tak zabar nak tunggu hadiah sampai... hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.