Suri Rumah Sepenuh Masa

by - 11:44:00

Suri Rumah Sepenuh Masa, Ya ini lah title shida sekarang. Walau bekerja membantu encik husben berniaga shida masih bergelar suri rumah sepenuh masa. Nak jadi suri rumah sepenuh masa bukannya mudah ya. Kena kuat mental dan fizikal kerana kerja terlalu banyak dan kena tahu bahagikan tugasan dengan baik.

Macam shida sendiri walau takde lagi cahaya mata penat dan sibuk dia mengalahkan orang ada anak tau. Sibuk tu jangan cakap lah bila dah terlalu sibuk penat pun datang. Dugaan dalam menjalankan kerja suri rumah pun banyak juga.

Macam harini shida cuti, sebenarnya dah dua hari shida cuti semalam dan hari ni so syukur sangat semalam dapat blogwalking banyak juga blog. Dapat lah membaca 3 4 entri kawan-kawan, tahniah ada yang terima hadiah, ada dapat makan sedap-sedap, ditawarkan job job dalam penulisan, tahniah korang!

Apakah tugasan seorang suri rumah sebenarnya? Jika mengikut hukum hakamnya dalam agama tak berat kerana kebanyakan tugasannya adalah si suami tapi memang sudah lazim tugasan ini sudah diambil alih oleh seorang isteri/ibu/suri tersebut dari luar hingga dalam rumah kerja dia, belum lagi dalam bab menjaga suami dan anak-anak dalam segala segi. 

Kerja seorang suri rumah  jangan dipandang remeh kalau tak buat, habis lah rumah! Tugasan ini juga sama seperti tanggungjawab anak sulung lelaki mahupun perempuan mesti kerja rumah dia kena buat lebih orang kata sebagai contoh teladan yang baik kepada adik-adik. Sama juga seperti suri rumah (isteri) menjadi contoh kepada anak-anak dan suami.

cantikkan dapur ni? kemas dan teratur je, suka tengok!

Shida ambil cuti ni pun sebab nak mengemas rumah sikit, memandangkan ada beberapa barang yang shida beli dari shopee telah sampai dan operasi mendeko telah bermula. Ada la sedikit banyak shida buat ubah suai sikit bahagian dapur bagi sedap mata memandang dan kemas. Shida bukan jenis cerewet tau korang! cuma suka tengok keadaan serba kemas dan teratur. 

Lepas masak wajib kemas balik, lepas sepahkan rumah wajib kemas balik, WAJIB! no excuses! sebab sifat malas ni akan merosak mood rajin dalam diri jadi kena ingat lepas sepah kena kemas, lepas buat kerja kena kemas, lepas masak kena kemas. Lagi pun barang dalam rumah ni tak lah terlalu padat serba ada semuanya tapi terkawal bukan apa mudah kemas dan sapu nanti.

Hari ni pula cadangannya nak lipat kain baju yang menggunung, rasanya dah 4 bakul shida tuang dan dah banyak hari sakit mata melihatnya, Harini nak langsaikan juga lepas masak nanti dan berharap encik husben tak ajak keluar pulak ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ kalau dak malam kang shida duk tengok saja kain baju tu hahahaa! 

Okay lah korang jumpa semula selepas shida selesai masak dan lipat kain ya! Nak blogwalking lagi harini sambung yang semalam tak selesai lagi. Okay korang jumpa lagi dalam next entri ya! Thanks sudi membaca bebelan shida kalini ๐Ÿ˜๐Ÿ’‹


You May Also Like

20 comments

  1. Sedih bila ada yang berfikiran suri rumah ni makan tido je.. memang makan dan tido tapi ada banyak kerja lain juga sebelum makan dan sebelum tido. kadang kerja tak siap tu boleh masuk dalam mimpi.

    ReplyDelete
  2. kerja suri rumah lagi meletihkan kan...
    terasa ni sejak wfh, cum kerja2 rumah pun kena setelkan dalam masa yg sama...
    kadang tu rimas plak tgk rumah bersepah tp kalau rumah dah byk sgt budak2, cmatu la gaya nya.. kemas pagi, ptg sepah balik ahahah

    ReplyDelete
  3. Dulu kan...teringin nak jadi surirumah sepenuh masa...plannya la masa ada bf and dah plan untuk serious dalam hubungan...tapi kini semua tu tinggal impian je...kena la bekerja untuk teruskan kehidupan..mesti seronok jadi Surirumah kan...

    ReplyDelete
  4. Surirumah ni walaupun tak ada anak, kerja dia sentiasa ada je dan tak pernah habis. Tambah lagi Shida tolong husband berniaga. Balik rumah nak buat kerja rumah pulak kan. Okaylah dapat rehat sehari dua. Bestnya dapat deko deko dapur. Terapi gak tu deko deko rumah. Selamat mengemas dan mendeko Shida. Jangan lupa rehat juga nanti ye.

    ReplyDelete
  5. Sama-sama berganding bahu salah satu ciri keluarga bahagia. ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  6. Sedih bila ada suami yg cakap..kalau ada yg tanya isteri keje apa..tak kerja..dok rumah ja..habis yg masak,lipat kain baju,kemas rumah tu sapa..

    ReplyDelete
  7. Baju tak boleh skip basuh kalau tak memang menimbun dan diri sendiri yang stress.. Hehe. Sebelum tidur waktu malam wajib kemaskan rumah sebab siang rumah kemas sekejap je lepas tu Naura sepahkan.. Ada orang nampak relax je suri rumah sebenarnya tidak. Kadang tak cukup masa. Buat kerja sampai tak sedar masa berlalu..

    ReplyDelete
  8. surirumah lg bayak tugasan sbenarnya
    kan, mcm2 nak ken buat

    ReplyDelete
  9. urusan baju juga melelahkan buat saya, kak Shida.. Hahahaha..

    ReplyDelete
  10. Sekarang pulak dah ramai 'SURA' rumah tangga sepenuh masa.

    ReplyDelete
  11. mmg tabik spring kat surirumah ni..
    sy sndiri xmmpu nk jd fulltime surirumah..
    merasa jgk ms tgh lockdown ni.. tu pon dh stress dh g keje.. haha

    mmg tabik la kat surirumah..

    ReplyDelete
  12. Selamat menjalankan tanggungjawab dengan baik Shida. Zaman moden ni, suri rumah pun boleh jana pendapatan sendiri kalau nak, so just enjoy your life. Semoga Shida dan suami dikurniakan zuriat agar lagi berseri rumah tangga

    ReplyDelete
  13. Memang tabikkk dekat surirumah. Kerja tak pernah habis. Tapi sayang, orang ingat surirumah ni duduk goyang kaki aje dekat rumah. Padahal, surirumah nilah yang paling letih, banyak benda nak kena setelkan kannn kak shida.

    ReplyDelete
  14. selamat mendeko..dapur & rumah cantik & kemas, hati rasa senang..

    ReplyDelete
  15. Surirumah tiada cuti, sesekali nak me time pun susah tambah bila anak2 kecil

    ReplyDelete
  16. suri rumah ni kerjanya 24 jam. sentiasa ada kerja yang kene diselesaikan

    ReplyDelete
  17. suri rumah kerja paling banyak sebenarnya

    ReplyDelete
  18. bukan senang jadi surirumah mama setuju sangat. mmg salute surirumah

    ReplyDelete
  19. Memang banyakkkk kerja.. sy belum mampu jadi suri rumahh . hihi.. tapi saya anak sulung gitu

    ReplyDelete
  20. Betul kak mmg penat dgn hero dan heroin ni lg hahaaa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.