Shopee Haul : PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Xtreme Series X50

by - 22:33:00

Sejak-sejak sudah terjebak dengan shopee ni, asyik-asyik beli barang dalam tu, memang shida rajin dah membuat pembelian atas talian. Setakat ni platform shopee memang dah jadi satu tempat pilihan yang wajib sekiranya ingin membeli barangan atas talian.

Peringatan ini buka entri review ya, ini adalah salah satu entri di mana shida akan update barangan yang shida beli melalui shopee. Mungkin boleh memberi rujukan kepada pengguna yang mungkin berminat ingin membeli dan memiliki.

Shopee Haul kalini shida membeli PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Xtreme Series X50. Pembersih vakum tanpa wayar ini lama dah shida beli tak silap masa bulan jun 2021 dua bulan yang lalu. Alhamdulillah selama menggunakannya shida sangat berpuas hati.

Kenapa shida memilih Perysmith? Jawapan mudah sahaja, sememangnya semua pun tahu setiap bulan dengan nombor berganda shopee akan buat satu crazy sale bersempena nombor berganda setiap bulan. Tak perasan? tipu lah! selalu kan memang ada sale 1.1 sale 2.2 dan masa tu shida beli masa sale 6.6.

Harga asal masa tu pun RM777 bersempena crazy sale 6.6 jatuh harganya sehingga RM298 jadi rasa rugi sangat tak grab sebab murah sangat. Baca komen pengguna pula yang sebelum ni pernah membeli semua berpuas hati 

Ada yang rate satu star pun kebanyakan nya tak puas hati barang sampai lambat dan terima barang pecah daripada kurier. Rata-rata semua berpuas hati selepas menggunakan perysmith vacum ini. Alhamdulillah, shida terima barang sampai dalam keadaan baik dan selamat tanpa sebarang kerosakan.

Shida rasa vacum ni satu keperluan juga dalam rumah ni, memandangkan shida duduk rumah teres depan jalan kereta duk lalu lalang maka habuk juga selalu duk ada. Hari-hari sapu dan mop pun rasa tak puas hati, lagi-lagi kawasan bercelahan kan jenuh juga, maka beli juga satu vacum ini.

See encik husben dah rasmi dulu terus jadi model 😂, sehingga sekarang masih okay dan berpuas hati menggunakan vacum cordless ni. Mudah sangat cas saja batery full satu rumah boleh vacum batery pula tahan sehingga 3 4 kali penggunaan. 

Sekarang ni shida pun dah kurang menyapu vacum sahaja, habuk sikit rasa berpasir ke vacum je dah selesai, mudah sangat. Bunyi vacum seperti biasa memang ada tapi tak lah sekuat vacum biasa kan.

Nak sedutan yang lebih kuat mungkin kepada karpet-karpet yang tebal dan berbulu kan boleh tekan power lebih tinggi, sedutan memang terbaik semua dia sedut hahaa bahagia rasa! Antara gajet impian juga ni selain gajet-gajet dapur. 

Alhamdulillah! sikit sikit lama-lama penuh lah impian tu 😍 kumpul sikit-sikit tak perlu lah semua nak beli sekarang. Orang kata ada duit beli, kumpul dulu sikit-sikit then beli lama-lama semua akan ada haaa gituww 😁

Sekarang pun harganya masih berbaloi untuk di grab, jika ada yang berminat bolehlah pergi ke kedai Shopee Perysmith dan boleh juga intai-intai dalam kedai tu kot ada barang-barang lain yang berkenan kan. Shida beli vacum cordless ni juga dalam kedai perysmith ni sendiri.


You May Also Like

13 comments

  1. Fuhyoooo. noce niceeee! Yasss.. barang penting gak tu

    ReplyDelete
  2. Murah betul kalau harga jatuh RM200 lebih.
    Di rumah ada guna vakum robot lepas sahaja nanti vakum sendiri.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya..Naniey sedang mencari cari vacuum juga ni.

    ReplyDelete
  4. Berganda ganda harga turun bila sale. Berbaloi beli masa sale kan Shida. Best pakai vacuum jenis cordless senang tak payah nak on off kalau wire tak sampai. Lagi seronok lah nak mengemas rumah. Selalu nampak vacuum cordless Perysmith ni kat iklan. Tengok dulu buat masa ni sebab dah ada vacuum.

    ReplyDelete
  5. nampak menarik ni Shida. memang trend cordless vacuum ni. Kenalah pandai cari yang sesuai dengan bajet. thanks share

    ReplyDelete
  6. Semakin lama semakin mudah dan canggih kan Shida. Teringin juga nak ada satu. Mudahkan kerja rumah.

    ReplyDelete
  7. saya pon telah terjebak dengan vacuum ni. beli masa 6.6 kot klu tak silap. lepas ada vacuum ni, makin rajin saya memvacuum rumah...

    ReplyDelete
  8. Suka dengan design vakum yg sekarang ni .design kecil comel , ringan mudah nak guna di setiap sudut . Bersemangat laa nak vakum satu rumah

    ReplyDelete
  9. Pernah gak nak beli jenama ni time sale haritu, tapi terbeliiiii vacuum jenama lain hehehe.

    ReplyDelete
  10. vacum cleaner masih menjadi wishlist, semoga nanti ada rezeki untuk beli barang ini

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.