Akhirnya dapat juga shida mengumumkan para pemenang untuk giveaway shida kali ini. Sebelum tu shida mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran aktiviti blog kali ini.
Tahniah juga shida ucapkan kepada semua yang turut serta seramai 41 penyertaan yang shida dapat walau pun tidak mencapai sasaran yang shida mahukan (50 peserta). Syukur ramai yang join walau pun hanya berlangsung selama 15 hari sahaja.
Sepanjang giveaway ini berlangsung banyak betul dugaan blog yang shida hadapi, lepas satu satu yang datang masalahnya. Baru masalah blog belum lagi masalah diri sendiri yang penat dan sibuk mengalahkan perdana menteri hahaha.
Okay shida straight to the point ya, ini adalah Senarai Pemenang Giveaway by Shida Radzuan. Dalam giveaway ini shida mencari 3 pemenang "kotak misteri" dan seorang pemenang untuk kategori entri pilihan dari shida sendiri. Dalam banyak-banyak yang mengulas tentang blog shida ada satu yang shida rasa dia ulas secara bernas dan jujur.
Sebenarnya shida suka buat syarat mengulas tentang blog sendiri sebabnya dari situ shida boleh dapat tahu apa yang orang suka dan tak suka tentang blog shida, terima kasih korang! Ada juga yang tak mengulas tentang blog, ulas tentang shida yang baik hati heheee terima kasih juga laa naaa 😁😁
![]() |
| semua senarai nama ada ya dalam ni seramai 41 blogger dan tiga yang bertuah adalah.. |
: TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG :
Untuk 1 Entri Pilihan shida adalah Blogger Bola Katok. Tahniah shida ucapkan kepada kesemua pemenang untuk Giveaway by Shida Radzuan. Kepada semua pemenang diminta untuk email shida butiran | Nama + Alamat + No.Tel | untuk pengeposan kotak misteri korang.
Peserta yang lain akan shida masukkan ke dalam bloglisted shida dengan pantauan ya! sekiranya blog tak aktif mohon maaf shida terpaksa remove untuk diberi peluang blog lain mengisi kekosongan tersebut.
Keputusan rasmi GA dan kerjasama dibantu sepenuhnya oleh spinnerwinner, lega dah dapat pemenang untuk giveaway kali ini. Inshaa Allah akan ada lagi giveaway akan datang dan semestinya hadiah lebih banyak dan lumayan doakan untuk shida selalu murah rezeki ya, Terima kasih semua!





