Tahniah Ernie Zakri & Syamel | Sama Cantik Sama Padan | Alhamdulillah akhirnya mereka berdua telah pun diijabkabulkan menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz pada pagi ini (jumaat). Pasangan sama cantik sama padan ni antara pasangan duet yang paling popular di Malaysia, persandingan atau pernikahan mereka amatlah dinantikan oleh peminat.
Hari Jumaat yang mulia ini bertarikh 26 Mac 2021 menjadi hari dan tarikh pilihan mereka bersempan hari Jumaat yang mulai dan membawa keberkatan didalam rumah tangga mereka. Semasa majlis syamel membawa dan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian kepada Ernie Zakri.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai, semoga berbahagia hingga ke Jannah shdia ucapkan. Cantik sangat Ernie Zakri dalam majlis beliau, Ernie mengenakan busana pengantin serba putih yang simple tetapi Ernie tetap nampak anggun disitu.
Psangan ini akan diraikan pada majlis resepsi mereka yang akan diadakan pada 3 April 2021 di Kuala Lumpur. Tahniah sekali lagi Ernie Zakri dan Syamel Aqmal.
sumber @erniezakri











