Menu Lockdown #shidamasakje

by - 07:00:00

Menu Lockdown #shidamasakje | Alhamdulillah harini dapat ruang dan kesempatan untuk update lagi. Semoga terus istiqomah dapat update dan blogwalking. Semalam dapat dalam 10 blog saja blogwalking dan baca-baca entri korang. Mana yang shida tak singgah tu tunggu eh, shida pasti terjah!

Kalini nak update macam biasa menu-menu shida masak sepanjang lockdown ni. Bila lockdown ni tak bermakna shida duduk rumah, kerja juga sebab sekarang bidang kerja dah lain lebih kepada bahagian kepentingan. Shida dan encik husben berniaga di pasar, memang dah ada tapak sendiri dari asal tapak mak dan ayah berniaga dulu.

Memasak ni ikut mood kerajinan korang, kadang-kadang rajin kadang-kadang malas ikut mood. Kalau dah kelaut memang tunjuk-tunjuk jelah cerita dia hahaa. Tapi kalau dah rajin dari tengahari sampai ke malam shida masak je kerja dia tau!

Menu pun macam biasa selalu pun duk berulang-ulang sampai jem kepala otak ni. Tapi macam biasa lah shida akan tanya encik husben dulu apa dia nak makan. Kadang-kadang encik husben pun blur ape nak makan  sebab semua dah pernah rasa dan makan.

Ayam goreng + Masak Lemak Pucuk Paku + Ulam Salad + Tempoyak Sambal Belacan

Sayur Campur Goreng + Sambal Telur

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah

Kuetiaw Bandung Ayam

Daging Goreng Kicap + Lala Masak Lemak Cili Api + Sayur Tugeh Kucai bersama Tauhu Telur Goreng Kicap + Air Laici

So ini lah beberapa menu yang shida sempat masak untuk menu kami berdua, biasanya shida masak akan ada lebih untuk makan malam. Tapi tak selalulah dan yang makan hanya encik husben, malam shida tak makan nasi dah, makan selain nasi melainkan seharian tak makan nasi baru makan nasi waktu malam.

Begitu lah korang, menu pun kalau korang perasan ulang-ulang saja. Shida pun buntu dah apa nak masak lagi. Kadang-kadang tu bosan dah nak masak apa, tanya encik husben dia ikut kita laih-alih buntu balik hahaahaaa. Korang masak apa hari ni? share lah dengan shida kat komen kot boleh tiru cari idea 😉

You May Also Like

23 comments

  1. Luar dari biasa lauk Shida masak. Sedap sedap. Siap nasi tomato. Kepala otak hari hari jem, memang buntu dah nak fikir masak lauk apa. On diet ke Shida? Haha..samalah, encik suami pun pening bila kita tanya nak makan apa. kadang dah jemu beli jugak. Apa yang ada dalam blog, lauk tu je lah fza masak.

    ReplyDelete
  2. Lauk pun lebih kurang juga. Rasanya sebab ikut selera orang yang hendak makan.

    ReplyDelete
  3. Ammi kalau rasa jem otak nak masak... Kita pass sudip ngan apron kat suami lah pulak. Decide dan masak jelah apa2. Janji kenyang

    ReplyDelete
  4. sedap2 menu kak shida.. masa pkp ni lah ada peluang dan banyak masam utk masak untuk keluarga

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Menyelerakan..

    ReplyDelete
  6. Ya ampunnnnn.... sodapnya kak..... kecur lidah nengoknya....

    ReplyDelete
  7. sedapnya! sambal telo tu menawan hati betol.. haha

    ReplyDelete
  8. Nak masak apa..nak makan apa soalan-soalan yang ngeri. Sebab selalu jadi buntu.

    ReplyDelete
  9. Saya jarang masak, tapi fikir nak makan nasi lauk apa setiap hari pun jem kepala otak hahaha. Semua dah makan, dah jemu >.< Kalau masak pun lauk simple simple reti la. Biasa masak lauk masak lemak, ayam/daging masak halia, kicap, merah, buttermilk chicken atau udang, tomyam, sup sayur, masak pucuk paku, tiga rasa ke sweet sour ke hehehehe

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kue teaw bandung tu.
    Kadang buntu dah Shida nak masak apa. Walaupun rasa nak tapau kat luar tapi masak juga sebab lagi puas hati masak sendiri.

    ReplyDelete
  11. Fuhhh. sedap jugak menu menu tu... Harini mak masak mihun sup je.. kadang kadang masak mi hailam... kalau lauk, kadang kadang masak ayam ungkep, ayam berlado, tengok buku resepi..ado idea...mak tgk utube...Haha.. kalau dah tak tahu, mmg tunjuk tunjukk ajeee... Kah!

    ReplyDelete
  12. Menyelerakan . Dah lama tak makan masak lemak pucuk paku

    ReplyDelete
  13. sedap2 semuanya..Alhammdulillah, home-cooked is the best..

    ReplyDelete
  14. Susah nak suggest Shida, sebab rumah saya kerap makan ikan. Ayam jarang sangat. Huhu

    ReplyDelete
  15. time ni lah kite nk tunjuk skill kn shida?😊

    bakso je shida... msk pg bw ke ptg😆

    ReplyDelete
  16. semua lauk sedap2.. mama dtg bawa pinggan ni shida oii

    ReplyDelete
  17. Lala itu nama kerang, kak Shida?

    ReplyDelete
  18. sedap sedap menunya kak! mavelousss hehee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.