3 hari shida mengambil masa untuk memilih try dan error pelbagai jenis template dan bila dah jumpa satu template yang sesuai dan friendly pula shida mengambil masa 2 hari untuk setting ke dalam blog. Banyak coding nak kena hadap. Selamba ja shida tukar time siang hari hahaa. Kalau ada yang perasan blog shida berubah-ubah sepanjang proses penyesuaian. Rasanya ini yang terbaik,alhamdlillah. So apa pendapat korang? ok ke blog shida dari segala segi, loading, viewing dan sebagainya?
Boleh dikatakan blog ni bukan 100% siap, ada beberapa perubahan akan shida buat lagi. Shida dalam memikirkan header blog nak create yang jenis macam mana. Shida nak header nampak menarik dan sesuai dengan template baru ni tapi simple haaaa macam mana tu hahahaa shida pun pening, lemau coding pun tak habis lagi korang ^_^
Blog masih bertemakan warna biru, minta maaf na shida dah cuba warna lain tapi alih-alih biru juga kita pilih, nak buat macam mana peminat tegar biru ni. Tapi penggunaan biru sedikit berbeza dari blog sebelum ni. Shida musykil sikit sebab view guna mobile dia macam bertukor kaler pulak, shida view macam kaler hijau ^_^ nanti korang tolong shida view eh! Ok lah itu sahaja nak update hari ni. Mata letih mengadap laptop sari suntuk. Shida nak blogwalking ke rumah korang! Thanks gais!


