Sambal Garing Bilis & Pucuk Ubi by Wanez

by - 10:00:00

Sambal Garing Bilis & Pucuk Ubi by Wanez | Alhamdulillah hari ni rasa lapang sikit untuk update entri korang. Sahabat shida semua ni apa khabar? Maaflah lama shida tak berbalas kunjungan, shida sedaya upaya membalas kunjungan semua satu demi satu ya. Almaklumlah dengan masa yang singkat ni dapat berblogwalking beberapa blog sahaja dalam sehari.

Hari ni dan esok shida cuti, cuti bertujuan sebenarnya nak kemas rumah dan ubah suai dapur shida ni. Shida ada beli beberapa rak dan perkakas baru untuk shida kemas kini dapur untuk lebih baik dan selesa. Shida ni orangnya bukan lah cerewet tapi tak suka pandang benda atau tempat yang serabut atau takk kemas.

Ohya! jika sibuk duk mengemas sampai nak memasak pun tak sempat. Jenis shida jika nak mengemas memang kena stop masak lagian nak kemas dapur. Jadi makanan-makanan ready to eat amat membantu dalam kekalutan nak kemas nak masak kan, tingal masak nasi sahaja.

Shida baru ni ada lah membeli satu produk homemade dari shopee, yes! seperti biasa shopee selalu dihati hahaa cuma kadang-kadang sakit hati juga dengan shopee ni. Produk makanan instant yang shida nak share ni adalah Sambal Garing by Wanez. Shida di perkenalkan oleh adik shida sendiri kerana wanez ni kawan dia. 

Memandangkan shida ni seorang blogger, adik minta shida beli dan review sikit produk kawannya untuk dia improve lagi mana yang perlu. Seperti biasa kalau bab sambal-sambal ni shida memang suka nak rasa cuba sedap atau tidak kan. Biasanya kalau sedap shida kata sedap tak sedap shida kata tak sedap ya.

Sambal garing seperti ini amat sesuai dimakan mengikut citarasa masing-masing. Bagi shida sambal seperti ini amat sesuai dimakan bersama bubur nasi, makan dengan nasi juga boleh lawankan dengan menu berkuah. Jika masak sayur lemak putih amat sesuai sekali makan bersama sambal garing ni. 

Kesedapan jangan kata bertambah nasinya weh! Kalau korang nak boleh cuba shida sangat-sangat rekeman kepada korang. Harga pula sangat murah hanya RM8.90 sepaket, murah dari sambal garing keluaran yang lain. Terdapat dua jenis type sambal garing iaitu Bilis atau Bilis dan Pucuk Ubi. Shida syorkan korang cuba!

manalah berat tak naik! makan macam ni pun menambah nasinya!

Jika korang berminat boleh layari 

| shopee wanez |

 

You May Also Like

24 comments

  1. Sambal garing macam ni sedap makan dengan bubur nasi macam yang Shida cakap. Sambal garing campur pucuk ubi tu macam sedap je. Rangup rangup makan dengan nasi panas. Menyelerakan sungguh.

    ReplyDelete
  2. Nampak mcm sedap n menyelerakan. Kena beli ni

    ReplyDelete
  3. Bole lah cube nanti… buat tambah2 lauk

    ReplyDelete
  4. fuyoo sedap juga kan makan dgn bubur nasi. makan dgn nasi panas pun sedap ni

    ReplyDelete
  5. nampak best..boleh jadi lauk instant bila tiba angin malas

    ReplyDelete
  6. Menarik sebab ada pucuk ubinya sekali tu.

    ReplyDelete
  7. makanan macam ni makan dgn nasi putih je pun dah cukup. Sampai menambah nambah nasi.

    ReplyDelete
  8. Bagus juga boleh makan dengan bubur.

    ReplyDelete
  9. Makan pulak dengan masak lemak. Fuhh...memang bertambah-tambah nasi.Hu3

    ReplyDelete
  10. wahhh murah dh tu rm8.90 je sepaket!

    sedap kalo mkn ngn nasi panas2.. telo mata.. hihi.. tiba2 perot berbnyi..

    ReplyDelete
  11. Murahhh jugak harganya, nanti boleh la try beli, try rasa macam mana hehehe

    ReplyDelete
  12. Sambal macam tu, makan dengan nasi putih saja pun sedap..

    ReplyDelete
  13. Sya pon suka smbal² on the go mcm ni... bole la try carii... btw done follow #5022

    ReplyDelete
  14. Ni kan...nak suruh akak terjebak la ni kan...macam nak terjebak je ni ha...hehehehe

    ReplyDelete
  15. garing...ranggup dan berperisa...tak payah lauk lain dah...seperiuk pun nasi boleh habis

    ReplyDelete
  16. Tengah viral skrg kan sambal grg pucuk ubi...teringin nak rasa..nak baut takde kerajinan..

    ReplyDelete
  17. sedap dan ada serat.. bagu ni

    ReplyDelete
  18. Huyyoooo.. cam nk try jerrr . hihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.