Menu Masakan #Shidamasakje

by - 12:00:00

Menu Masakan #Shidamasakje | Hai korang! dah selesai masak ke tu? Entri ini adalah entri auto publish tau dah shida set untuk publish waktu tengahari, itu yang tanya masak apa tu? Seperti biasa dalam entri ini dikeluarkan shida masih belum pulang dari berniaga.

Untuk entri menu yang shida masak ni shida dah tukar title ya, tidak lagi menggunakan lockdown sebabnya kita dah pun masuk ke fasa endemik. So menu-menu yang korang tengok ni shida dah masak dalam beberapa hari yang lepas.

Macam tu la korang, kadang-kadang rajin masak, kadang tu mai malas dia shida pun gantung periuk. Masa cuti cucuk vaksin pun shida gantung periuk 3 hari. Berderet makan tapau sahaja dikedai yang sama dan makan ditempat yang sama (berkelah kat taman tasik).

Jom intai-intai menu apa yang shida masak kalini dan semestinya menu berulangan hahhaa. Normal lah korang nama pun manusia mana ada yang sempurna dan shida juga bukanlah pakar sangat dalam bab-bab memasak ni lagi pula ada beberapa masakan yang encik husben tak berapa suka.

Jarang sangat dah shida masak menu ni sebabnya kalau berniaga hampir hari-hari orang sedekah menu ni kat kami berdua. Menunya adalah Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis + Ayam Goreng Berempah dan Sayurnya seperti biasa Ulaman Timun

Dalam menu ni Shida tak serta telur rebus atau goreng sebabnya bahan yang ada dah cukup heavy sambal ikan bilis dan ayam goreng. Sambal pula shida buat style kering sebabnya nak menyicah malam karang dengan roti hehee.

Okay menu next, shida buat Sayur Campur Masak Lemak Putih + Kari Sotong + Sambal Belacan dan Ikan Bilis Goreng Bawang shida campur juga dengan cili kering yang ni untuk shida sebab shida tak makan sotong just ceduk kuah kari sahaja pun sedap menambah-nambah aduhai korang 😂

Menu seterusnya pula, shida masak atas keinginan sendiri yang ni shida tak tanya pun big bos nak makan apa hahahaa. Shida beli pucuk paku ni pun dia tak perasan sabar jelah! Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api, Tempe Goreng untuk encik husben dan Ikan Goreng untuk shida.

Masak pucuk paku ni shida buat pedas jadi tak perlulah sediakan sambal belacan sebab encik husben ni suka makan sambal belacan a.k.a pedas-pedas jadi senang kerja buat kuah pedas terus. Itu pun menambah nasi shida tengok walau kena dengan tempe je 😆

Okay next menu, Shida Meriah sikit lah ada macam-macam semua shida masak sendiri biasa yang order shida tak upload laa hehee. Kari Ayam + Sayur 3Beradik Tumis Kicap + Ayam Goreng potong kecik + Sambal Belacan dan Sambal Tempoyak (fav shida).

Menu yang terakhir, menu ni shida baru masak semalam korang. Kalau ada yang perasan shida biasa kalau masak akan uplod dalam ig dan fb story. Daging Masak Kicap + Sayur Campur dalam masak daging kicap tu semasa menumis shida pecah cili api dalam 5pcs bagi pedas sikit.

Okay korang setakat ini sahaja menu yang shida update untuk entri kalini. Inshaa Allah ada lagi shdia upload ya, bolehlah korang buat rujukan untuk menu yang korang nak masak nanti. Taklah ehbat mana tapi bolehlah kenyang bila makan korang siap menambah lagi!

Penampilan menu-menu shida juga ada kelainan sikit, siapa perasan apa yang lain? hahahaa mesti ramai dapat jawab mana yang rajin mengikuti entri memasak shida kan. Okay bab tu nanti shida update dalam entri haul shida. Banyak barang tertunggak nak update ni hehe okay korang, stay safe!

You May Also Like

20 comments

  1. Sedap-sedap semuanya Shida. Rajin 👍
    Lemak pucuk paku…macam lama dah tak makan.

    ReplyDelete
  2. wahhh...semua pun nampak cedap! yum yum!

    ReplyDelete
  3. sy dh 2mggu xmasak.. sbb nya dapur tgh renovate xsiap lg..hihi..
    jenuh jgk pk menu ni..

    ReplyDelete
  4. Akak pun suka lauk kicap ada letak cili api.
    Lauk Shida masak semua akak suka. Hehe. Ini kalau bertandang datang memang makan semua.

    ReplyDelete
  5. Enak-enak masakannya. Tak cukup nasi sepinggan..

    ReplyDelete
  6. Pucuk paku masak lemak, ayam goreng berempah macam biasa tengok. Mungkin daging kicap kot yang lain.

    ReplyDelete
  7. Pucuk paku masak lemak tu sedapnyaaaaaa..

    ReplyDelete
  8. Senyum hari2 en hasben kalau macam ni....

    ReplyDelete
  9. rasanya kelainan pada meja tu kot? meja baru ke? teka je. kari sotong tu, sedapnya!

    ReplyDelete
  10. Meriah betul menu-menu yang Shida masak.. sedap-sedap..

    ReplyDelete
  11. meriah menu shida... kakmim skrg malas dh nk ambik gambar mknn.. anak² ada jugak tanya ibu x ambik gambar dulu ke? hahaha

    ReplyDelete
  12. meriahnya menu masakan kak shida! sedap tengok kari sotong dengan masak lemak cili api tu

    ReplyDelete
  13. sedap semua menu ni kak..mmg menambah ler nasi hihiii

    ReplyDelete
  14. Seperti biasa, #Shidamasakje akan buat akak terliur dan lapar :)

    ReplyDelete
  15. sayur 3 beradik itu apa, kak? nampak sedap..

    ReplyDelete
  16. Semua nampak sedap!!! Rajin kak shida masak!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.